Sunday, January 10

Sejuk dan kehidupan

1. Di sebalik kepanasan isu di Malaysia, suasana sejuk di UK pada tahun ini sungguh luar biasa. Salji turun di Nottingham, namun salji jauh lebih tebal dan 'berselerak' di Sheffield dan Mansfield. Saya sempat berada di dalam igloo pertama (gambar akan menyusul) di dalam hidup ini semasa di Mansfield (saya sedang berada di Mansfield untuk attachment perubatan)

2. Ini mengingatkan saya kepada pengalaman 'kesejukkan' semasa ekspedisi Duke of Edinburgh bersama rakan-rakan di Cameron Highlands pada tahun 2005. Ada satu malam tu, sejuk sangat sehingga saya tidk mampu tidur dan tersengguk-sengguk di hadapan unggun api sehingga subuh menjelma.

3. Ada dua perkara yang beada dalam kotak pemikiran saya pada ketika itu. Pertama ialah bagaimana kemampuan nak bertahan dalan cuaca yang sememangnya diketahui akan lebih sejuk setelah fly ke UK kelak, dan keduanya, terkenangkan kepada mangsa gempa bumi di Kashmir pada tahun tersebut.

http://images.businessweek.com/ss/08/07/0704_ceo_guide/image/pakistan_earthquake.jpg

Kashmir dalam kenangan
4. Gempa bumi pada bulan November 2005 tersebut telah memberikan impak kepada hampir 8 juta penduduk di sekitar kawasan tersebut, dan jumlah kematian menjangkau 75,000 orang mangsa.

5. Paling menyedihkan ialah kematian tidaklah berpunca daripada gempa itu sendiri, ramai mangsa terutamanya kanak-kanak mati kesan kesejukan yang melampau pada waktu tersebut (awal bulan Disember). Bayangkan bagaiman azabnya mati di dlaam kesejukan secara perlahan-lahan!

6. Baru-baru ini juga dilaporkan kematian di dalam kesejukan yang terlampau yang berlaku di India. Subhanallah wa MashaAllah. Sedih sungguh mengenangkan kisah-kisah sebegini.

7. Daripada cerita pengalaman misi kemanusiaan di Kashmir, ''tilam kita adalah selimut mereka'. Ketiadaan bahan asasi untuk makanan dan perlindungan antara punca mereka ini mati dalam kesejukan. Pada saat saya menaip ini pun, pastinya ada satu demi satu nyawa yang melayang dicengkam kesejukkan. Di UK pun ada yang mati dalam sejuk.

8. Tapi sayangnya di balik bumi yang lain, pembaziran terus berlaku...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/34/Burj_Dubai-Dubai3214.JPG

...the herdsmen of the sheep (competing with each other) in raising lofty buildings...

(hadith ke-2 di dalam Hadith 40, riwayat Muslim)

2 comments:

Lili said...

gambo tu gambo Burj Khalifa ke?

maksudnye pembinaan tower tu satu pembaziran? mungkin betul. tp misti ada sbbnye baru orang bina tower tu kan? Dubai, negara pengeluar minyak. variasi ekonomi mungkin merupakan salah satu faktor terbinanya khalifa tu. wallahu alam

Gadis Reformasi said...

Dubai still lagi boleh celebrate bangunan yang dah ada hutang berbillion dengan firework!

10 billion Abu Dhabi bagi kepada Dubai untuk langsaikan hutang!

Gilanya.