Sunday, May 31

Rintangan ke prayer room: Episod I

http://img38.imageshack.us/img38/3489/jalankebenaran.jpg

Ini ialah laluan biasa warga Dunkirk Jaya daripada rumah menuju ke prayer room university yang terletak di Portland Building. Jika berjalan kaki mengambil masa 10, berbasikal mengambil masa 5 minit manakala berkereta hanya mengambil masa selama 3 minit sahaja.

Andai kita memahami realiti di kawasan ini, anda pastinya memahami mengapa si Lebai (orang yang ke masjid) tidak memilih jalan A ataupun jalan C. Dan juga pastinya anda memahami mengapakah si Lebai terpaksa membuat sedikit belokan ke kiri untuk mengelakkan B dalam perjalanan ke prayer room.

Namun begitu, jika anda tidak memahami mengapa, maka pastinya anda akan terpinga-pinga memikirkan mengapa A, B dan C tidak direntasi sahaja sebab nampak lebih mudah dan dekat!

Kefahaman
Apabila kita tiada kefahaman tentang sesuatu perkara, kita akan cenderung untuk 'main belasah' sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Kita juga akan terpinga-pinga dan sesat dalam mencari petunjuk dalam kehidupan.

Antara sahabat Rasulullah yang kamcing dengan baginda ialah Abdullah bin Mas'ud RA. Beliau seorang sahabat yang sentiasa menambah kefahaman dalam agama dengan sentiasa mendampingkan diri bersama Rasulullah.

Pada suatu hari , Abdullah terlihat Rasulullah baru sahaja bangun setelah berbaring, dan beliau terlihat kesan jalur-jalur tikar di belakang baginda. Ini adalah kerana tikar tersebut diperbuat daripada daun kurma yang yang kasar.

Hamparan yang lembut
Lalu, Abdullah dengan tidak semena-mena berkata;

"Ya Rasulullah, jika kau arahkan aku untuk mencari sebidnag permaidani yang lembut, nescaya aku akan berusaha untuk mendapatkannya."

Akan tetapi, Rasulullah menjawab;

''Bagiku, berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di bawah tengah panas lalu singgah sebentar untuk berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalannya.''

Ini satu peringatan istimewa daripada Rasulullah bahawa kehidupan kita di dunia ini tidaklah selama-lamanya. Kita semuanya sekadar stop seketika, akan akan menyambung perjalanan tidak lama lagi.

Kadang-kadang apabila singgah di pohon ini, kita lalai dan leka melihat buah yang lebat, ranum, masak lagi mengiurkan itu. Lalu kita pun makan selahapnya sehingga menjadi ular sawa, dan kerana perut pun sudah penuh kita pun senang hati lalu tertidur......

terlupa yang kita akan meneruskan perjalanan..

tupperware belum diisi dengan bekalan buah...

Teringat saya pesanan sang Khatib dalam sebuah khutbah Jumaat semasa saya di prayer room di Derby Hospital.

''we take this dunya (world) in our hands, not in our hearts''

Kita bukan menjadi ekstrim dengan meninggalkan dunia, tetapi kita memastikan dunia kita genggam di dalam tangan kita. Agar boleh kita kawal dengan aqal dan naluri hati kita. Bukannya membiarkan dunia MERAJAI hati.

'' we must be rich, but we give back the richness to the ummah''

Itu antara pesanan yang masih saya ingat, oleh seorang motivator sebelum saya berlepas ke luar negara pada tahun 2006. Melihat suasana spending power para pelajar luar negara yang tinggi, dan pembelian tanpa henti di kedai-kedai online seperti ebay dan amazon amat mendukacitakan. Sedangkan di pentas dunia yang nun jauh di sana, ummat dunia masih kelaparan sedangkan kita terus leka dengan 'pembelian' dunia.

Kadang-kadang antara matlamat para pelajar luar negara ke sini , samada pelajar undergrad atau post grad ialah untuk membeli sebuah kereta. Biasanya mercedes. Kalau rasa 'tua' sangat, dibelinya BMW.

Yang menariknya, baru-baru ini, seorang pelajar yang saya temui mempunyai wawasan yang sungguh mengagumkan. Dia memastikan setiap kali dia ke car boot sale, dia akan membeli buku-buku cerita kanak-kanak yang akan disimpan. Buku-buku ini akan dikumpulkan selepas tiga tahun dan akan di bawa pulang ke Malaysia kelak untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah dan tadika-tadika luar bandar.

MashaAllah..besar sungguh jiwa pelajar ini!

Sememangnya buku-buku bahasa Inggeris boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah di sini. Namun satu trend di mana-mana ialah tujuan ke car boot ialah untuk memenuhkan hiasan dalam rumah dan sebagainya. Memang saya tabik spring kepada sahabat kita ini.

who you are, determines what you see.

Jika anda mempunyai wawasan Akhirat, anda pastinya melihat lebih jauh. Jadi sama-samalah kita menambah kefahaman tentang agama ini.

Dengan Islam, anda mampu pergi lebih jauh!

Friday, May 29

Cara nak cairkan orang kepada Islam

1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.

2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.

* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.

* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.

* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya: "Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.

Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya: "(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"

Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.

5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"

6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba.

Sumber: Ustaz Zainudin Hashim




Monday, May 25

Jadi lebih hebat

Setiap orang ada kehebatan. Anda ada kehebatan. Mungkin anda tidak sedar, atau anda sedar, itu mungkin menjadi masalah, atau tidak menjadi masalah. Yang penting, anda ada kehebatan.

Kehebatan dan potensi anda mungkin akan lebih gemilang jika kena caranya.

Anda seorang jurutera, mungkin anda nampak 'malap' ketika di tapak pembinaan. Tapi anda mungkin hebat apabila tiba ke 'daerah' pertukangan kereta.

Anda seorang penulis yang hebat, tetapi arus bahasa Inggeris yang melanda menjadikan anda kaku untuk menulis untuk majalah dan akhbar. Tapi mungkin tulisan anda mampu menggoncangkan dunia, sehingga manusia berebut-rebut menterjemah karya anda ke pelbagai bahasa. Siapa kata Bahasa Malaysia tidak antarabangsa?

Anda seorang pelari yang laju, tetapi tidak mampu berlari menewaskan jagoan tempatan di pentas 100 meter. Tetapi mungkin anda jaguh handalan jika tiba ke medan lompat kijang, kerana anjakan lompatan dan larian yang pantas ke hadapan mengejutkan penonton dan pemberita.

Seorang lelaki atau perempuan yang hebat, mungkin akan jadi bertambah hebat setelah berkahwin dengan pasangan impian anda.
Lihat sahaja hikmah, Rasulullah sendiri terlibat dalam usaha baginda secara langsung setelah berumah tangga, jadi sibuk bukan sebagai satu alasan.

Jadi, jika anda sudah hebat, anda mungkin akan jadi lebih hebat jika kena caranya. Serlahkan potensi dirimu.

Sunday, May 24

Law of repetition:episod I

Peristiwa 1
Pada suatu hari yang agak sejuk, saya berjalan ke perpustakaan, Hallward Library. Semasa menghampiri pintu masuk library, dengan tidak semena-mena saya mengeluarkan kunci rumah daripada saku saya dan kemudian berdiri terpaku di hadapan pintu masuk library....

''Nak buat apa kunci ni?'' saya berfikir sejenak.

Aduhai, nak masuk library menggunakan kad perpustakaan, bukannya kunci rumah!

Tapi itulah respon spontan yang diarahkan bahagian separa sedar otak saya kepada diri saya, iaitu untuk mengeluarkan kunci rumah, sebagaimana reaksi spontan yang saya buat semasa tiba di hadapan pintu rumah saya.

Adakah ini kesan law of repetition?

Peristiwa 2
Semasa duduk di salah sebuah meja komputer di library, saya telah menekan butang print untuk mencetak beberapa helaian kertas. Kemudian saya bangkit dan menuju ke ruangan printer dan mengambil kertas saya.

Semasa sedang berjalan kembali ke tempat duduk saya, saya memeriksaan hasil cetakan, samada perlu atau tidak saya mencetak semua, dan kemudian duduk di kerusi komputer kembali.

''Eh, sejak bila meja aku penuh biskut dan kertas matematik ni?''

Alamak, tersalah kerusi daa. Kerusi saya ialah dua kerusi di sebelah kanan kerusi yang saya tersalah duduk ini. Dengan tersipu-sipu, saya bangun ke tempat saya.

Dengan tidak semena-mena, seorang wanita yang duduk di antara tempat saya dan tempat yang saya tersalah duduk tersebut berkata,

''I've done that too...twice''

Hehehe...komen pula perempuan ni. Tapi tidak mengapa. Saya sambut dengan senyuman je.

Namun saya berfikir, adakah ini juga kesan law of repetition?

Tahukah anda apakah law of repetition?

Friday, May 22

Selaju mana Usain Bolt berlari, akhirnya pulang ke Jamaica juga.

Sejauh mana pun tupai berlari, akhirnya lompat ke pokok juga.

Setinggi mana merpati terbang, akhirnya hinggap di dahan juga.

Selaju mana Usain Bolt berlari, akhirnya pulang ke Jamaica juga.

Itulah antara kata-kata yang sempat saya fikirkan setelah menerima sepotong SMS daripada seorang sahabat saya di universiti yang berdekatan pada pagi ini.

Betapa punya bersungguh-sungguh Barisan Nasional memikirkan dan memberikan tiga alasan untuk tidak bertanding di dalam pilihanraya di DUN Penanti (Pulau Pinang), akhirnya muncul pula sebuah lagi pilihanraya kecil yang baru yang bakal di adakan di DUN Manek Urai. (setelah disahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)).

BN memberikan alasan penjimatan ekonomi dan 'ini semua muslihat pembangkang', namun pihak Pakatan Rakyat pula berpendapat yang BN sudah tidak mampu untuk mengekang 'the winning streak' yang dikecapi dan 'momentum kemenangan' yang sedang dikuasai oleh PR.

Memang saya sendiri berpendapat BN tidak mampu untuk menang jika pilihanraya diadakan sekarang, baik di Penanti, seluruh Perak mahupun di DUN Manek Urai. Entah bagaimana walaupun berada jauh di perantauan, namum aura tersebut seakan-akan terasa merentasi Lautan Hindi, Laut Kaspia, menyusuri Sungai Danube dan bersama-sama Banjaran Alps membelah awan sehingga ke Selat Inggeris.

Punyalah berhempas pulas Majlis tertinggi BN bermesyuarat untuk memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tup..tap..tup..tap, ada satu lagi pilihanraya menanti! Maha suci Allah yang Maha berkuasa dan Maha Hebat perancangan-Nya.

Sekarang rasanya umum mahu mengetahui keputusan samada BN akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya pada kali ini, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Maksud saya, menanti keputusan daripada BN, kerana BN/UMNO yang lama pastinya akan bertanding, namun tidak lagi dalam era politik moden tanahair yang semakin progresif kini.

Ucapan Takziah saya kepada YB Hj Ismail Yaacob, anda telah pergi mendahului kami dan semoga amalan-amalan tuan semasa hidup di dunia diterima Allah.

Sesungguhnya pekerjaan yang paling utama ialah pekerjaan yang memberikan manfaat kepada orang lain. Apatah lagi sebagai pemimpin, inilah tugas utama anda, lalu Allah membuka pelbagai pintu kecemerlangan akhirat kepada para pemimpin.

Suka saya memetik hadith Rasulullah;

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ

مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka. (1)

(Hadith riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah, nombor 6980)


Yusuf Qardhawi ada mengulas dengan cukup cantik sekali seperti berikut;

Dalam satu hari seorang pemimpin mengeluarkan pelbagai keputusan yang menyelamatkan beribu-ribu orang, bahkan berjuta-juta orang yang dizalimi, mengembalikan hak yang hilang kepada pemiliknya, mengembalikan senyuman ke bibir orang yang tidak mampu tersenyum. Selain itu dia mengeluarkan keputusan yang dapat memotong jalan orang-orang yang berbuat jahat dan mengembalikan mereka kepada asalnya atau membuka pintu petunjuk dan taubat.

Pemimpin yang adil juga sewajarnya mendirikan projek-projek pembangunan yang berguna sehingga tindakan itu dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk para penganggur, menyediakan makanan kepada mereka yang lapar, ubat-ubatan untuk mereka yang sakit dan rumah kepada mereka yang berkeliaran, dan memberikan pertolongan untuk orang yang memerlukan.

Itulah antara sebab ada di kalangan ulama' salaf yang mengatakan;

''Kalau kami mempunyai doa yang lekas dimakbulkan, maka kami akan mendoakan penguasa''

Alasannya bahawa sesungguhnya Allah dapat meningkatkan kemanfaatan terhadap kebanyakkan makluk-Nya dengan melalui kebaikan yang diperoleh daripada penguasa tersebut.


Dalam sebuah hadith, ada juga disebut;

Satu hari untuk pemimpin yang adil adalah lebih afdal daripada ibadah enam puluh tahun.

(hadith hassan riwayat Thabrani, daripada Ibn Abbas)

Besar sungguh ganjaran kepada para pemimpin, dan sekarang baru saya faham mengapakan ada didoakan para pemimpin dalam doa semasa solat Jumaat. Cumanya sekarang jadi pelik kerana yang kita doakan itu tidak kita rasa seperti pemimpin kerana ruh kepimpinan itu sudah lenyap.

Dan kepada para pengundi dan penyokong hizbul islami (parti Islam @ PAS), janganlah dek kerana ''the winning streak'' yang mewarnai pentas politik pada ketika ini menjadikan diri anda lalai dan leka, dan hubungan tautan hati dengan Allah menjadi lesu. Kerasa sesungguhnya usaha tanpa tawakal kepada Allah akan boleh membawa kepada syirik lantaran keyakinan untuk menang diletakkan ke atas usaha semata-mata.

Renungilah at-Taubah ayat 25, yang merakamkan peristiwa perang Hunain;

'iz 'a' - jabat - kum kasratukum

semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai

Mari sama-sama ambil pelajaran kerana penyakit hati yang kecil ('ujub) telah merebah jentera peperangan buat seketika. It happened in the past, and it can happen again.

Thursday, May 21

corat coret budak medik: episod II

Snippet 1
Semasa saya darjah 1, saya pernah terfikirkan mengapakah ayah saya tidak minat siri kartun Mighty Mouse and friends. Saya sangat meminati siri kartun yang mengandungi cerita-cerita kartun pendek ini. Setiap hari apa saya dah tidak ingat, tapi rancangan ini ditayangkan di saluran perdana pada jam 5.30 petang. Panjang juga saya fikirkan, ayah saya tidak rasa rugi ke tak tengok kartun ini.

Tapi sekarang saya faham kenapa ayah saya tak minat tonton kartun tersebut dan siri-siri yang sewaktu dengannya, termasuklah siri Flashman. Dahulu saya bersekolah sessi petang ketika rancangan Flashman mula keudara. Lalu saya minta mak saya rakamkan menggunakan pita video vhs. Tapi kini saya faham mengapa mak saya yang pergi bekerja pun tidak bersungguh-sungguh merakam dan menonton siri-siri sebegini.

Snippet 2
Dahulu apabila orang bercerita para doktor perlu on call, saya melihat ia sebagai sebuah nilai negatif yang akan semakin menjauhkan seseorang daripada kerjaya sebagai seorang doktor. Biasalah manusia yang tidak berfikir panjang, semua nak senang. Saya pun tak faham mengapa doktor boleh on call dan bekerja pada luar waktu normal sebagaimana orang lain

Biasanya orang berkerja 5 hari seminggu dan ada 2 hari cuti. Tapi kalau seantero dunia bercuti dua hari tersebut dan dua hari itu ialah dua hari yang sama, akan terhentilah seluruh tugasan dan progres kehidupan, selain sel yang terus tumbuh membesar dan pokok dan haiwan yang berterusan berzikir kepada Allah.

Lalu perlu ada orang yang kena bekerja di luar waktu norma.Tukang cuci, penjual ayam, operator telefon, para doktor, para pemandu teksi dan bas, penjual tiket di puduraya dan sebagainya...banyak lagi.

Tapi kalau kita minat dan faham apa yang kita buat, kita tak kisah apa yang kita kena buat, dan bilakah waktunya. Ada satu waktu ketika saya memulakan ward round pada jam 8 pagi, saya berjumpa dengan seorang doktor A yang ditegur oleh doktor B kerana cuba bekerja melebihi 24 jam. Doktor B kata ini semuanya money driven. Kalau tak dapat wang, mahukah individu bekerja lebih masa?

Kalaulah kita nampak money ganjaran Allah atas kerja ibadah lebih masa (overtime) kita....

Snippet 3
Sekali lagi dalam satu ward round isu alkohol terus diperbincangkan.

'I believe you are a Muslim?...and good Muslim doesn't drink alcohol, isn't it?''

tanya Doktor Christ kepada saya sebelum memasuki Side room seorang pesakit yang menderita kesan salah guna alkohol yang berlebihan.

''Yeah. But My patients had taught me a few drinks. Now I know what's a White Lightning'' jawan saya sambil disambut senyuman daripada Dr Christ dan Dr Alex pada pagi itu.

Meminum alkohol ibarat mencurahkan sambal belacan warna merah terang ke baju kita yang warna putih. Ada ke sebab nak buat kerja tak berfaedah macam tu?

Ketika sessi chit chat dengan pesakit sekarang, saya mula memasukkan elemen ''alcohol is haram'' dalam perbualan. Ada seorang pesakit yang mempunya masalah pernafasan mengatakan ''my lungs are naked'' , merujuk kondisi peparunya yang semakin teruk.

Dalam perbualan seterusnya dengan pesakit tersebut saya bertanya kepadanya berapa kuantiti alkohol yang diminumnya. Alhamdulillah dia jenis yang hanya minum setahun sekali iaitu semasa perayaan Christmas.

''Good for you. you know, if you go to liver ward, patients there had their livers naked!''

Mungkin dalam hatinya berkata ''nasib baik aku tak minum banyak...''

Wednesday, May 20

Corat coret budak medik

''Are you going to Derby City as well?'' tanya saya kepada seorang makcik yang tercungap-cungap berlari ke perhentian bas.



''Yeah'' jawabnya dengan hampa sambil melihat kepada jadual bas yang tertampal di tiang.



''Well, I think we missed the bus'' respon saya kepadanya walaupun mengetahui yang dia juga tahu situasi kami.



Kira-kira 50 meter menuju ke perhentian bas beberapa minit yang lalu, kami hanya sekadar mampu melihat bas H1 berlalu pergi meninggalkan kami. Asma', Maryam, Irina dan Shafie yang bersama-sama saya di dalam kereta sebentar tadi telah pun berada di dalam bas tersebut, kerena mereka telah pun saya turunkan sebelum saya park kereta tersebut di lapangan yang disediakan pihak hospital lebih kurang 200 meter daripada perhentian bas tersebut.



''I always missed busses'' sambut makcik yang berumur lebih kurang 45 tahun ini sambil tersenyum. Senyuman yang masih terpancar walaupun letih berkejaran di pagi hari.



Ini antara rutin harian kami sejak bermula klinikal pada Mac yang lalu. Kami ditempatkan di Derby yang mempunyai dua hospital, iaitu Derbyshire Royal Infirmary dan Derby City General Hospital, yang terletak kira-kira 10 minit antara satu sama lain.



Dunia klinikal ialah dunia yang ada keistimewaannya yang tersendiri, lain dari yang lain. Ibarat ulat yang berdepan cabarannya yang tersendiri di dalam kepompong untuk matang menjadi rama-rama, rama-rama itu sendiri mempunyai cabaran dalam dimensi yang berbeza setelah keluar dari kepompongnya.



Saya terkenangkan saat sebelum menjengah ke alam klinikal dahulu. Cerita senior saya, saudara Mas Afzal yang baharu sahaja habis peperiksaan terakhir sebelum bergelar seorang yang terpaksa menaiki tren selama 3o minit, sebelum berjalan selama 30 minit lagi untuk ke hospital beliau di Sheffield! Sahabat saya di Mesir, saudara Arif Sudin pula ke hospital dengan berseluar jeans dan kemaja biasa sahaja, kemudian pergi ke hospital menaiki motor! Ada stail tersendiri untuk pergi membuat ward round. Ini hanyalah sedikit daripada coretan pengalaman pelajar perubatan seluruh dunia.



Subjek yang dipelajari susah, cara belajar subjek itu pun susah, dan cara nak ke tempat belajar subjek itu pun ada cabarannya!



''Kalau semua susah, apa yang senang?''



''Mana ada benda yang senang kat dunia ni?? rileks la..''



''Kalau susah, apasal buat medic?''

Memang ramai yang memilih kerjaya yang mereka tidak minati. Buat berdasarkan apa yang dia rasa-rasa dulu....

ikut tajaan apa yang diterima...

ikut kawan.....

ikut trend dan kehendak semasa........

ikut teman istimewa.....

ikut-ikutan......pak turut?



Menarik juga kalau boleh kita buat bancian, berapa ramai pelajar universiti yang benar-benar nak buat bidang yang sedang dipelajari sekarang. Atau kalau kita kecilkan lagi skop, berapa ramai yang ditaja (maksudnya ada sedikit keistimewaan) yang masih 50-50 dalam bidnag yang dipelajari sekarang. Atau lebih khusus kepada pelajar perubatan, siapa yang sungguh-sungguh nak jadi doktor? Entah-entah ada sahaja para doktor yang bukannya tekad sungguh nak menjadi seorang doktor..hehehe..



Kalau anda membuat bidang yang anda tidak ada minat, susah lah jawabnya. Kepada yang mahu membuat bidang kedoktoran, kalau boleh saya kongsikan di sini, memang ada sahaja para pelajar perubatan yang tidak ada minat yang mendalam dalam bidang perubatan. Tetapi apakan daya sudah berada di pertengahan jalan. Bak kata pepatah persatuan perubatan di sini, ''half-way there''. Tapi minat dan passion for knowledge itu boleh kita bentuk dan perkasakan.



Saya sendiri memilih bidang perubatan kerana perubatan secara jujurnya kerana mak saya suruh. Teringat semasa selepas keputusan SPM keluar, mak saya telah membawakan kepada saya sebuah borang JPA yang telah diperolehnya lebih awal.



''Mama, Fir ingat nak buat bioteknologi''



''Ish, Fir kena buat medicine''



Lalu terjadilah debat besar antara seorang yang berpengalaman dan seorang yang tak faham pun apakah bioteknologi..hehehe. Saya pun pernah terfikirkan nak menjadi seorang jurutera awam (civil engineer) seperti ayah saya, kerana saya selalu meneman ayah saya ke Istana Anak Bukit (istana sultan kedah) dan rumah kediaman rasmi MB Kedah..Rasa macam cool lah pula boleh selalu ke sana. Tapi respon mak saya mudah sahaja;



''Fir nak jadi ustaz ke, perdana menteri ke, cikgu ke, engineer ke, fir mesti jadi doktor dulu''



Akhirnya saya menandakan hitamkan kotak perubatan dalam borang tersebut dan alhamdulillah dikurniakan biasiswa JPA untuk ke luar negara. Semasa di dalam proses memilih universiti pun, saya masih mengikut kehendak mak saya yang mahukan saya ke Edinburgh. Namun apakah daya diri ini yang tidak layak, saya hanya mendapat offer samada untuk ke Leeds, Newcastle atau Nottingham. Lalu sekali lagi pendapat mak saya ditagih;


''Fir pilih Nottingham sebagai firm, dan Leeds sebagai insurance''


Semasa pemilihan yang saya buat ini, sahabat saya, Pejai frust juga kerana saya tidak ke Leeds (apabila saya meletakkan Leeds sebagai insurance university yang bermaksud pilihan kedua saya) . Tapi tak mengapa Pejai, ada hikmahnya. '',

Inilah ini saya yang sekarang berada di Nottingham, half-way there... Walauapa pun sebab yang mendorong anda ke universiti, cubalah untuk suka paa yang anda belajar. Saya memetik kata-kata Einstein;

"Never regard study as a duty but as an enviable opportunity to learn to know the liberating influence of beauty in the realm of the spirit for your own personal joy and to the profit of the community to which your later works belong."

Semoga Allah berikan kekuatan untuk meneruskan sisa kehidupan ini.



Kesimpulannya;



1. Kita mesti ada passion for everything good that we do. Dalam pembelajaran samada di sekolah atau di universiti, kita mesti ada passion for knowledge.



2. Ikutlah pesanan mak ayah kita..hehehehe.. kalau tak, menyesal nanti.



''cermin-cerminkan diri anda.
Lihatlah wajah,
renunglah peribadi,
moga hari yang mendatang menjanjikan
seribu satu kebahagian.. ..''
-Mat Cermin-

Sunday, May 17

Hari ini dalam sejarah

Tak sangka kita membesar dengan cepat. Tup..tap..tup...tap... sudah setengah jalan saya di alam universiti di Nottingham, di dalam sekolah perubatan. Kira-kira beberapa bulan yang lalu, sebelum kami menjengah masuk ke dunia klinikal, para pelajar perubatan di sini ada membuat party "Halfway there Party''. Menarik bukan namanya?

Teringat semasa saya mengikuti program motivasi UPSR di Universiti Utara Malaysia, UUM pada tahun 1998 (11 tahun yang lalu). Pertama kali menjejakkan kaki ke universiti dan rasa kerdil melihat akak-akak dan abang-abang yang belajar di Universiti.

Teringat juga semasa saya pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sabah, UMS pada tahun 2004 (5 tahun yang lalu). Ayah saya pernah terlibat dalam upacara pecah tanah UMS pada tahun 1995. Kemudian dia pulang membawa sebuah topi yang saya suka sangat pakai sebab tertera nama UMS. (yang hilang di Langkawi tidak lama kemudian). Tak sangka boleh ke UMS 9 tahun kemudian, namun berpeluang untuk belajar di sana. Apa khabar orang-orang UMS?

Sekarang saya sudah di pertengahan jalan di Nottingham. Ingin saya kongsikan sebuah tulisan saya yang pernah saya kongsikan bersama teman-teman di Nottingham pada 18 Mei 2008, setahun yang lalu.

Inilah hari ini dalam sejarah...setahun yang lalu....


********
Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsikan kisah membeli belah di salah sebuah pasaraya membeli belah di UK, ASDA petang semalam

Rumah kami berenam di Highfield Road, Dunkirk, Nottingham sudah kehabisan bekalan beras. Bukanlah kerana kekurangan bekalan di pasaran, tetapi kerana sudah lama tidak membeli beras. Pagi tadi Tono (housemate) sekali terpaksa ke rumah Cha, Muaz, & Awie yang terletak kira2 30 saat jalan kaki, untuk meminta beras. Begitulah adat hidup berjiran di Dunkirk Jaya, Nottingham. Mereka pun ada beberapa kali meminta minyak masak daripada rumah kami.

Selalunya kami akan membeli beras Broken Basmathi, yang dahulunya harganya sekitar lapan ke sembilan pound per 20 kg, namun kini sudah mencecah GBP 15 kesan krisis makanan global. Dahulunya kami biasa membeli beras Basmathi yang agak sedikit mahal, tapi nak save bajet punya pasal, kami beralih kepada yang lebih murah.

Biasanya, kami akan membeli di kedai pasar kecil Medina, yang banyak menjual barang makanan halal, namun pada kali ini kami membuat keputusan untuk memeriksa beberapakah harga beras di ASDA, yang dikenali di Amerika Syarikat dengan nama Walmart. Selain ASDA, Sainsbury's dan TESCO merupakan dua lagi pasaraya yang hiper di UK, namum kami akan selalu mengelak untuk membeli di TESCO setelah maklum akan komplotnya dengan sang Zionis.

Kali ini saya mendapati harga beras di ASDA ialah hanya 44 pence sekilogram untuk beras Long Grain (sama seperti jenis yang biasa dimakan di Malaysia). Harga ini ialah harga offer kerana tertera di rak jualan harga asal ialah 96 pence per kg. Beras hanya dijual dalam pek kecik 1 kg di ASDA, berbeza dengan kedai halal yang lain uang biasanya menjual dalam kadar 10 kg atau 20 kg. Harga 44 pence memang ternyata agak murah, kerana jika kami mengambil 20 paket untuk mencukupkan 20 kg, harganya baru mencecah GBP 8.80. Lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan broken basmathi kerana dia sebab; harganya yang lebih mudah dan kerana broken sudah hancur!

Maka, saya pun mengambila keputusan untuk membeli 25 paket. Semasa membuat pembayaran di kaunter, saya melihat gadis di kaunter berbisikan semasa mereka, dan kemudiannya datang seorang lagi sambil bercakap telefon. Kemudian salah seorang daripadanya bertanyakan saya, " How many packets did you take?" dan saya menjawab dengan loghat British, "twenty-five".

Gadis tersebut terus bercakap sesuatu yang tidak kendengaran jelas bagi saya. Saya hanya terdengar perkataan 'world shortage' & 'normally six'. Kemudiannya, dia memberitahu saya "we can only allow you to take 20". Walaupun agak terkejut, dan masih terasa hendak membeli 25, atas sebabtidak mahu berbalah di kaunter pembayaran dan mahu menjimatkan masa (keran nak bali segera dan study sebab Isnin ni ada exam lagi), saya terus mengangguk dan melangsaikan pembayaran.

Ternyata di UK pun, sebuah negara kaya, para peniaga masih lagi mengawal barangan yang dijual kepada pengguna. Kami mula2 ingat nak pusing balik dan beli satu lagi pusingan untuk mendapatkan bekalan beras murah ini, tapi atas faktor masa, kami meneruskan perjalanan pulang.

Sekadar nak menambah, dalam dunia sekarang ini, ada negara yang terlalu fokus kepada perindustrian (kereta, jentera dll), dan pertanian dilabel sebagai engin ekonomi kelas ketiga, tapi akhirnya, kita makan nasi juga. Teringat pembentangan YB Ustaz Hadi Awang di parlimen baru2 ini, di Jepun, walapun dah maju, diorang masih lagi menjaga industri pertanian dengan tumpuan istimewa sehinggakan subsidi mencapai kadar 99%!

Kalau sapa2 yang duduk di Kedah (mungkin fenomena yang sama berlaku di Selangor, yang mengeluarkan lebih banyak beras daripada Jelapang Padi negara), banyak tanah sawah sudah menjadi sawah terbiar, sebab perancangan pembangunan yang tidak teratur. Contohnya, kalau sebidang tanah ada tigak kotak, kotak A, B dan C. kalau di atas kotak A dan C dibina rumah, kotak B yang terletak di tengah2 sudah tak berguna lagi. Walaupun masih lagi tanah sawah, tapi penanaman padi di kotak ini sudah tidak produktif sebab kecil sangat.

Thursday, May 14

Kembara Turki

http://www.naqshbandi.org/ottomans/images/Ottoman_Crest.gif

Akan bermula sebuah pengembaraan 2 bulan daripada sekarang.

BLOG KEMBARA TURKI

InshaAllah blog ini akan menerangkan sejarah Turki dan Turki kini dengan bahasa yang mudah untuk difahami oleh insan-insan yang tidak punyai masa membaca banyak buku.

Bebanan kerja semakin memuncak. Namun pendakian tetap harus kuteruskan.

First thing first.

Saturday, May 9

Puasa hari khamis

1. Setelah menyediakan sedikit sarapan untuk ahli rumah (cukup untuk tiga orang sahaja..hehe) dan menyediakan bekalan makan tengah hari saya pada Khamis lepas, saya bergegas ke kereta untuk menjemput Asma', Maryam dan Irina. Ini rutin harian kami di Clinical Phase I di Derby ini. Semasa di dalam kereta bersama Pie menantikan mereka, baru saya teringat yang saya dah berniat puasa pada hari ini!

2. Kelakar juga sebab dah siap ada lunch lagi. Kemudian saya niatkan lunch ini untuk diberikan kepada sahabat yang tidak berpuasa. Tetapi kemudian semasa lunch, sekali lagi saya terlupa dan makan juga lunch itu! Alamak, terlupa lagi!

3. Rezeki oh rezeki....ini membuatkan saya berfikir, nak teruskan puasa atau tidak?

4. Kadang-kadang kita diberikan pilihan, kadang-kadang kita tiada pilihan. Kadang-kadang kita diberikan pilihan tetapi tidak membuat pilihan.

5. Dan akhirnya, sukar atau mudah, lama atau sekejap, kita juga yang akan membuat keputusan tersebut.

6. Teringat sajak the road not taken..

Two roads diverged in a yellow wood

and sorry I could not travel both

And be one traveller, long I stood

and looked down one as far as I could

to where it bent in the undergrowth;

http://www.smartsuccessteam.com/blog/wp-content/uploads/2009/01/yellow_wood.jpg

Friday, May 8

jangan meragut



Kepada para paragur sekalian, insaflah
Kepada para pemerintah sekalian, please do something.
Kepada para daie, bergeraklah....

Monday, May 4

Interfaith - bahagian I

Telah berlangsung sebuah interfaith dialogue di Universiti saya pada minggu lalu seperti berikut;


*******
DISTINCT AND UNDIVIDED
An intriguing public conversation about inter-religious relationships between…

1. The Reverend Dr.Graham Tomlin; Dean of St Mellitus College, London (biodata)
2. Imam Shahid Hussain; Interfaith Officer, The London Central Mosque Trust & The Islamic Cultural Centre
3. Rabbi Mark L Winer Ph.D., D.D.; Senior Rabbi, West London Synagogue



This is a Kosher Vegetarian Catered Event

DETAILS
Date: 29 April 2009 , Wednesday
Time: 18:45 - 21:00
Location: Nottingham University, LASS building (Law and Social Sciences) Room B63.


*******


Sekadar perkongsian inter-faith dialogue yang sempat saya hadiri ini...

Satu perkara yang saya kira menarik yang dipelajari ialah apabila melihat Rabbi Mark, seorang Jew yang menerima 'serangan' soalan bertalu-talu daripada seorang lagi Jew.

Sepanjang percakapan Rabii Mark, dia dilihat cuba menunjukkan Jew yang liberal dan terbuka hingga ke tahap beliau mengaku yang dia tidak observe pengasingan pemakaian baju yang diperbuat daripada linen and wool (ini dipanggil sufuukh (betulkan kalau salah) di dalam Yahudi yang bermaksud sesuatu yang diwajibkan di dalam kitab tetapi kita wajib patuh tanpa mengetahui hikmah disebaliknya. ) dan yang paling mengejutkan ialah dia mengaku yang dia tidak observe kosher food (ibaratnya Muslim kata ''I don't eat halal food).

Tanpa menafikan banyak poin positif yang dibangkitkan Rabbi Mark semalam, malangnya Rabbi mark cuba membawa pendekatan yang nampak liberal dan 'terbuka'. Tidak semua isi kitab mereka yang diambil sepenuhnya, ie, ikut suka....

Salah seorang Yahudi yang hadir turut memuji Islam kerana ketegasan yang dimiliki. Dengan merujuk kepada jumlah waktu solat, hadirin ini berkata

''when it says five, we do FIVE and not four or six times daily!''

Ini meyakinkan saya akan kehebat islam yang ada ciri-ciri sebagai agama yang tetap (istilahnya ialah thabat) & fleksible (murunah).

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

Begitu juga berkenaan isu keputusan Kabinet Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Ini merupakan suatu keputusan yang tidak bijak.

Keputusan ini nampaknya akan menakutkan rakyat memeluk Islam. Iyalah, kalau masuk Islam, akan berpisah dengan anak-anak... siapa sanggup?

Sememangnya isu ini akan membawa kepada perdebatan yang panjang melihat kepada realiti pada hari ini. Tak pe lah, boleh teruskan.

Tetapi apa yang saya nak fokuskan di sini ialah, sesungguhnya menjadi liberal agar NAMPAK
'terbuka' (emphasize added)sehingga menggadaikan prinsip bukanlah sesuatu penyelesaian yang tepat. Islam ada prinsip-prinsip yang ungul yang menjadi kekuatan dan keunikan kepada Islam itu sendiri!

Semasa semalam juga, antara perkara yang 'memeningkan' beberapa hadirin ialah berkenaan bertukar agama. Mengapa kita tidak boleh jadi dua agama serentak? ada yang mengaku dia adalah 'Christian in one hand and Jewish in the other'. Perkara ini menghantui mereka...

Subhanallah! Nampak relevant mengapa Islam sangat bertegas kepada golongan yang murtad daripada jalan Islam.

Kesimpulannya, semalam saya berbangga dengan Islam kerana antara ciri-ciri Islam ialah thabat dan murunah..

sungguh istimewa......fewwit!

Sunday, May 3

Peristiwa akhir zaman

40 hadits peristiwa akhir zaman 40 hadits peristiwa akhir zaman Edy Ramdan

Khas buat Alin

Buat Alin, selamat menempuh peperiksaan IB.
Banyakkan membaca Alam Nasyrah (al-Insyirah) dan Al-Fatihah.
Kami menanti dengan penuh surprises!!!
Regards,
Abang Fir
Hallward Library,
Nottingham An-Nuur

too many cooks spoil the soup

I recall the day I learn the idiom ''too many cooks spoil the soup'' when I had Ms Lee Lye Im as my English teacher when I was 9. It means that where there are too many people trying to do something, they usually make a mess of it. Mankind need leaders in their life, let it be in a family, community or a nation, but one is enough. Why is that so? Because too many cooks spoil the soup!

Apparently, that was the only English idiom that I remembered the best until I went to SMAP Labu for my secondary school.

Then I still remember My English teacher when I was 13, Pn Marina who taught us the meaning of the phrase ''mind your head'. I wrongly believed that it means do not misjudge a person form his big head. Actually it simply means watch your head because you might hit yourself on the ceiling or any horizontal bars. And now , I'm used to hear the phrase '' Mind the gap'' which is repeated as a reminder in London tubes.

Then I had Mrs Foord in my college when I was 18, who taught us the working definition for the word commute. She managed to explain clearly how that particular word was beautifully transformed into the word Komuter, the electric train system in Malaysia. and then only I knew why it was named as Komuter.

It seems that we keep on learning as we get olders..and the the process never stops as it is a life long process.

And to all teachers, Happy teacher's day.

Saturday, May 2

Seloka 4 musim

Musim Luruh
Keadaannya: Daun-daun pepohon semuanya luruh dan jatuh. Banyak sangat daun2 yang jatuh, menyemakkan dan tiada berguna sehingga antara tugasna city council ialah untuk vacuum daun di jalanan!
Perbandingan: orang islam ibarat buih di lautan, banyak dan bertebaran dan lesu...


Musim Sejuk
Keadaanya: Benih pokok ada tetapi tidak mampu bercambah. Berada dalam keadaan dormant dan menunggu saat selanjutnya. Para pelajar ada yang rasa down kerana kelam dan gelapnya cepat. Siangnya suram tanpa mentari.
Perbandingan: rasa down, orang Islam akan rasa down. satu demi satu bencana jatuh kepada orang Islam. Kemiskinan, kehinaan, ditindas. Semuanya kerana penyakit akhir zaman.

Musim Bunga
kenapa keluar bunga?Daun-daun malar hijau mula memutik. Bila ada bunga, ada benih. Bungan untuk kecerian dan keindahan terdekat, tapi benih ialah warisan dan jaminan untuk masa depan. Tetapi mampukan benih ini menempuh hari mendatang dan survive?

Musim Panas
Keluarlah segala macam bunga, daun. Matahari dengan gahnya menampakkan diri dan memberikan bahangnya kepada insan. Namun, zikirnya kepada Allah berterusan. Cahaya buat seluruh alam. Islam akan bangkit dan menjadi ikutan semua. Cahayanya tidak pilih orang untuk diterangi, tetapi ornag yang memilih untuk menerima cahaya atau tidak.

Cahaya oh cahaya, ada seribu satu cahaya, namun yang mana milik ku?

CRM 2009

http://i687.photobucket.com/albums/vv239/redhuans/camb2.jpg?t=1241263146