Tuesday, December 9

Makanan daripada langit?

Gempar!!

1) Hari ini saya diminta oleh Arif Sodri, chef rumah, untuk memasak makanan untuk hari ini kerana beliau perlu prepare model untuk presentation esok. Oleh kerana kita kena taat kepada pemimpin, saya pun menurut perintah beliau =)

2) Lalu saya pun masak lah menu yang simple namun sedap - gulai ikan ala ever-Green-field. Penuh dengan ramuan asli lagi tersembunyi.

3) Selepas masak, saya naik ke atas membantu Arif menyiapkan model. Kesian dia, berguling-guling menyiapkan model tadika. Mungkin pelan dan design untuk PASTI pada masa akan datang agaknya.

4) Ketika saya turun seketika ke bawah untuk membancuh air, secara tiba-tiba meja dapur rumah kami dipenuh makanan. Antaranya ialah mee, ayam (macam ayam panggang), dan sejenis cecair dalam periuk (yang disyaki sup untuk mee)!

5) Ini sesuatu yang memeranjatkan (dan menggembirakan). Siasatan akan dijalankan untuk menyiasat sumber makanan yang nampak sedap ini. (alhamdulilah...aku syukur ya Allah..)

6) Peristiwa ini mengingatkan saya akan kisah agung Maryam dan penjaganya, Nabi Zakaria. Nabi Zakaria menjumpa makanan di sisi Maryam yang berseorangan. Ini petikan daripada surah Ali Imran (keluarga Imran), ayat ke 37;

arabic
Her Lord accepted her a gracious acceptance,
and brought her up a gracious upbringing,
under the guardianship of Zakaria.
Whenever Zakaria entered her sanctuary
he found provisions with her.
He would ask, "Maryam, where did you get this from?"
She would say, "It is from Allah. Verily Allah provides for whomever He chooses, without limits."

7) Lihat bagaimana ketegasan dan wisdom yang dimiliki oleh Maryam daripada jawapannya yang pendek, namun sungguh bernas. Saya seronok mendengar kisah-kisah Maryam, terutamanya yang diceritakan oleh Allahyarham Sheikh Ahmed Hussein Deedat di dalam banyak lecture beliau.

Semoga kita akan jadi hebat seperti Maryam juga. inshaAllah.

5 comments:

syashot said...

MashaAllah. rezki2.

kenyang warga nottingham.

(^_^)

Anonymous said...

dah habis siasat belum?
dalang mana yang tersilap hantar mi sup tu kat sana?
sebenarnya dia nak kasi beta..
tau v__V

Anonymous said...

penemuan setakat ini menunjukkan ada parti raya haji di raleigh park, dan makanan tambahan disalurkan ke rumah kami. ini maklumat x rasmi dato seri, sebab penyiasat kita sedang 'berperang' menyiapkan karangan 10,000 patahnya....fewhhhh

Anem Arnamee said...

Salam ziarah..=)

Anonymous said...

hmm..macam mana dato' seri tahu makanan itu ialah mi sup?..musykil2