Thursday, May 24

Menulis blog

Lepas balik dari Maghrib dan Isha' di prayer room di Portland Building (jama' Isha di dalam waktu Maghrib, kerana musim panas), saya di beritahu yang Abang Bahar datang melawat di Broadgate. Siap bawak makan malam lagi tu!

Alhamdulillah.

Kalau bagi Abang Bahar "Alah, tak ada apa pun", bagi saya besar maknanya. Terima kasih Abang Bahar!

Selepas makan, sempat lagi Abang Bahar beri nasihat dalam penulisan blog ni. Dia pernah menjadi penulis yang aktif beberapa tahu yang lalu, sehinggalah web blog dia di godam (hacked!) oleh para penggodam yang tidak berperi kemanusian di UK ni.

Image Hosted by ImageShack.us
Abang Bahar, simpan gambar saya baik-baik !

Menurut Abang Bahar, nak menulis ni, mestilah ada tujuan, dan matlamat kita. Pastikan mesej dakwah kita sampai. Kalau tak, sama sahajalah semua penulis blog di Malaysia, UK atau mana tempat sekali pun!

Sebenarnya saya mula menusli blog pada tahun 2004. Tetapi tersadai . Sebab saya tidak tahu lagi pada ketika itu jawapan kepada soalan:- "Mengapa aku menulis blog ni?"

Tetapi sekarang, inshaAllah, saya akan istiqamah. Care to share our passing knowledge.



No comments: