Friday, December 19

Tsunami 2004 in memory



Dalam kesibukan saya menyiapkan bahan-bahan untuk FUiYO 2008 (Fun with iLuvislam's Youth Overseas) yang bakal menjelma minggu hadapan, saya berkenan berkongsikan video tsunami 2004 ini.

inshaAllah pada hari penutup FUiYo nanti ialah pada 26 Disember, sempena 4 tahun selepas tragedi.. nak sebut tragedi berdarah, tidak sesuai pula, sebab semua darah diluted dalam limpahan air ombak yan menjulang sehingga 9 meter tinggi nya, dan menghilangkan insan-insan bumi Aceh sekali.

1) pada ketika tsunami ini berlaku, saya baru sahaja masuk Kolej Yayasan UEM, tempat saya menyambung pelajaran A-Level dan baru hendak memasuki semester kedua. Teringat satu kuliah Maghrib Mr Zaidi akan muhasabah pasca Tsunami yang menjadi fenomena seantero dunia. Mengapa peristiwa dahsyat ini menjadikan majoriti mangsanya ummat Islam?

2) Peristiwa ini sangat dahsyat. Namun kedahsyatan ini hanyalah sebutir pasir di Pantai Cahaya Bulan daripada seluruh pasir di seluruh dunia (Laut Pasifik, Atlantik, Hindi, China Selatan, seluruh pantai di muka bumi). Allahu Akbar!

3) Apa impak peristiwa ini kepada kita selepas 4 tahun? Kita telah melihat ramai yang insaf , masjid-masjid dengan penuh 'ajaib' terselamat dan ada juga sama seperti biasa (kitakah?). Apa impaknya kepada kita?

4) Anak-anak yang lahir selepas peristiwa ini hanya akan melihat tsunami ini sebahagian daripada peristiwa sejarah 'lampau'. Perlukah kita menanti satu lagi tsunami untuk generasi mereka untuk memicit suis keinsafan?

5) Kepada semua yang akan menyertai FUiYO, inshaAllah akan kita bincang panjang pengalaman Tsunami Acheh 2004. Kepada yang tidak ke FUiYO, ingin saya kongsikan sebuah kisah Rizah Shahputra, pemuda yang hanyut di lautan selama 8 hari (subhanallah!)

Hikmah Rizal Sahputra di sebalik tsunami

BERITA Rizal Sahputra Abdul Hamid terselamat setelah lapan hari hanyut di Lautan Hindi tanpa makan dan minum akibat tragedi tsunami mendapat liputan meluas awal Januari lalu. Ia dianggap sebagai sesuatu yang mencabar kekuatan jiwanya.
Cahaya kehidupannya bersinar semula apabila diselamatkan kapal kontena Durban Brigde. Walaupun peristiwa itu sudah empat bulan berlalu, namun bagi Rizal Sahputra, 20 amat sukar melupakan peristiwa itu.

Kecekalan remaja itu mendapat perhatian pentadbiran University College Sedaya International (UCSI), Cheras di ibu negara untuk belajar di situ. Buat permulaan beliau akan mengikuti kursus bahasa Inggeris sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat. Dalam pertemuan dengan Wartawan Eksekutif Berita Minggu, AZRAN JAFFAR, sewaktu mendaftar di institusi pengajian itu Khamis lalu, Rizal Sahputra menceritakan pengalamannya untuk dijadikan iktibar bersama.

Tarikh ngeri 26 Disember

PAGI itu keadaannya seperti biasa, tiada tanda-tanda akan berlaku musibah. Saya dan bapa sebenarnya hendak mengikuti gotong royong mendirikan masjid baru di kampung kami. Tiba-tiba gegaran berlaku, sekitar empat minit.

Keadaan agak teruk juga dan saya hampir terjatuh. Saya yang paling akhir keluar dari rumah kerana menyelamatkan barang-barang. Selepas saya keluar keadaan sudah tenang. Kami sangkakan gempa itu hanya setakat itu sahaja dan tidak akan membawa kepada malapetaka.

Kami juga tidak bercadang melarikan diri ke kawasan lebih tinggi, walaupun pada masa itu saya nampak binatang seperti lembu dan burung-burung sedang berlari dan terbang arah ke kawasan gunung. Hairan juga dengan kejadian itu. Jiran-jiran pada waktu itu sudah mulai berkumpul di hadapan rumah kami kerana ayah (Abdul Hamid Zakaria) saya memberikan kata semangat kepada mereka.

Saya kemudiannya menyuruh adik (Asirah Sahputri, 17) mengambil cangkul di belakang rumah kerana hendak pergi ke masjid bersama ayah yang letaknya kira-kira 20 meter dari rumah kami. Di masjid saya bertanya kepada mereka yang ada, adakah ada rumah yang hancur. Tidak terfikir pula saya hendak ke melihat kesan gempa itu kerana ingin terus melakukan kerja di masjid. Sedang bekerja itu yang mana kedudukan saya berhadapan dengan ayah, tiba-tiba kedengaran bunyi seperti guruh. Sememangnya pada waktu itu gelombang sudah sampai ke laut tetapi kami tidak tahu, tambahan pula keadaan rumah yang rapat-rapat, laut tidak kelihatan dari kawasan masjid. Mendengar bunyi itu saya katakan kepada ayah bahawa kiamat sudah hampir tiba.

Di kalangan orang Aceh, jika berlaku gempa pada waktu pagi sebelum matahari tinggi, itu tandanya akan berlaku malapetaka. Pada waktu itu kami melihat kanak-kanak yang rumah mereka berhampiran laut berlari sambil berteriak, bang lari, ombak naik. Saya berlari ke arah rumah kerana dari sana saya boleh nampak laut dan melihat ombak memutih yang tinggi.

Tingginya ombak itu sehingga menenggelamkan pulau yang boleh dilihat dari pantai. Saya kemudian berlari ke arah ayah lalu meminta maaf dan meminta ayah menyelamatkan emak dan adik, dan mengatakan saya hendak lari ke arah gunung. Saya tidak sempat meminta maaf daripada emak (Suryana Baiman) kerana pada waktu itu emak berada di dalam rumah.

Kira-kira 200 meter berlari saya melihat ombak sudah menghentam kawasan rumah kami. Pada waktu itu keluarga saya sedang hendak keluar rumah untuk lari ke arah gunung. Saya berlari dengan sekuat hati dan sampai di satu tempat saya berjumpa dengan pakcik saya dan berkata, “paman lari cepat.” Pada waktu itu ombak sudah menghampiri saya. Saya terus berlari mencari pokok kerana beranggapan kalau ombak datang, kayu-kayu rumah tidak akan mengenai saya kerana ada yang saya lihat putus kepala terkena serpihan kayu yang dibawa ombak. Saya juga nyaris hampir terkena serpihan kayu. Kemudian datang ombak dan saya tercampak ke sebuah rumah dan sekali lagi ombak datang saya dibawa naik ke tingkat atas. Pada waktu itu rumah saya sudah tidak kelihatan lagi. Selepas itu datang lagi ombak dan saya terus tenggelam, tetapi masih sedar dan kemudian tersangkut pada pokok kelapa. Saya cuba naik ke hujung dan kemudian datang ombak lagi, sekali lagi saya tenggelam dan apabila tersedar saya dapati saya berada di tengah laut.

Hanyut di tengah laut

APABILA sedar saya dapati keliling saya penuh dengan sampah dan mayat manusia dan badan saya berasa sakit. Rasa takut tidak timbul dan apa yang saya lakukan adalah berdoa kepada Allah minta diselamatkan. Saya cuba mencari bahan untuk berpaut, dan ternampak tilam, tetapi sebaik saya menaikinya tilam itu tenggelam. Kemudian saya kumpulkan kayu-kayu dan dalam usaha itu saya terjumpa mayat enam orang wanita dan saya tengok satu persatu kalau-kalau ada adik saya, tetapi yang ada ialah mayat adik kawan saya.

Begitulah keadaannya dan saya sangkakan satu dunia mengalami keadaan ini. Pada waktu tengah malam hari pertama saya terdengar suara seseorang minta tolong. Saya cari dan dapat menariknya ke tempat saya berpaut. Tetapi keadaannya sungguh lemah dan saya biarkan dia terus berpaut. Keesokan harinya selepas dia mulai sedar barulah saya bertanya siapa dia dan mengatakan dia dari Meulabouh. Dia katakan ibunya selamat kerana tinggal di kawasan gunung manakala isterinya adalah seorang anggota polis. Keadaannya masih lemah dan roti hanyut yang saya jumpa saya berikan kepadanya.

Pada hari kedua itu juga banyak mayat mulai timbul dan baunya menusuk ke hidung. Saya terpaksa menanggalkan baju untuk menutup hidung, namun baunya masih dapat dihidu. Pada waktu tengah hari tiba-tiba satu mayat timbul dan apabila dibelek mendapati mayat kakak sepupu saya. Saya mula berasa bahawa inilah juga nasib yang menimpa keluarga saya. Keesokan harinya saya dapati saya masih di kawasan perairan Aceh yang saya kira Lok Ngha kerana nampak loji simen. Kawan saya itu berkata dia hendak berenang ke sana, tetapi saya katakan, “kamu tak mampu untuk berenang ke sana.” Dia membalas dan berkata, “saya tak boleh tahan lagi dengan keadaan sejuk, tiada makanan.” Kemudian saya berkata, ”terserahlah kepada kamu.” Kami kemudiannya berpecah kerana dia hendak berenang ke arah daratan sehinggalah dia hilang dari pandangan saya. Saya tidak tahu nasibnya.

Malam itu saya keseorangan semula. Walaupun badan berasa sakit, tetapi saya tidak hiraukan dan apa yang saya harapkan akan ada orang yang datang menolong menyelamatkan saya. Hanya pada malam keempat berlaku kejutan yang luar biasa apabila saya mendengar suara azan dan orang mengaji. Nak lelapkan mata juga tidak dapat kerana timbul suara yang mengatakan, “Rizal kalau kamu mahu selamat jangan tidur.” Keadaannya berterusan sehingga malam esoknya.

Pada malam itu juga terdengar suara seperti saya dan kawan sedang bercakap-cakap. Dalam tempoh itu juga saya hanya bergantung hidup kepada air hujan. Ada juga saya berjumpa jamu dan satu pencangkuk yang hanyut. Hari keenam saya dapat sebiji kelapa yang datang ke arah saya. Saya cuba kopek dan minum airnya, tapi selepas minum rasa sakit perut. Walaupun kadang-kadang berlaku ribut, saya tidak hiraukan dan berdoa kepada Allah minta diselamatkan. Cita-cita saya hendak menjadi polis dan abang saya yang bertugas sebagai askar banyak mengajar saya mengatasi cabaran. Latihan bersama abang mungkin memberi kekuatan kepada saya. Tetapi sekarang saya berasa tidak mahu menjadi polis kerana cita-cita yang kita idamkan, bila terjadi sesuatu yang harus kita lupakan, jadi saya lupakan selama-lamanya. Allah memberi saya peluang lain, jadi saya lupakan yang itu.

Syukur saya diselamatkan

PADA hari kelapan, saya nampak sebuah kapal mendekati saya, tetapi mereka tidak nampak saya. Saya cuba menghampiri tetapi mereka masih tidak nampak dan hanya memandang sehingga ia hilang dari pandangan. Apabila hari sudah semakin petang saya nampak sebuah lagi kapal. Saya solat Asar dan berdoa kepada Allah, kemudian lihat kapal itu sudah menghampiri saya. Saya minta tolong, tiba-tiba kapal itu menghala ke arah lain, kemudian saya nampak pelampung dicampakkan ke arah saya. Saya terus berenang ke arah pelampung berkenaan. Sebaik saya sampai ke pelampung saya lihat kayu yang saya gunakan selama ini untuk berpaut tiba-tiba tenggelam. Pada waktu itu laut tenang dan ia jadi sebegitu. Sewaktu saya berenang ke arah pelampung saya begitu bersemangat dan rasa kuat, tetapi sebaik sampai ke atas kapal, badan saya terus lemah. Tiada lagi kekuatan.

Sampai di kapal mereka tanya saya dari mana dan katakan dari Aceh. Mereka kata, “tsunami.” Saya tanya, “apa itu tsunami” dan saya katakan “gelombang”. Selepas itu butir diri saya diambil dan saya kira tidak kurang 20 kali perkara yang sama ditanya kepada saya. Dah habis seorang bertanya, datang pula lagi seorang menanyakan perkara yang sama. Saya dibawa berehat. Saya tidak mampu berjalan kerana kaki saya luka teruk. Apa yang diberikan saya buat pertama kalinya adalah dua botol besar air mineral. Habis saya minum dan kemudian saya minta nasi. Tetapi mereka katakan belum boleh lagi, dua jam lagi. Selepas dua jam saya diberikan bubur dan tiga jam kemudian diberikan air.

Pagi 5 Januari saya sampai di Pelabuhan Klang. Keadaan saya belum stabil. Kaki saya parah dan sudah membengkak, sudah menghitam. Tiga hari di hospital saya dengar cerita ada satu lagi penemuan. Saya sudah berasa selain saya mungkin akan ada orang lain yang senasib. Saya berharap yang akan ditemui nanti adalah anggota keluarga saya. Pada hari kejadian, abang saya berada di rumah seorang saudara di Banda Aceh. Seminggu di hospital saya tidak dapat melelapkan mata. Keadaan saya masih belum stabil dan berasa terawang-awang seperti di laut. Fikiran juga tidak menentu mengenangkan keluarga dan memikirkan masa depan.

“Hanya kita berdua selamat”

SAYA dibawa ke rumah timbalan duta dan sebulan di sana saya masih dibayangi pelbagai persoalan. Saya berasa saya perlu lebih mendekati Allah untuk saya lupakan segala-galanya. Saya bersembahyang malam walaupun kadang-kadang ia timbul juga. Seumur hidup, saya tidak akan dapat melupakan peristiwa itu, saya hanya pura-pura melupakan, tetapi ia tidak dapat dilupakan terus. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berfikir perkara sebegini akan berlaku. Apa yang saya sering gambarkan ialah saya akan terus tinggal di Aceh, berkeluarga dan membahagiakan ibu bapa saya.

Sewaktu berada di rumah timbalan duta, saya cuba menghubungi markas abang (Ronal Sahputra) saya. Beberapa hari cubaan saya gagal sehinggalah akhirnya saya dapat bercakap dengan abang. Abang menangis mendengar suara saya dan saya tanyakan siapa lagi yang terselamat dan abang katakan, “hanya kita berdua.” Saya minta abang supaya kuatkan semangat dan beritahu saya melihat ayah, emak dan adik hilang di depan mata saya. Abang tanya bila saya hendak kembali ke Aceh, saya katakan, “nantilah.”

Saya berasa keluarga saya sudah tiada lagi kerana saya melihat ombak memukul rumah kami dan berjumpa mayat kakak sepupu menguatkan lagi tanggapan saya kerana pada waktu kejadian mereka berada berhampiran. Timbul juga berita bahawa ada orang di Medan yang mengaku ibu saudara saya tetapi ia tidak benar. Saya tiada saudara mara di Medan yang ada hanya di Riau, adik emak saya, tetapi itu pun sudah putus hubungan kerana dia sudah berjaya dan melupakan kami semua, kirim surat pun tak dibalas. Saudara mara yang ada Medan sekarang ini pun adalah mereka yang terselamat dalam kejadian itu dan berpindah ke sana. Orang yang mengaku ibu saudara itu mungkin mempunyai anak saudara yang sama namanya dengan saya.

Mahu terus belajar

SELEPAS belajar bahasa Inggeris saya ingin mendalami bidang teknologi maklumat. Saya ingin lupakan bidang elektronik yang saya pelajari di Aceh. Hendak buat yang baru. Tumpuan saya sekarang adalah untuk belajar. Menurut sebuah buku karangan seorang Profesor di Amerika yang saya baca sewaktu berumur 18 tahun, kalau kita sedang menghadapi masalah, bahagikan pemikiran kita kepada lapan kotak. Ini yang akan saya lakukan, mengambil kotak-kotak ini. Ayah saya yang beli buku itu kerana beliau seorang guru.

Mengenai tawaran belajar, saya berasa amat bangga. Bagi kami di Aceh kalau dapat belajar di Malaysia adalah satu kebanggaan, tambahan pula apa yang saya dapat ini selepas Aceh dilanda bencana dan ini saya anggap sebagai sesuatu yang luar biasa. Saya berasa kemewahan yang Allah kurniakan kepada saya. Keadaan saya di sini masih belum tetap lagi, tetapi difahamkan saya akan diberikan kerja sambilan.

Dalam soal pelajaran, bahasa Inggeris saya memang lemah kerana kami kurang pendedahan. Tetapi kalau mata pelajaran lain seperti Sejarah, saya memang bagus dan pernah mendapat hadiah kecemerlangan. Di Aceh, bahasa Inggeris hanya diajar dua jam seminggu, itu pun kadang-kadang tak ada guru. Memang kami agak ketinggalan.

Dalam soal membahagikan masa antara belajar dan kerja tiada masalah kerana asrama dan tempat belajar tidak jauh. Untuk menguasai bahasa Inggeris apa yang harus saya lakukan adalah berani untuk bertutur. Saya berasa bangga dengan UCSI kerana menawarkan peluang ini. Saya bertanya dalam hati, di saat kita susah siapa yang memerhatikan, kerana itu saya berasa bangga.

Walaupun ada yang menawarkan pekerjaan kepada saya, tetapi untuk pelajaran UCSI yang memberikannya. Selepas tamat pengajian nanti saya bercadang untuk bekerja dan melanjutkan pelajaran dan selepas itu mungkin pulang ke Aceh mengembangkan ilmu teknologi maklumat di sana. Sesekali datang juga pertanyaan kenapa saya tak dibawa ke negara lain, ke India misalnya.

Selepas tamat sekolah saya mendaftar dengan kerajaan untuk menjadi pelatih yang mana sekiranya ada kekosongan jawatan di mana-mana saya boleh mendapat pekerjaan kerana sudah ada pengalaman. Bagaimanapun, sebelum kejadian saya baru dua bulan menjadi pelatih dan gaji pun belum diambil. Saya bercadang hendak mengambilnya pada hujung bulan Disember.

Jika tidak berlaku tsunami, mungkin sekarang ini saya bertugas di Jabatan Pendidikan. Ini kerana saya pernah menghubungi seorang rakan dan beliau mengatakan nama saya disenaraikan untuk jawatan berkenaan. Saya boleh pulang ke Aceh untuk bekerja di sana, tetapi untuk apa? Ia ibarat mempunyai rumah besar, dilihat indah di dalamnya, tetapi hancur. Saya ingin membina hidup b

Wednesday, December 17

Kisah dua lelaki

Di Iraq
Setelah ditangkap, En Muntadar telah dibelasah sehingga patah tangan, tulang rusuk dan berlaku pendarahan dalaman. Sebab: Membaling kasut kepada Bush si kejam. sumber: Shoe thrower 'beaten in custody'

Di Amerika
Si dermawan (Philanthropist), penasihat Wall Street, En Bernard Madoff, telah ditangkap atas kesalahan menipu dan dan menjalankan skim piramid gergasi Ponzi. Dia tipu sebanyak AS$50 bilion (RM174.45 bilion). Baca betul-betul. Bukan AS$50 milion, tetapi AS$50 bilion! sumber: Banks hit worldwide by US 'fraud'

Untuk memahami betapa besarnya jumlah itu, kita buat satu perbandingan;

Kos Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah RM 3 bilion. Dengan penipuan sebanyak ini, kita boleh bina ~58 buah jambatan lagi. Setiap jambatan ~24 km. Maka, kita boleh bina jambatan sepanjang ~1400 km. Kalau pengiraan saya betul, kita hampir boleh buat jambatan daripada Eropah ke Amerika merentasi Atlantik! Subhanallah... kalau ada la jambatan ni, habis gulung tikar Sir Richard Branson berserta Virgin Atlantik beliau..haha.

Nak mudah faham lagi tentang isu Madoff, baca tulisan Che Det, yang membuat persamaan dengan kes Pak Man Telo yang popular zaman saya sekolah rendah dulu.

Hasil tangan 'gatal' Madoff, antara yang dijangka mengalami kerugian ialah;
  • Clients of Santander, Sepanyol - $3.1bn (Ini merupakan bank terbesar di Sepanyol, dan memiliki high street banks di UK seperti Abbey, Alliance & Leicester dan Bradford & Bingle. Kalau jalan-jalan kat UK ni, selalu la nampak nama-nama ni)
  • HSBC, UK - $1bn
  • Natixis, Perancis - $605m
  • Royal Bank of Scotland, UK - $601m
  • BNP Paribas, Perancis - $460m
  • BBVA, Sepanyol - $400m
  • Man Group, UK - $360m
  • Reichmuth & Co, Switzerland - $325m
  • Nomura, Jepun - $303m
Banyak pertubuhan kebajikan juga akan terpaksa ditutup. Sebab apa? sebab duit sudah tarak!

Namun beliau diikat jamin sebanyak AS$10 milion.

Amboi, mudah benar ye kalau ada duit. Kau tipu duit berjuta orang (baca: ramai), lepas macam tu je. (perbicaraan akan berlangsung..hope so~).

Yang baling kasut kepada si pembunuh dan penjenayah perang (baca: seorang) separuh nyawa terseksa.

Inilah duniaku..... setuju dengan saudara Muhamin Sulam..penakut!

Muntadar, Wartawan Hebat!

Muntadar, Wartawan Hebat!

1. Ketika Bush sibuk mengatur kata manis kepada bonekanya di Iraq, seorang anak muda yang juga wartawan melempar kedua-dua kasutnya pada Bush. Biarpun, Bush dapat mengelak tetapi itu sudah memadai sebagai satu simbol penentangan anak muda, wartawan dan umat Islam pada dasar Imperialis Amerika. Tahniah, Muntadar. Akupun tak mampu buat.


2. Berapa banyak wartawan yang boleh menyuntik rasa berani dan kesedaran terhadap masalah bangsa, tanahair ataupun agamanya? Yang ramai - pengampu sang penguasa.


3. Berapa ramai anak muda bangun memimpin perubahan demi kehidupan yang lebih bermaruah, merdeka dan maju? - Yang ramai - tenggelam dalam dunia kekaguman diri sendiri.


4. Berapa umat Islam yang sanggup berkorban demi perjuangan agamanya? Saban tahun meraikan hari Raya Korban, atau menunaikan ibadah korban, pergi ke Mekah, tunai umrah, dan sebagainya. Ibadat sudah seperti tradisi yang menjadi warisan keramat. Diraikan seperti mandi di Sungai Ganges. Roh ibadah sudah hilang. Semangat zaman yang dipuja. Akhirnya, umat Islam hari-hari menjadi mangsa korban. Disembelih. Disiat. Dibunuh. Dikerat seribu belah.


5. Hanya kanak-kanak kecil Palestin yang berani menentang kereta kebal Israel dengan batu di tangan mereka. Hanya pemimpin gerakan Islam yang terpencil seperti Hamas dan Hezbullah sanggup menentang Yahudi zionis laknatulah. Orang miskin yang papa kedana dan tiada pekerjaan sibuk berdemontrasi menuntut keadilan.


6. Pemimpin-pemimpin Islam yang berkuasa dan kaya, sibuk mengira kantung dan perut mereka. Termasuklah kebanyakan daripada kalangan pemimpin negara Arab dan negara Islam lain. Sibuk mem`bunuh' pesaing politik mereka daripada ingin berhadapan dengan mustakbirin.


7. Satu sahaja yang ingin aku katakan: Penakut!

sumber: Link

Sunday, December 14

Helang terbang Girang



Melihat burung helang yang terbang dengan alunan lagu ini, saya terfikirkan dua ayat terakhir daripada 2 surah berbeza, di dalam juzu' yang terakhir di dalam al-Quran.


An-Naba', ayat 40 (ayat terakhir)

dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu):

"Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah
(supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

An-Naazi'aat, ayat 46 (juga ayat terakhir)

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Betapa mudahnyanya menjadi haiwan, tumbuhan, atau makhluk-makluk lain yang tidak akan dihisab. Namun manusia diberikan kelebihan, dan tanggungjawab.

Pastikan kita tidak tergolong dalam dua kumpulan seperti ayat di atas...

Thursday, December 11

Dulu soviet hebat, lepas itu US, lepas itu.....

http://farm4.static.flickr.com/3045/3101064518_a2bab30d10.jpg?v=0

Melihat kepada kedudukan pingat Olimpik 1960 di Rom, kita generasi muda seakan-akan tidak percaya yang Kesatuan Soviet dahulunya sangat kuat daripada segenap aspek, termasuk sukan.

Mereka yang pertama menghantar manusia ke angkasa, dan mempunyai tanah kekuasaan yang meluas, dari timur ke barat.

Namun kini, tiada lagi Keastuan Soviet, yang ada hanya Rusia yang sudah lagi tidak bertenaga, dan negara-negara serpihannya seperti Turkmenistan, Tajikistan, Georgia (baru berperang baru-baru ini ketika Olimpik di Beijing merebut kawasan South Ossetia), dan Kazakhstan.

Namun inilah realitinya. Negara yang dibina atas konsep sosialisme ini telah pun runtuh dan ranap. Bahkan, merujuk kepada carta Olimpik di atas, tuan rumahnya iaitu Rom pun pernah menjadi kuasa besar dunia, namun , sekali lagi, tidak lagi pada masa kini.

Semuanya musnah ranap dan bangkit satu kuasa baru.

Kini kita ada Amerika Syarikat. Persoalannya, adakah mustahil untuk kuasa jahat (yang berlagak sebagai hero) dunia ini jatuh suatu hari nanti?

Ini petikan daripada artikel yang saya baca, karangan seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin ;

"Sehebat-hebat Amerika sebagai kuasa dunia, mereka hanya dapat mengeluh melihat kehilangan lebih dari trillion dolar wang Amerika di pasaran saham mereka, dan 700 bilion dolar wang pembayar cukai kini digunakan untuk menyelamatkan krisis ekonomi mereka yang amat tenat."

"kemeleseten ekonomi yang melanda Wall Street yang mana krisis tersebut kini telah berpindah ke 'main street' (rakyat jalanan)."

"pakar ekonomi merumuskan kemeleseten ekonomi yang melanda Amerika Syarikat dan juga United Kingdom secara khususnya bukan sahaja menyebabkan seluruh dunia mempersoalkan keutuhan sistem perbankan negara-negara tersebut, malahan keseluruhan sistem kapitalisme Anglo-Saxon juga kini dipersoalkan"

Beliau (Hanipa) telah mencadangkan beberapa artikel untuk meningkatkan kefahaman kita tentang isu kejatuhan sistem ekonomi dunia ini. Antaranya;

  • Francis Fukuyama (The Fall of American Inc.),
  • Fareed Zakaria (The Age of Bloomberg dan There is Silver Lining),
  • Zachary Karabell (Awakening From the All-American Dream),
  • Roberth Shiller (The Ownership Myth),
  • William Underhill (Dark Days For the City of London),
  • Jeffery E. Garten (We Need A New Road Map).
  • Rana Foroohaar (A New Age Of Global Capitalism Starts Now),
  • Mohamed A. El-Erian (The Storm Cloud Spread)
  • Datuk Salleh Majid di dalam Malaysian Business (In Need of A New Financial Structure)
  • Anna Taing di akhbar the Edge (Are We Too Optimistic about the Economy)


"Sistem ekonomi kapitalisme kini diakui gagal. Sosalisme juga sebelum ini telah gagal. Inilah peluang keemasan untuk dunia global mencari alternatif sistem ekonomi yang baru. Tidak seperti agama lain, Islam sudah terbukti mempunyai sistem ekonomi yang hebat dan mampu menjadi alternatif yang terbaik, jika diberi peluang."

Maka, yakinlah, sehebat manapun apa-apa sahaja di dunia ini, Allah jugalah yang MAHA HEBAT.

Lepas ini zaman Islam?
Adakah anda merasakan selepas ini zaman Islam? hmm..fikirkan semula.

Kalau kita duduk terperosok dalam bilik sahaja, masih lagi sibuk nak panjat pokok manggis memenuhkan perut sendiri, malas baca akhbar, program Islamic Society tak pergi, bangun pagi hanya memikirkan 'pagi ni nak sarapan apa?' dan sebagainya, lupakan sahaja yang Islam lah yang bakal menggantikan kapitalisme.

Islam agama haraki. Justeru, marilah kita bekerja untuk Islam (baca: kata kerja). Takbir!!

kenali tiga keluarga

Mari mengenali dua jenis keluarga;

Keluarga pertama Mereka tidak mampu membayar sewa rumah RM 50 sebulan, lalu terhumban ke reban ayam.

Keluarga kedua Mereka mendiami istana dengan sewaan RM 345,833.33 sebulan, dan anda yang membayar sewa rumahnya.

Keluarga pertama ialah rakyat

keluarga kedua ialah pemimpin.

Begitulah hakikatnya walaupun pahit, terpaksa ditelan jua.

Rumah anda

Bagaimana pula dengar rumah anda? Kerap kali kita mendengar manusia mengherdik pemimpin yang membazir. Ialah, membazir itu satu hal, namun bagaimana pula dengan insan yang bercakap tu? Jangan lihat rumah yang ingin anda ingin miliki, lihat sahaja di sekeliling anda sekarang. Penuh dengan kekayaan material atau telah banyak disalurkan kepada perkara kebajikan?

Mari renung kisah dua rumah ini, dan fikir-fikirkan, di mana kedudukan anda,

Keluarga 1: Air lombong jadi minuman

miskin-di-pahang1 by you.

KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di sini.

Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.

Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di bandar.

Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.

Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.

Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.

Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air lombong dijadikan sumber minuman, selain untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh pakaian.

Rezeki diperoleh tidak menentu, kadang kala dalam tempoh seminggu baru dia dapat mengumpul dua kilogram udang galah yang dijual RM25 bagi setiap kilogram, selain pelbagai jenis ikan untuk makanan harian.

“Siapa yang mahu hidup begini miskin, susah dan melarat. Orang pandang hina pada kita. Ketika tinggal di Kampung Seri Fajar anak-anak saya bermain di sekitar kawasan kampung dipandang jijik.

“Besi buruk yang saya kumpul di rumah untuk dijual dikatakan menjadi punca pembiakan aedes. Saya sedar dan akur terhadap pandangan sinis masyarakat kampung dan terpaksa mencari kawasan lain untuk dijadikan tempat berteduh mungkin buat sementara waktu.

Zakaria sekeluarga yang hidup `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, berkata, terdesak dengan kedaifan hidup, dia pernah menyerahkan seorang daripada anaknya kepada orang lain, kononnya mahu membantu meringankan beban.

“Malangnya, orang yang diharap meringankan beban kami sekeluarga mahukan satu perjanjian dibuat dan tidak membenarkan kami menyentuh zuriat yang kami berikan kepadanya sebagai anak angkat.

“Saya tidak boleh terima perjanjian seperti ini. Dia tidak boleh putuskan tali perhubungan kami sekeluarga. Jadi, saya terpaksa mengambil semula anak saya itu dan menyerahkan kembali motosikalnya.

“Saya sudah bertekad susah senang, makan atau tidak, biarlah kami hidup sekeluarga bersama,” katanya.

Oleh kerana ketiadaan kenderaan, Zakaria terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk keluar ke jalan besar sebelum meminjam motosikal rakannya di Taman Perumahan Rakyat Gambang untuk ke bandar seperti dilakukan sebelum ini.

“Saya berharap dapat motosikal untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, kerap anak saya tidak bersekolah,” katanya yang tidak mahu pulang ke kampung mengadukan penderitaannya kerana keluarganya juga susah.

“Sekarang, lombong inilah yang menjadi sumber rezeki utama saya. Di lombong inilah saya hidup, mencari rezeki, mendapatkan sumber air, mandi dan sebagainya, walaupun orang kata di sini ada buaya.

“Syukur Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak berdepan musibah seperti terserempak atau diserang haiwan itu,” katanya.

Ditanya pernahkah dia mencari pekerjaan tetap untuk mengubah nasib keluarganya, Zakaria yang agak pemalu berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan, tetapi kadang kala dia membuat keputusan yang kurang bijak.

“Saya mengaku, kadang kala tersilap buat keputusan dalam hidup. Nak buat macam mana, semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Lebih-lebih lagi sekarang, isteri saya masih dalam pantang,”katanya.

Sumber: Berita Harian 8 Jun 2007

Keluarga 2: Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari! Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.


BACA LANJUT

Keluarga 3: Kau telah membuat letih pemimpin selepasmu, Abu Bakar...

Izinkan saya berkongsi sebuah kisah para sahabat, sebagai kisah keluarga ketiga. Bagi saya, tidak jemu menitiskan air mata membaca kisah kezuhudan para sahabat radiAllahu anhum.

Wafatnya Abu Bakr

Selepas kewafatan Khalifah Abu Bakr, ummat Islam mencari apa yang dimilikinya, ternyata mereka tidak menemui dari harta peninggalannya selain keldai, unta betina dan dua helai baju. Harta itu diterima Umar untuk dimasukkan ke Baitul Mal.

Imar menangis dan berkata; "Engkau telah membuat letih para khalifah selepasmu, wahai Abu Bakr.

......

"Abu Bakr, Umar, engkau telah membuat letih pemimpin ummat islam sekarang, dalam mencontohi ibadah dan hubungan kamu dengan Allah..."


no one thinks of changing himself?

الجميع يفكر في تغيير العالم, ولكن لا أحد يفكر في تغيير نفسه

ليو تولستوي

semua orang - الجميع

berfikir - يفكر

mengubah - في تغيير

dunia - العالم

namun/tetapi - ولكن

tiada seorang - لا أحد

berfikir - يفكر

mengubah - في تغيير

dirinya - نفسه

Ini merupakan translation bahasa Arab sebuah kata-kata yang pernah dilontar sang pujangga daripada negara bekas Kesatuan Soviet.

Ketika sibuk dengan disertasi 10,000 patah, saya menerima sebuah email yang mengandungi slide di atas daripada Dr Habib Eatamadi , seorang doktor mata yang dahulunya bekerja di Queens' Medical Centre, Nottingham. Kini beliau sudah pulang semula ke Iran, namun katanya inshaAllah beliau akan kembali semula ke sini. InshaAllah berpisah tak gelisah ye Dr Habib!

Siapakah Tolstoy?
Beliau merupakah seorang penulis novel daripada Rusia. He subcribed to this idea of nonviolent resistance, something that I do personally belief in some ways, but from certain perspectives, I disagree with it (eg; the current situation in Palestine).

When I first read his quote;

"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself."

I was like saying to myself;

"Wait a minute Tolstoy, Muslims do!"

InshaAllah a good Muslim should always do hisab on him or herself. This is part of tarbiyyah. As Ibn Umar used to say;

"When evening comes, do not expect (to live till) morning,
and when morning comes, do not expect (to live till) evening.


This is hadith number 40 from the Nawawi's 40 hadith.
Come on Muslimin. Time is running out for us.

This also reminds me of a popular quote from Hasan al-Hudaibi;

“Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu.”

MashaAllah, benar sekali. Tanpa menafikan usaha dakwah secara praktikal di bumi realiti, marilah sama-sama kita musahabah diri dari masa ke semasa. Duduk sebentar, dan bertawaquf, dan bertanya kepada diri kita " adakah ada amalan aku untuk dibawa bertemu Allah?" dan bertanya lagi "adakah amalan ini cantik di sisi Allah?"

"Tolstoy, if you can only see how Muslims are doing islah to themself......."

Tuesday, December 9

Makanan daripada langit?

Gempar!!

1) Hari ini saya diminta oleh Arif Sodri, chef rumah, untuk memasak makanan untuk hari ini kerana beliau perlu prepare model untuk presentation esok. Oleh kerana kita kena taat kepada pemimpin, saya pun menurut perintah beliau =)

2) Lalu saya pun masak lah menu yang simple namun sedap - gulai ikan ala ever-Green-field. Penuh dengan ramuan asli lagi tersembunyi.

3) Selepas masak, saya naik ke atas membantu Arif menyiapkan model. Kesian dia, berguling-guling menyiapkan model tadika. Mungkin pelan dan design untuk PASTI pada masa akan datang agaknya.

4) Ketika saya turun seketika ke bawah untuk membancuh air, secara tiba-tiba meja dapur rumah kami dipenuh makanan. Antaranya ialah mee, ayam (macam ayam panggang), dan sejenis cecair dalam periuk (yang disyaki sup untuk mee)!

5) Ini sesuatu yang memeranjatkan (dan menggembirakan). Siasatan akan dijalankan untuk menyiasat sumber makanan yang nampak sedap ini. (alhamdulilah...aku syukur ya Allah..)

6) Peristiwa ini mengingatkan saya akan kisah agung Maryam dan penjaganya, Nabi Zakaria. Nabi Zakaria menjumpa makanan di sisi Maryam yang berseorangan. Ini petikan daripada surah Ali Imran (keluarga Imran), ayat ke 37;

arabic
Her Lord accepted her a gracious acceptance,
and brought her up a gracious upbringing,
under the guardianship of Zakaria.
Whenever Zakaria entered her sanctuary
he found provisions with her.
He would ask, "Maryam, where did you get this from?"
She would say, "It is from Allah. Verily Allah provides for whomever He chooses, without limits."

7) Lihat bagaimana ketegasan dan wisdom yang dimiliki oleh Maryam daripada jawapannya yang pendek, namun sungguh bernas. Saya seronok mendengar kisah-kisah Maryam, terutamanya yang diceritakan oleh Allahyarham Sheikh Ahmed Hussein Deedat di dalam banyak lecture beliau.

Semoga kita akan jadi hebat seperti Maryam juga. inshaAllah.

Sunday, December 7

Pecinta bahasa Arab


http://www.gulfnews.com/images/06/11/11/11_ae_essential_learning001_4.jpg

Hajat tidak kesampaian

Ketika dalam proses memilih tajaan dahulu, sangat teringin sangat nak melanjutkan pelajaran di Mesir. Alasannya, nak mantapkan lagi bahasa Arab. Namun, mak saya nak juga saya memilih UK sebagai destinasi melanjutkan pelajaran. Huhu..melepas peluang nak perkasakan bahasa Arab.


Hikmah

Tapi selepas berfikir panjang, saya fikir, mesti ada hikmahnya. Tambahan pula, kalau kita defy mak kita ni, mesti akan terjadi sesuatu di luar dugaan..hmm..dah banyak jadi dah..


"Ustaz, ana tak pilih Mesir..."


''Habis tu ke mana?" pintas Ustaz Zawawi, guru bahasa Arab tingkatan lima saya, pada hari Anugerah Cemerlang SPM pada 2004.


''ana pilih UK..tulah ustaz, melepas peluang nak belajar bahasa Arab''


''Tak pa (dengan slang kelate)..kat sana pun banyak peluang nak belajar bahasa Arab''


Dan kini, saya sudah tahun ketiga perubatan, saya bertanya-tanya,
betul ke boleh belajar Arab di UK?

kelas bahasa Arab

Semasa saya di tahun pertama, Islamic Society of Nottingham ada menganjurkan kelas bahasa Arab. Wow..fuiyo…memang semangat kita dibuatnya. namun sayang seribu kali sayang, kelas tersebut memang bermula betul-betul daripada basic. Saya boleh namakannya sebagai kelas ‘jawi (bukan masuk jawi ye =) ) kerana cikgu mengajar alif, baa’, taa’..dan seterusnya. Tak boleh saya nak teruskan sebab cikgu pun suruh kita balik..


Modul bahasa Arab

Ketika bersembang dengan sahabat xkyuem, saudara Isa Mustadza (kini tahun akhir di Imperial College), dia memberitahu yang dia belajar bahasa Mandarin di universiti beliau. Wah..menarik! Sahabat saya di University College Dublin pula, saudara Nizam Ishak mempelajari bahasa Perancis. Pelik saya pada mulanya, namun barulah saya menyedari yang pelajar boleh memilih modul pilihan yang terdiri daripada subjek bahasa asing, termasuk di Nottingham.


Namun, seribu kali sayang (sekali lagi), kedudukan saya sebagai pelajar perubatan di universiti ini tidak mebolehkan kami memilih sebarang modul. Semuanya telah disiapkan oleh pihak sekolah perubatan. Teringat semasa pulang bercuti summer suatu ketika dahulu dan bertemu ustazah Nuri (guru bahasa Arab di SMAPL), ‘termengah-mengah’ kita nak respon soalan-soalan bahasa Arab ustazah. Namun, sepertimana firman Allah, Allah merancang dan kita merancang, dan sesungguhnya ALlah sebaik-baik perancang (wa makaru, wa makarallah..)


Rezeki
Siapa sangka, penghijrahan saya ke Nottingham City Hospital (kira-kira 30 minit daripada kampus universiti) pada semester ini membuka peluang saya bercakap dalam bahasa Arab! Sungguh hairan bin ajaib..

Inilah antara kawan-kawan saya di department of Academic Oncology. Memang pandai-pandai belaka diorang ni. Terutamanya Ahmed, pakar statistik!


IMAG0057 by you.

Ismail

IMAG0053 by you.
Zubir

IMAG0048 by you.
Ahmed



Libya

Mereka ni bukanlah cikgu bahasa Arab, cuma mereka boleh bercakap bahasa Arab. Ismail berasal daripada Libya, dan yang menariknya, ada istilah Perancis yang saya gunakan dapat dia fahami..rupanya Libya pernah seketika di takluk orang Perancis selepas Itali berundur.


Iraq

Ahmed dan Zubir pula berasal daripada Iraq. Saya suka mendengar cerita-cerita Zubir ketika di department atau ketika di dalam bas tentang pengalaman di Iraq. Dia berada di sana sebagai seorang doktor perubatan ketika Iraq di tawan tentera US (laktanullah alaihim). Bahkan, pengumuman pelan ‘’complete withdrawal of US troops before 2011’’ baru-baru ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Zubir. (harap jadi la..banyak pelan-pelan ni indah khabar dari rupa..heh)

Tetapi yang paling saya seronok ialah peluang bercakap bahasa Arab dengan mereka. Memang sakan dan kelakar la..cuma saya akan paling slow..tidak mengapa, boleh improve lagi..hehe.. Walaupun tidak belajar secara formal, namun peluang memperkasakan Arab komunikasi sangat menggembirakan (yeay!)


Adik-adik di sekolah
Kepada adik-adik yang masih di sekolah dan berpeluang belajar bahasa Arab, belajar betul-betul ye..Susah nak dapat peluang belajar, lebih-lebih lagi jika semua perbiayaan telah disetelkan.


Contohnya, kalau saya nak belajar French sekarang, memang confirm kena bayaq punya. Menyesal sungguh atas ‘sifat’ malas belajar French semasa tingkatan empat dulu. Kesian Madame Sharifah bersungguh-sungguh buat kelas waktu petang. Sehinggakan ada satu kelas tu, semua pelajar lelaki tidak hadir!


Begitu juga bahasa Arab. Teringat kata-kata seorang sahabat saya di sekolah dahulu;


’’aku ni nak dapat 10 A1, boleh la..kalau 11 A1..hmmm memang tidak boleh’’


Alasannya, mustahil untuk mendapat A1 di dalam bahasa Arab Tinggi. Padahal, ada lebih kurang 5 bulan lagi sebelum SPM bermula. Memang diakui setiap orang ada cabarannya yang tersendiri, namun jangan la awal-awal lagi sudah angkat tangan!


Semuanya kerana mentaliti yang sudah terbentuk – ’’arab ni susah’’.


Di kesempatan ini saya nak mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu bahasa Arab saya semasa di sekolah;


Tingkatan 1, Ustaz Sulaiman Salleh, kini di Terengganu,

Tingkatan 2, Ustazah Zalila, kini di Skudai

Tingkatan 3, Ustazah Salwa Sheikh Ahmad, masih di SMAPL, (anak kepada Sheikh Ahmad Hj Sa'ed Linggi, dan adik kepada S.S Dato’ Hj. Mohd Murtadza B. Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Tingkatan 4, Ustaz Affendi Omar (Ustaz Apan), kini di SMKA Falahiyyah, Kelantan

Tingkatan 5, Ustaz Zawawi, baru bertukar ke USIM.


Kalau ada anak-anak ustaz atau ustazah yang google (dengan izin Dewan bahasa) nama ibu bapa masing-masing, tahulah anda, bahawa ibu bapa anda pernah mengajar bahasa Arab. Sungguh terkesan sehingga ke hari ini, maka berbanggalah anda.


Kepada yang baru habis SPM, banyakkanlah berdoa. Semoga ada keberkatan dalam apa juga keputusan peperiksaan kita itu nanti.


Amin.






Saturday, December 6

Demi buah Tin

1) Buah tin yang dikunyah terasa amat menyelerakan, sambil menikmati pemandangan perjalanan jauh ke selatan, daripada Nottingham ke London (juru umum baru sahaja mengumumkan yang kami telah tiba di Leicester, namun perjalanan masih jauh...). Buah ini bukanlah buah segar, sebagimana yang hanya sekali pernah saya nikmati semasa di bandaraya Makkah 6 tahun yang lalu. Kalau yang segar macam kita potong buah pear!

2)Buah tin separa kering dalam paket kecil ini saya beli semalam di sebuah pasaraya. Saya sangat sukakan buah tin kerana dua sebab, yang pertama, perasaan puas apabila mengunyah biji-biji kecil di celah-celah isinya yang lembut itu, dan keduanya, kerana buah ini disebut di dalam al-Quran. Tahukah kawan-kawan surah apakah itu?

3) Mengapa bangga makan buah yang disebut secara literal di dalam Quran? Cuba tanya diri kita, jika nama nama sekolah kita disebut di dalam Quran, adakah kita akan berasa bangga? Sudah pasti pelajar, bekas pelajar dan semua staf akan berasa sangat bangga. Saya juga bangga jika ada disebut perkataan SMAP Labu di dalam al-Quran, atau jika terdapat ayat "dan masuklah kamu ke SMAPL dengan aman dan sejahtera". Bahkan bapa-bapa dan ibu-ibu pastinya akan berebut-rebut menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. (Amin)

Bayangkan, kalau sekolah kita masuk surat khabar pun kita dah bangga, inikan pula jika disebut di dalam Quran.

4) Seluruh dunia sekarang dipenuhi dengan pelbagai nama negara, kebanyakannya negara bangsa. Pembahagian negara-negara ini sepatutnya tidak wujud kerana kita semua merupakan ummah yang satu. Ini dek usaha jahat (tetapi gigih) musuh-musuh Islam memisahkan hati-hati manusia seluruh dunia. Namun, sekurang-kurangnya terdapat sebuah kerajaan yang juga disebut secara literal di dalam Quran, dan masih kekal hingga ke hari ini, tahukan kawan-kawan kerajaan apakah itu?

5) Andai saya rakyat asal negara tersebut, pastinya saya akan rasa.."aih..bertuahnya aku ni lahir kat sini". Tetapi sedarkah kawan-kawan yang kita semua patut rasa lebih bertuah? saya ulangi, sedarkah?

6) Ini adalah kerana bukan sahaja sepatah, mahupun satu ayat, namun seluruh isi kandungan al-Quran diturunkan kepada anda! Kepada kita semua. Bangga tak kawan-kawan?

7) inilah surat cinta kepada kita semua. Bukan artikel saya ini, tetapi al-Quran. Al-Quran ialah untuk ummat akhir zaman, dan ummat ittu ialah kita. Allah telah 'menghantar' surat cinta-Nya kepada kita. Dia cintakan kita melebihi apa yang dapat kita fikirkan. Dia menghantarnya melalui orang yang paling Dia cintai.

8) inilah kisah cinta paling agung sepanjang zaman. Paling romantis untuk kita rasa terharu dan menitiskan air mata kerana plotnya yang sungguh menghibakan. Dan kitalah para pelakonnya, maka, sudah bersediakah kita menjadi pelakon terbaik?

wallahu a'lam.

http://www.hort.purdue.edu/ext/senior/fruits/images/large/fig6.jpg

Friday, December 5

''You are welcomed''

ف... جزاك الله خيرًا احمد

kata saya kepada Ahmed, selepas dia membantu saya menyiapkan satu graf dalam sebagai persiapan untuk projek saya.

''well, you know, in our local slang in Mosul, we will reply with
تدلل ''

''what does that means?'' , saya bertanya dengan penuh perasaan ingin tahu.

''hmmm..literally, there a equivalent word in english, but i can't remember it..'' jawab Ahmed sambil mengerutkan mukanya.

Lalu Ahmed mengajarkan saya satu lagi ilmu baru yang betul-betul mengagumkan saya. Dua website ini betul-betul sangat praktikal

Arabic Keyboard - kami menaip di dalam bahasa Arab
Google Translate - terjemahkan perkataan itu ke English.

Namun hasilnya tidak memuaskan. Kami cuba menterjemahkan perkataan دلل namun hasilnya ialah perkataan دلل juga!

''..it's like when a mother give too much love to her children..''

''is it 'pampered'?

''YES!'' jerit Ahmed

Gembira sungguh dia. Seronok kalau dapat sesuatu yang dah lama kita cari dan nantikan =)

''so for women, it should be تدللي ?''

''yes, but you make sure not to misuse it. this is only for those from Northern of Iraq. If you do it like places like Syiria, its sounds like flirting'' pesan Ahmed sambil tersenyum.

Alhamdulillah, dapat belajar satu lagi perkara baru. So, selepas ini, instead of using 'you are welcomed' or 'not at all' sebagai respon kepada ucapan terima kasih, boleh la guna perkataan
تدلل (sebut:ta-dal-lal).

''Thanks Ahmed''

''تدلل Firdaus''

Thursday, December 4

Usrah di City Hospital


Alhamdulillah, hari ini dapat saya berusrah di department saya dengan sahabat-sahabat - Khaleel dan Zubir.

Kami mulakan dengan Zubir menceritakan sebuat penemuan yang sangat menggemparkan. Dikatakan penggalian kerak bumi di Siberia telah menemukan para saintis dengan suara daripada bawah tanah. huh! dikatakan hasil kajian, suara itu merupakan suara manusia yang sangat ramai, dan masing-masing berteriak serentak, dan kebanyakkannya merupakan suara wanita!

Kemudiannya, kami telah berbincang dengan kisah-kisah bagaimana amal semasa hidup dikaitkan dengan tanda-tanda yang dapat dilihat pada jenazah yang soleh dan jenazah yang tholeh. Zubir telah berkongsikan cerita ketika nabi di datangi iblis, dan juga kisah hadith Jibril, apabila seorang 'lelaki' yang berpakaian putih mendatangi Rasulullah dan para sahabat untuk mengajar.

Hadith yang telah kami bincangkan ialah hadith berikut;

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

"Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya."

Zubir menekankan peri pentingnya kalau kita berbuat salah, jangan dihebah-hebahkan dengan penuh kebanggaan. Jangan dikejutkan fitnah tersebut.

Teringat saya akan tazkirah mengenai hadith ini oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor suatu ketika dahulu..(isk..isk..). Boleh la menonton hadith di bawah. (video ini panjang sangat, boleh tunggu hingga ke minit ke 6:10)



Sessi ta'aruf telah membawa saya terutamanya kepada pengakuan yang mengejutkan. Rupa-rupanya Khaleel (seorang fellow research, dan Senior Registra) beketurunan Melayu. Bapanya merupakan seorang Melayu Sri Lanka yang kini menetap di Sri Lanka! Subhanallah..what a small world..

Bahkan Zubir "al-Iraq"pun pada mulanya menyangkakan Khaleel sekadar berjenaka.

"My mother is a Malay also", kata Zubir sambil berpura-pura membuat muka serius.

''I'm not joking mannn!'' balas Khaleel.

Namun sayangnya Khaleel tidak boleh berbahasa Melayu sebagaimana bapa beliau. InshaAllah beliau akan pulang bercuti di Sri Lanka esok selama 3 minggu.

Selamat pulang Khaleel. Selamat kembali ke keluarga terchenta.


manusia tidur by you.

Firdaus, Ahmed, Dr Zubir, Dr Khaleel

Tuesday, December 2

sabar dan ukhuwah

‘’I want people to know about my blog but I am afraid that they might know my secret’’


Tergelak sebentar saya membaca posting daripada sebuh blog ini. Nak menulis blog, tapi takut tersebar rahsia dalam blog pula..huhu~ Blog ini blog adik saya, yang masih berada di dalam darjah 5. Wah.. moden sungguh zaman sekarang ini.. umur 11 tahun dah menulis blog dan aktif di dunia online. Saya sendiri pun ada emel sahaja bermula selepas habis SPM. Hebat sungguh kesan modenisasi pada zaman sekarang.


Modenisasi

Adakah modenisasi ini membawa kepada kebaikan? Ini satu perkara yang seronok untuk diperdebat dan diperbincang. Saya dan sahabat pasukan debat sekolah dulu (Shahril Shaari, Dzuhri Ja’far, Safrin@Harun, Qamarul, kak faizah dan seorang lagi kak yang saya lupa namanya) dulu pernah pulun mencari bahan untuk tajuk debat Piala Dato Syukor 2001 peringkat kebangsaan. Namun kami tersungkur di peringkat separuh akhir di tangan pasukan SAINA (sains pokok sena). Memang pasukan SAINA zaman tersebut ada kelas tersendiri. Namun, it was a close competition. Dzuhri pada ketika itu sememangnya key player kami. Beliau sampaikan pernah dipuji secara direct oleh MB Negeri Sembilan pada ketika itu (yang kemudiannya jadi Menteri Wilayah dan Naib Pres UMNO no. 1, tetapi sayangnya disabitkan dengan salah laku rasuah..ish ish..ish..). Cara Dzuhri berdebat memang sangat spontan dan kelakar. Namun, nasib tidak menyebelahi kami..huhu

Kempunan kami nak bawa pulang piala idaman ke Labu pada ketika itu. Tak berpeluang juga nak berdebat tajuk final pada ketika itu ’’Modenisasi banyak membawa kebaikan’’.


Frust

Semasa zaman sekolah dulu, memang kita frust apabila masuk bertanding sebarang pertandingan, lalu kalah. Tak terbilang rasanya. Sebabnya, iyalah, harapan besar sangat. Adik-adik di zaman persekolah pada ketika ini pastinya akan merasai pengalaman yang serupa (lebih2 yang memang susah nak menang..hehehehe)

Di sini saya nak berkongsi dua perkara;


Pertama

Sebenarnya, kita sebagai orang Islam, kena faham konsep sabar dengan tepat. Nabi kata;


"Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada rintangan (pukulan) pertama." (Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)


Kadnag-kadang bila kita frust, kita jadi bengang. Selepas seketika, barulah kita reda. Maka, ini masih lagi belum menepati ciri-ciri sabar. Have another look at the hadith again;


‘’...rintangan (pukulan) pertama’’


MashaAllah, what a beautiful hadith indeed. Saya dapat ilmu ini semasa bersembang dengan Ustaz Zaifiddin, seorang post grad di Nottingham yang kini telah pun selamat pulang ke Johor setelah isteri beliau tamat pengajian.

Thus, lets practice to make sabar (patience) as our first response when we are affected by any calamity.


Kedua

Apabila kiat masuk bertanding, terlibat dengan sebarang aktiviti ko-kurikulum, kita memang nak menang (mesti lah kan?). Tetapi cuba raih peluang merapatkan ukhuwah dengan peserta-peserta yang lain, sebab mungkin suatu hari nanti, kita akn berjumpa balik dengan mereka-mereka ni.


Contohnya;

Saudara Ahmad Shafie Jameran @ Pie. Beliau merupakan teman sepengajian saya kini di Nottingham. Bilakah kami mula bertemu?

Semasa Piala Perdana Menteri (PPM) di SAHMURA (sains muar) pad tahun 2003, saya bertemu dengan Shafie di penginapan kami (asrama je..) Masa tu kami sempat la bersalaman. Saya pernah dengar namanya sebab sahabat saya di SMAPL dulu pernah bersekolah dengan beliau semasa di SMKA Kuala Selangor. Banyak dia cerita mengenai Shafie ni, lebih2 lagi pernah menjadi johan Pidato Piala Diraja sekolah rendah pada tahun 1997. (hmm..cumanya dia tak ingat yang kami pernah jumpa..ceis..hehehe)


Semasa KISAS masuk separuh akhir pada PPM tahun tersebut, cikgu Nasirah, guru debat pasukan kami ada memberitahu betapa pendebat ketiga pasukan KISAS mantap sekali (walaupun kalah juga mereka pada ketika itu, dengan SAINA juga). Beberapa bulan kemudian, sangat mendapat berita yang beliau menjadi Johan Pidato peringkat kebangsaan sekali lagi. (wow~). Ini menjadikan beliau makhluk pertama di dunia menjadi johan pidato peringkat kebangsaan bahasa melayu sebanyak dua kali. Subhanallah..unik sungguh makhluk ini...


Tambah menarik, antara yang menjadi 'mangsa' beliau (kalah peringkat daerah) en route to kejayaan ini ialah saudara Atiq Hamid (makhluk ini pun unik juga), yang kini teman sepengajian kami juga di Nottingham, dan kami bertiga kini tahun ketiga perubatan di sini. MashaAllah..what a small world..


Maka, janganlah fokus nak menang sangat sampai tak sempat kenai orang..rugi....tak percaya? Cubalah..tapi selepas beberapa tahun, menyesal lah nanti...=)


Oklah. Nak pergi jumpa Hester jap