Tuesday, January 12

Memahami Maratib Amal dan nama Allah

Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai maratib (ketertiban) amal, dan mungkin juga ada yang tidak pernah lansung mendengar mengenainya. Semoga yang tidak pernah mendengar, ini disebabkan oleh anda belum berpeluang mendengar, dan bukanlah kerana sindrom ''aku tidak pedulisme''

1. Individu Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Kuasa dunia

Turutan maratib amal memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal. Sebelum itu, mari kita dengar sebuah kisah...

Ada orang....

Dia selalu membaca kisah-kisah pergolakan di seluruh dunia. Penindasan yang berlaku di Palestin dan selatan Thailand, begitu juga kekejaman di beberapa wilayah di China, dan peperangan yang berlaku di Darfur, Bosnia dan Ambon. Ini belum dicampurkan lagi dengan malapetaka yang melanda seperti ''the great Tsunami wave'' yang berlaku di Acheh dan gempa yang mengorbankan begitu banyak sekali nyawa di serata dunia.

Terlalu banyak pembacaan dan mengambil tahu hal ehwal serata dunia menyebabkan individu ini merasa tertekan dan marah kepada diri sendiri, lantaran kelemahan dan ketidak mampuan diri untuk membantu semua situasi yang disebutkan di atas.

Lantas penting untuk individu ini memahami perbezaan di antara ''sphere of concern'' dan ''sphere of influence'', untuk menjadikan kita lebih bijaksana dan berhikmah dalam tindakan dan amalan. Indiidu yang bijak akan mengenalpasti ruang lingkup sphere of influence nya terlebih dahulu daripada risau akan segala concern yang tidak mampu diselesaikan. Kita perlu menilai semua concern yang ada, dan berlepas daripada titik mula yang anda paling mampu mengubahnya. Dan 'ajaib'nya, anda paling berkuasa ke atas perubahan diri anda!!

Isu Kalimah Allah
Di kala isu pengunaan nama Allah sedang hebat diperbincangkan di tanah air pada saat penulisan ini dikarang, mari kita melihat beberapa perspektif positif yang menarik untuk direnungkan;

Yang menganjak paradigma

1. Ada persatuan pelajar di dalam dan luar negara yang amat sukar untuk menganjurkan program yang bercorak keagamaan dan yang yang ada 'Allah' disebut di dalamnya, dengan alasan, kita kena berlaku adil . Namun isu ini telah membawa paradigma baru. Siapa kata program yang ada 'Allah' disebut di dalamnya hanya untuk Muslim?

2. Lawatan tokoh agama seperti Tuan Guru Nik Aziz ke gereja dan bertemu serta memberikan sumbangan kepada paderi katholik mungkin telah menyebabkan golongan-golongan tertentu terlompat daripada kerusi mereka. ''aik, sheikh berserban pun datang lawat gereja?'' Bukan salah mereka, maafkan mereka kerana mungkin mereka kurang mengerti kerana bi'ah dan suasana sebegitu yang wujud dalam masyarakat kita di Malaysia. Rupanya Islam sangat rapat dengan geng Kristian.

Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah 5, ayat 82;

And you will find that the closest people in friendship to the believers are those who say, "We are Christian." This is because they have priests and monks among them, and they are not arrogant

3. Aplikasi maratib amal.

i) Individu: Di situasi sebegini, kita boleh menilai kembali (post mortem ataupun muhasabah) sphere or influence kita. Sedang kita sibuk-sibuk mengatakan wajar atau tidak nama Allah digunakan oleh yang bukan Islam, di manakah sebenarnya letaknya Allah di dalam diri kita? Analoginya, ada orang yang suka beli buku, tapi tak baca. Kalau orang nak pinjam, dia kedekut, dan barulah terhegeh-hegeh nak baca dan kata ''Boleh aku baca dulu buku ni?''. Tapi akhirnya buku itu terbiar diselaputi habuk di rak buku. Contoh termudah yang boleh kita tanya kepada diri, awalkah solat lima waktu kita?

ii) Keluarga & masyarakat: Kepada para professional dan barisan pelajar yang bakal menjadi tenaga professional yang sewajarnya lebih matang dalam mengawal emosi, dan perlu menggunakan peluang ini untuk menerangkan kepada masyarakat yang terkadang-kadang gagal mengawal emosi. ''Banyakkan menerang, bukan menyerang', kata Tuan Guru Hadi Awang. Antara yang boleh anda lakukan ialah;

- Jika kaum keluarga anda antara yang 'mengamuk' dalam isu ini, telefon keluarga di tanah air dan katalah ''Ala, rileks lah Pak Anjang Bote, kalau kita dok gaduh ni, Islam pun tak ajar''

- Tulis surat kepada sekolah rendah dan sekolah menengah anda dahulu, dan tujukan kepada para pelajar dan guru-guru akan kepentingan untuk ada prinsip Islam yang tegas namun penuh hormat dan toleransi kepada bukan Islam. Kata-kata anda pastinya ada pemberat yang tersendiri.

- jadikan kesempatan ini untuk dijadikan 'modal' bercerita kepada rakan-rakan yang bukan Islam yang INGIN TAHU berkenaan Islam. Kesian kat depa ni...

iii) Negara & pemerintahan: Perjelas dan jernihkan fikrah dan kefahaman kita. Ada hikmahnya kenapa Allah menjadi pelbagai situasi dan keadaan, untuk kita mengambil ibrah dan pelajaran. Apabila isu ini ditimbulkan, ada yang marah, namun sekian lama HUKUM ALLAH diabaikan, kenapa kita 'buat dek' dan seolah-olah tidak tahu menahu? (I don't give a damn!!)

Jangan kaku
Jangan pula kita mengatakan ''aku belum mampu'' dan mengecilkan sphere of influence kita. Analoginya, kita mesti basuh tangan sebelum makan, namun jangan pula kita basuh tangan sahaja dan tak makan-makan. Daripada sudut lain, boleh sahaja kita makan tanpa basuh tangan, namun itu tidak hygienik dan lama-kelamaan akan membawa kemudaratan. Justeru, hendaklah kita sedar proses basuh tangan dan kemudian makan ialah satu proses berterusan yang tak ada penghujungnya. Mari kita belajar daripada Nabi Allah Ibrahim a.s. yang 'mencari' tuhannya, dan kemudian terjun bertemu dengan masyarakatnya walaupun 'gagal' menyakinkan ayahnya sendiri untuk kembali kepada ajaran Islam.

Jangan jadi semut
Akhir kata, janganlah kita sebagai ummat Islam menjadi laksana kumpulan semut di sebuah busut. Apabila dilontarkan sesuatu yang menimpa, semuanya lari bertempiaran dan berlanggaran sesama sendiri dna hilang arah tuju. Apabila ummat Islam dilontarkan sesuatu isu, semuanya gelabah dan hilang daya rasional. Mari kita mainkan peranan dan influence yang ada di dalam diri masing-masing demi kesejahteraan seluruh dunia.

14 comments:

faisalzulkifli said...

tahniah sedara..anda mengolah dengan baik..

i don't give a damn..!

MahFuzaH said...

Tahniah juga!! saya suka entry berbentuk seperti ini.

part makan tak basuh tangan tu macam best! [kadang2 malas basuh tangan kerana 'desperate' nak makan] <--- jangan tiru, akan diperbaiki di masa akan datang.

Melur said...

good thoughts.

Anonymous said...

salam Dr,

ana minta copy ye entry ni kat blog SMSA Women

Jazakallah..

mushana udon mustafa said...

ko tulis sendiri ni? haha. eventhough i know you're very much capable, tapi macam tak percaya ko ada masa untuk berfikir this detailed DAN kemudian menuliskannya dalam blog.

Intan said...

sokong sangat bab menulis surat kepada pihak sekolah.

Unknown said...

salam, tahniah.
sangat bagus untuk menyenaraikan perkara yang boleh dan in fact few of them perlu segera kita lakukan. penerangan maratib amal agak sukar difahami kalau first time dengar. jadi usaha menyenaraikan usaha2 yang boleh dilakukan adalah sangat bagus, thumbs up!
salam ukhuwah dr sydney

syashot said...

Salam,

Membaca sambil tersenyum. MasyaAllah, yang tak clear dan emo tentang isu ni, insyaAllah jadi tak emo dan semakin clear.

Suka anjakan paradigma, "Siapa kata program yang ada 'Allah' disebut di dalamnya hanya untuk Muslim?"

Ke arah Malaysia baru? :)

Allahu'alam.

(^_^)

once a Labuan.. said...

menarik2..

kiranya encik kt dah hantar surat ke Labu la ni?
:)

Anonymous said...

tulisan yang bagus...andai saja semua oarng terutamanya para remaja yang mempuntai wawasan seprti anda...maka islam akan terus bersinar seperti zaman rasullullah dulu...

aKmA said...

emm..ramai juga yang menyalin dan menampal entri ini ke dada blog mereka..

tapi, saya sedih sebab tak faham..part basuh tangan tak makan-makan tu yang best..tapi masih tak faham gak.

take time to understand maybe..jazakallah, entri ni buat saya berfikir.

Ex-Nottingham for a few days said...

Jzkk for this excellent piece of writing

joegrimjow said...

ahaa
ku baru nak bgtau mantap
tp semua dah ckp sama je
hehe

dulu agak tak paham pasal konsep maratib amal ni
ingat kena buat 1 dulu baru boleh pergi ke 6
padahal mmg kena bersama

cuma prioritikan yg mudah2 dulu
kuatkan diri sendiri lebih mudah dari kuasa dunia kan?

sama2 pertingkatkan ilmu diri

MaUt said...

SubhanAllah..

Analogi semut sgt menarik... tak pernah terfikir..

pemahaman maratib amal - perlu didasari dengan faham, ikhlas dan amal...