Friday, May 25

'No alcohol in pregnancy' advised

Berikut merupakan petikan daripada BBC bertarikh 25 Mei 2007.

Image Hosted by ImageShack.us
BBC bertarikh 25 Mei 2007

“ 'No alcohol in pregnancy' advised”. Upon reading this rather strict advice from the Department of Health of UK, it reminded me one powerful quote delivered by the honourable Mr Deedat in one of his great talk. He said:

“And the only religion in the face of this earth which says don't touch that stuff (alcohol) is Islam”

All praise due to Allah, as Islam teaches me preventative medicine instead of healing medicine. Ini yang rasa izzah menjadi seorang Muslim. Do you feel the same thing? Let's here a short interesting speech by Ahmed Deedat below. Dengar lah. 12 minit sahaja. The system of Islam.




Berbalik kepada laporan kesihatan BBC tersebut, laporan itu turut menyatakan:

“the revision was not based on new scientific evidence but was needed to help ensure that women did not underestimate the risks to their baby”

“semakan semula ini dibuat bukan berdasarkan kajian saintifik terbaru, tetapi semakan ini diperlukan demi memastikan kaum hawa tidak mengambil ringan kesan buruknya (alcohol) kepada bayi”


Sebenarnya sudah diakui di seluruh dunia bahawa heavy drinking ketika mengandung PASTI menyebabkan kecacatan kepada bayi yang dilahirkan. Cuma ketidak pastian timbul dalam isu samada social drinking boleh menyumbangan kepada kecacatan bayi ketika berada di dalam kandungan. Setakat ini, masih lagi tiada kajian saintifik yang mampu memberi jawapan kepada persoalan ini.


Tak kanlah nak tunggu sains terangkan segalanya, baru nak percaya.


Berikut pula ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh dua individu di dalam laporan tersebut. Yang pertama ialah Dr Fiona Adshead, Timbalan Ketua Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan UK. Beliau berkata:


"Our advice is simple: avoid alcohol if pregnant or trying to conceive. "This advice could also be included on alcohol packaging or labels,"

“Nasihat kami adalah mudah: Jauhi alcohol jika anda sedang mengandung atau sedang mencuba untuk mengandung. Nasihat ini juga merujuk kepada sebarang produk yang mengandungi alcohol”


Maksudnya, kalau roti yang ada alkohol di dalam kandungannya pun tak boleh! Mari kita dengar pula kata-kata Jane Brewin, ketua eksekutif Tommy's, sebuah badan kebajikan bayi yang berpusat di London yang berperanan membiayai penyelidikan perubatan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada para ibu bapa semasa proses kandungan. Beliau berkata:

"There is no proven safe level of alcohol to drink during pregnancy because any amount can pass through the placenta to the baby."

"Tidak ada paras alcohol yang selamat untuk diminum ketika mengandung kerana sebarang jumlah alcohol boleh menembusi plasenta untuk ke janin"


Jadi, bolehlah ramai-ramai mat saleh kat sini tinggalkan alkohol terus. Bukan senang kalau kita yang memang suka buat sesuatu habit tu, tetapi secara tiba-tiba nak kena tinggalkannya.


National Organisation on Foetal Alcohol Syndrome (NOFAS) menganggarkan lebih 6,000 kanak-kanak UK dilahirkan dengan Foetal Alcohol Spectrum Disorder pada setiap tahun. Bagaimana pula di negara yang mempunyai jumlah penduduk yang berganda lebih ramai seperti Amerika Syarikat, China, India dan Russia?


Menurut kajian Abel, E.L., & Sokol, R.J. (1987), di dalam kajian yang bertajuk Incidence of fetal alcohol syndrome and economic impact of FAS-related anomalies: Drug alcohol syndrome and economic impact of FAS-related anomalies, alkohol merupakan punca utama kepada kecacatan mental bayi di dunia Barat.

Alkohol menyebabkan kecacatan kekal kepada bayi. Ia menyebabkan:

Bentuk muka yang tidak normal

Pertumbuhan terbantut

Central nervous system yang tidak normal

kemahiran belajar dan mengingat yang lemah

Kanak-kanak Hyper aktif

Kajian mendapati alkohol menyebabkan gangguan kepda pembentukkan dan jangka hayat sel neuron pada otak janin, terutamanya pada tiga bulan terakhir kandungan dan beberapa tahun pertama kehidupan bayi selepas kelahiran ketika mana pertumbuhan otak bayi sedang aktif.


Jadi, Foetal Alcohol Syndrome kini menjadi syndrome kecacatan bayi yang berada di ranking pertama di antara syndrome kecacatan bayi yang boleh di elakan.

Akhir kata, mari kita dengaq sat ayat Allah:

"Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.'" (2:219)

2 comments:

mushana udon mustafa said...

daus, buat la english version pulak. kata nak reach out to omputeh. depa mana paham apa hang cakap nih. Ielts band 8 kan? huhu~

syuhadah amin said...

wow! band 8!!hebat~