Setiap orang ada kehebatan. Anda ada kehebatan. Mungkin anda tidak sedar, atau anda sedar, itu mungkin menjadi masalah, atau tidak menjadi masalah. Yang penting, anda ada kehebatan.
Kehebatan dan potensi anda mungkin akan lebih gemilang jika kena caranya.
Anda seorang jurutera, mungkin anda nampak 'malap' ketika di tapak pembinaan. Tapi anda mungkin hebat apabila tiba ke 'daerah' pertukangan kereta.
Anda seorang penulis yang hebat, tetapi arus bahasa Inggeris yang melanda menjadikan anda kaku untuk menulis untuk majalah dan akhbar. Tapi mungkin tulisan anda mampu menggoncangkan dunia, sehingga manusia berebut-rebut menterjemah karya anda ke pelbagai bahasa. Siapa kata Bahasa Malaysia tidak antarabangsa?
Anda seorang pelari yang laju, tetapi tidak mampu berlari menewaskan jagoan tempatan di pentas 100 meter. Tetapi mungkin anda jaguh handalan jika tiba ke medan lompat kijang, kerana anjakan lompatan dan larian yang pantas ke hadapan mengejutkan penonton dan pemberita.
Seorang lelaki atau perempuan yang hebat, mungkin akan jadi bertambah hebat setelah berkahwin dengan pasangan impian anda.
Lihat sahaja hikmah, Rasulullah sendiri terlibat dalam usaha baginda secara langsung setelah berumah tangga, jadi sibuk bukan sebagai satu alasan.
Jadi, jika anda sudah hebat, anda mungkin akan jadi lebih hebat jika kena caranya. Serlahkan potensi dirimu.
2 comments:
"Jadi, jika anda sudah hebat, anda mungkin akan jadi lebih hebat jika kena caranya. Serlahkan potensi dirimu."
apa caranya yang kena itu? saya tidak faham la abg daus. explain sket.
(oh rakan ku yang seorang lagi juga sudah menyeru2 ke jalan itu ke?)
hang nak kahwin dah kaa?..lain macam je bunyi nya nih..
Post a Comment