Thursday, May 24

Berapa yakin anda dengan doktor hari ini?


Ahmad Izwan baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Kumar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.

"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Ah Lim yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

1 comment:

Minister Of Mind said...

ahak3x....
Kena bukak mulut mamat tue untuk guna hphone. dan terpaksa tekan perut untuk dail.ahak3x..