Tuesday, September 8

Adegan ''who you are determines what you see'' di pentas bersalin : Episod I

Hari ini saya sungguh bertuah dapat bersama dalam sebuah pasukan doktor dan bidan melahirkan sepasang kembar tidak seiras.

Kembar tidak seiras tidak banyak bezanya daripada aspek rupa antara satu sama lain, kerana mereka berasal daripada dua ovum (telur wanita) dan dua sperma (telur lelaki) yang berbeza. Yang sama ialah mereka lahir pada waktu yang sama, dan berada dalam satu uterus yang sama dalam jangka masa yang sama.

Ibu 1 - kembar bertuah
Selaputnya telah pun pecah pada hari Sabtu yang lalu. dan setelah beberapa hari masih belum hendak melahirkan anak. Kalau melihat kepada umur kandungan, baru mencecah 36 minggu, dan kandungan biasanya akan dilahirkan pada minggu ke-40. Namun adalah menjadi kebiasaan untuk kandungan kembar dilahirkan awal, seawal 36 minggu.

Kakak kita ini nampak sungguh tenang, mungkin kerana telah melahirkan 3 orang anak sebelum ini. Katanya, memang dia bercadang untuk melahirkan 5 orang anak, namun tidak menyangka akan menerima yang ke-4 dan yang ke-5 secara serentak!

Biasanya kelahiran kembar lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang lebih berusia, seperti lebih 35 tahun. Mungkin kerana semakin berumur seseorang itu, semakin rajin ovari melepaskan telur sebelum kitar haid bulanan.

Saya memasangkan alat CTG di perutnya, dan ini memerlukan kemahiran menggunakan dua tangan serentak kerana amat penting untuk memastikan kedua-dua jantung bayi dapat di dengari, dan dapat di bezakan antara satu sama lain. Kelihatan di skrin, si bayi lahir yang kedudukannya lebih rendah dan dijangka akan keluar dahulu sedikit rendah degupan jantungnya, iaitu pada kadar 130 degupan seminit, mana si kembar perempuan pula menunjukkan degupan yang lebih meyakinkan pada kadar 170 degupan seminit.

Alhamdulillah bayi nampak sihat daripada luar!

Namun saat untuk meneran bayi keluar memang satu kesakitan yang sungguh mengazabkan. Dan si ibu pada kali ini akan menanggung kesakitan bukan satu, tetapi dua kali ganda kesakitan untuk menolak bayi keluar ke dunia ini. Namun apa yang mengejutkan saya ialah ketenangan yang dapat dilihat pada wajah sang ibu.

Sungguh tenang...

....dan semakin tampak jelas apa saya bandingkan dengan seorang lagi ibu di bilk sebelah yang turut saya ikuti kelahirannya bersama...

******

Ibu 2 - patah kandar?
Kesakitan mulai dirasai sejak jam 6 pagi tadi, dan saya mulai mengikuti beliau sejak jam 930 pagi, namun tidak banyak perubahan sehingga jam 6 petang. Hampir berjanggut saya menanti kelahiran anak perempuan si ibu ini....

Namun ini merupakan anak keduanya. Dan pada kebiasaannya anak kedua akan keluar dengan lebih mudah kerana ruang kelahiran bayi sudah pernah dilalui oleh bayi sebelumnya. Walau apa pun, kesakitan yang ditonjolkan sang ibu memang maha dahsyat!

Si ibu merupakan seorang bos di kedai gunting rambut, dan yang menemani si ibu ini ialah pekerjanya di kedai tersebut. Si ibu telah memberikan cuti kepada pekerjanya ini dan memintanya agar menemani sepanjang proses kelahirannya. Mungkin mereka berdua sangat baik dan rapat walaupun hubungannya ialah employer-employee.

Walaupun sangat sakit keadaannya, namun beliau ternyata seorang yang sungguh 'joker' dan gemar berjenaka, bahkan di kala beliau menangis-nangis sedang sakit, beliau sempat lagi berjenaka sehingga saya dan mak bidan bantai gelak sekali!

Namun ada di saat kesakitan memuncak, beliau terus nampak derita, dan derita ini ternyata bukannya datang daripada kesakitan sahaja. Masalah yang membelengu ternyata difikirkan berterusan sehingga menimbulkan keresahan pada emosi ibu ini.

Di manakah suami ibu kedua ini??

Bagaimanakah nasib bayi kembar ibu pertama?

Mengapa ibu pertama yang bakal melahirkan kembar lebih tenang daripada ibu kedua?

Nantikan kesudahan entry ini kerana saya kena masuk tidur awal sebab esok akan bermula shift seawal jam 630 pagi. =) Selamat malam!

..to be continued

3 comments:

mushana udon mustafa said...

gedik aa ko daus. first buat lawak lame "berjanggut saya menanti"... ko memang dah berjanggut maka adakah ia bermaksud tak lama ko menanti? then buat suspend2 plak eh?

and apa makna "patah kandar"? ke itu pun saspen jugak?

fir said...

i thought that is a commonly used modern proverb

Anonymous said...

salam..
nice blog n ape yg dsampaikn mmg best..x sume org dpt merasai pengalaman cmni.Thanks coz berkongsi..truskan menulis.. sye bmnat dgn isi yg ditulis..skurang2 nyer bleh jdi pengajaran..(",)

syaziemeeya@yahoo.com