Gambar selipar Jepun suatu ketika dahulu. Punyalah usaha mamat empunya selipar ini, sampai mangganya lebih berat dari selipar. BAhkan, mangga tu lagi mahal daripada selipar tu! Bayang betapa tertekannya sang pemilik selipar tu, banyak kali dah hilang selipar...
Memang susah kalau asyik hilang selipar je. Zaman kat SMAP labu dulu, dalam tempoh lima tahu di asrama, memang tak ingat berapa banyak selipar dah hilang. Yang pastinya, memang lebih dari 15 pasang (purata 3 pasang setahun). Kalau tak ada selipar, kenalah ke bilik mandi pakai kasut sukan. Kena pulak bilik air kat tinggat 2, blok A asrama putera tu asyik tersumbat je. Memang confirm kasut basah punya.
Tapi sepanjang saya berada di Nottingham ni selama lapan bulan, tak pernah terfikir akan kehilangan kasut semasa ke surau. Mungkin kerana itulah amalan kebiasaan kat sini. Bahkan sebagai contoh, baru-baru ini, kawan saya, Shafie teringgal jam tangannya (yang sangat mahal!!) di tempat wudu' surau QMC (Queen's Medical Centre, Nottingham), dia dah serba tak kena dibuatnya. Apabila saya kembali ke surau untuk mencari kembali jam tersebut, saya tak perlu mengambil masa yang lama. Jam tersebut diletakkan kemas di atas rak bersebelahan tempat wudu'.
Alhamdulillah.
Tiada tangan-tangan gatal yang tak reti nak membezakan hak sendiri dan hak orang lain! (Nasib baik kau Pie). Sikap seperti inilah yang akan membawa kepada tertegaknya negara Islam nanti.
Jadi, kepada yang pernah tibai selipar di mana sahaja, dulu atau kini, minta ampun lah kepada Allah.
"Yang mengampuni dosa dan menerima taubat.”
Al-Quran, Surah Ghaafir, ayat 3 (juga dikenali sebagai surah Al-Mu'min)
Al-Quran, Surah Ghaafir, ayat 3 (juga dikenali sebagai surah Al-Mu'min)
No comments:
Post a Comment