Tuesday, December 2

sabar dan ukhuwah

‘’I want people to know about my blog but I am afraid that they might know my secret’’


Tergelak sebentar saya membaca posting daripada sebuh blog ini. Nak menulis blog, tapi takut tersebar rahsia dalam blog pula..huhu~ Blog ini blog adik saya, yang masih berada di dalam darjah 5. Wah.. moden sungguh zaman sekarang ini.. umur 11 tahun dah menulis blog dan aktif di dunia online. Saya sendiri pun ada emel sahaja bermula selepas habis SPM. Hebat sungguh kesan modenisasi pada zaman sekarang.


Modenisasi

Adakah modenisasi ini membawa kepada kebaikan? Ini satu perkara yang seronok untuk diperdebat dan diperbincang. Saya dan sahabat pasukan debat sekolah dulu (Shahril Shaari, Dzuhri Ja’far, Safrin@Harun, Qamarul, kak faizah dan seorang lagi kak yang saya lupa namanya) dulu pernah pulun mencari bahan untuk tajuk debat Piala Dato Syukor 2001 peringkat kebangsaan. Namun kami tersungkur di peringkat separuh akhir di tangan pasukan SAINA (sains pokok sena). Memang pasukan SAINA zaman tersebut ada kelas tersendiri. Namun, it was a close competition. Dzuhri pada ketika itu sememangnya key player kami. Beliau sampaikan pernah dipuji secara direct oleh MB Negeri Sembilan pada ketika itu (yang kemudiannya jadi Menteri Wilayah dan Naib Pres UMNO no. 1, tetapi sayangnya disabitkan dengan salah laku rasuah..ish ish..ish..). Cara Dzuhri berdebat memang sangat spontan dan kelakar. Namun, nasib tidak menyebelahi kami..huhu

Kempunan kami nak bawa pulang piala idaman ke Labu pada ketika itu. Tak berpeluang juga nak berdebat tajuk final pada ketika itu ’’Modenisasi banyak membawa kebaikan’’.


Frust

Semasa zaman sekolah dulu, memang kita frust apabila masuk bertanding sebarang pertandingan, lalu kalah. Tak terbilang rasanya. Sebabnya, iyalah, harapan besar sangat. Adik-adik di zaman persekolah pada ketika ini pastinya akan merasai pengalaman yang serupa (lebih2 yang memang susah nak menang..hehehehe)

Di sini saya nak berkongsi dua perkara;


Pertama

Sebenarnya, kita sebagai orang Islam, kena faham konsep sabar dengan tepat. Nabi kata;


"Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada rintangan (pukulan) pertama." (Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)


Kadnag-kadang bila kita frust, kita jadi bengang. Selepas seketika, barulah kita reda. Maka, ini masih lagi belum menepati ciri-ciri sabar. Have another look at the hadith again;


‘’...rintangan (pukulan) pertama’’


MashaAllah, what a beautiful hadith indeed. Saya dapat ilmu ini semasa bersembang dengan Ustaz Zaifiddin, seorang post grad di Nottingham yang kini telah pun selamat pulang ke Johor setelah isteri beliau tamat pengajian.

Thus, lets practice to make sabar (patience) as our first response when we are affected by any calamity.


Kedua

Apabila kiat masuk bertanding, terlibat dengan sebarang aktiviti ko-kurikulum, kita memang nak menang (mesti lah kan?). Tetapi cuba raih peluang merapatkan ukhuwah dengan peserta-peserta yang lain, sebab mungkin suatu hari nanti, kita akn berjumpa balik dengan mereka-mereka ni.


Contohnya;

Saudara Ahmad Shafie Jameran @ Pie. Beliau merupakan teman sepengajian saya kini di Nottingham. Bilakah kami mula bertemu?

Semasa Piala Perdana Menteri (PPM) di SAHMURA (sains muar) pad tahun 2003, saya bertemu dengan Shafie di penginapan kami (asrama je..) Masa tu kami sempat la bersalaman. Saya pernah dengar namanya sebab sahabat saya di SMAPL dulu pernah bersekolah dengan beliau semasa di SMKA Kuala Selangor. Banyak dia cerita mengenai Shafie ni, lebih2 lagi pernah menjadi johan Pidato Piala Diraja sekolah rendah pada tahun 1997. (hmm..cumanya dia tak ingat yang kami pernah jumpa..ceis..hehehe)


Semasa KISAS masuk separuh akhir pada PPM tahun tersebut, cikgu Nasirah, guru debat pasukan kami ada memberitahu betapa pendebat ketiga pasukan KISAS mantap sekali (walaupun kalah juga mereka pada ketika itu, dengan SAINA juga). Beberapa bulan kemudian, sangat mendapat berita yang beliau menjadi Johan Pidato peringkat kebangsaan sekali lagi. (wow~). Ini menjadikan beliau makhluk pertama di dunia menjadi johan pidato peringkat kebangsaan bahasa melayu sebanyak dua kali. Subhanallah..unik sungguh makhluk ini...


Tambah menarik, antara yang menjadi 'mangsa' beliau (kalah peringkat daerah) en route to kejayaan ini ialah saudara Atiq Hamid (makhluk ini pun unik juga), yang kini teman sepengajian kami juga di Nottingham, dan kami bertiga kini tahun ketiga perubatan di sini. MashaAllah..what a small world..


Maka, janganlah fokus nak menang sangat sampai tak sempat kenai orang..rugi....tak percaya? Cubalah..tapi selepas beberapa tahun, menyesal lah nanti...=)


Oklah. Nak pergi jumpa Hester jap

22 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

mahu quote kan yg ini,
"Apabila kiat masuk bertanding, terlibat dengan sebarang aktiviti ko-kurikulum, kita memang nak menang (mesti lah kan?). Tetapi cuba raih peluang merapatkan ukhuwah dengan peserta-peserta yang lain, sebab mungkin suatu hari nanti, kita akn berjumpa balik dengan mereka-mereka ni."

masa pegi NKISBP 2004 di SMAPL, saya 1 grup dgn farahin. mula2 mmg ada contact jugak, tapi, lepas tu lost kejap. alhamdulillah, masa kem WOW lepas, jumpa balik. satu rumah plak tu.farahin yg tegur dulu.(saya xperasan n xingat muka, tapi ingat nama je. :D )
ramai lah jugak, jumpa kwn2 yg pegi NKISBP 2004 dulu, (more than 1 is consider as 'many' lah ye.)then terasa, "oh,hebat2 sahabat2 nadwah ku ini ye. dulu, masa 1st time jumpa, kat kem nadwah je, skrang jumpa balik kat pre departure program.." alhamdulillah. =)

Anonymous said...

heh, baru nak cerita pasal debat, ko dah cerita dulu.

benarlah, berdebat sampai lupa nak berkawan. tu la..dok fokus nak menang sangat sampai tak tengok kiri kanan.

Anonymous said...

walaupun saya bukan debater tapi saya ex-SAINARIAN...

ummufawwaz said...

salam,
padan pun PIE suh jengok entry ni,rupanya ada org duk men'glemer' kan dia..
masyaallah..hgpa semua ni mmg makhluk 'unik' la..

Anonymous said...

to mimi: siapa farahin ni? dia hebat ke? =)

to zaffan : sesal dahulu pendapatan..huhu.

to SAINA: jangan buat malu nama sekolah kat negara orang ye...muahahahahahas

to ummufawwaz : tak pe sekali sekala ummu fawwaz..btw, ummu fawwaz ni sapa ye? fawwaz anak dr lo lo atau fawwaz anak ustaz fadzil?

AA said...

pi'e dan atiq adalah due MAKHLUK yang UNIK....LOL

to pi'e: aku jumpe mende yang menarik dalam komen2 sebelum ini..hehe

Anonymous said...

apakah itu asma..nak kongsi dgnaku mende y menarik tu?
Daus, bayar komisyen kat aku sebab promote blog ko

Anonymous said...

iye la..apa tu Asma? kami nak tahu jugak..cerita pie ke??

Anonymous said...

assalamualaykum,

'siapa farahin ni? dia hebat ke? =)"
cehh,buat2 x knl farahin plak..dia hebat and makhluk unik cam abang dia la..hehe..ish2 dhsyat la budak2 notts nih(tabik springla sma daus,pie ngan atiq)teruskan kehebatan anda utk melebarkan sayap Islam ya,insha Allah=)

Anonymous said...

Huzduge!!! daus, adik kobukan yang kecik aritu makan kat 'curry ape ntah tak ingt nama' dgn mak kamu tukan..yang mak kamu belanja kitorang makan yang heaven tu kan!!! kamu ade adik yang 'unique' di belfast? namepun dekat2 firdaus jugakkan. firdaus memang unique yang amat..senyumannya sungguh menawan!! bebudak KYUEM tentu faham 'senyuman daus' yang menawan tu!

Anonymous said...

aik..apsal banyak sebut pasal farahin tetiba neyh? sapa tue..tersedak dia dok makan Jaipur~

Anonymous said...

farahin? a'ah..agak hebat lah. =D

sbb berjaya melepasi rintangan IB, n etc. =)

Fiqry said...

oh, pie telah dipromote secara percuma di sini =p hek3

Anonymous said...

awak silap fiqry..ntah berapa pie dah bayar daus tu..

aKmA said...

farahin, farahin!!abang hang ngutok mu disini..kui3!!!

a'ah..budak2 melrose (rumah farahin) suka mkn Jaipur..jaipur, Jaipur, Jaipur..mcm mana nak masok NICE ni..hehe~

ian-xyme said...

cool lah abg firdaus :)

AA said...

uish..jauh sgt dah ketinggalan nih...tatau mane nk sambung.. ;-p

Anonymous said...

haaa...aku tau apa y spesel senyum daus, orang KYUEM panggil senyum miang Firdaus Rahim! bile dia senyum camtu, semua cair

Anonymous said...

farahin? hebat?
makhluk unik? senyuman miang Firdaus Rahim? senyuman 'MENAWAN'?

????????.........??? apakah2..

yup2... btul.. by getting ourself involved in these unlimited outdoor activities, it helps us to expand our number of friends horizontally.. :D
which could then make our life ALIVE and happy~!

Anonymous said...

hmmmm.......kita tak dapat membentuk & harap gaya pemikiran seseorang seperti gaya pemikiran kita. kita tak boleh expect y dikeliling kita memakai kacamata yang sama dgn kita, hatta dia dari sekolah yang sama, atau dari background y hampir sama.
masing2 meluahkan dan berfikir mengikut gaya pemikiran masing2 atas perspective dari kaca mata masing2

Anonymous said...

akma, xbaik cakap mcm e2..mana ade dia kutuk adik dia..firdaus seorang abang yang baik yang sangat menyayangi adik2 nya~

Anonymous said...

apakah yang ahmad shafie cuba sampaikan?