Wednesday, May 20

Corat coret budak medik

''Are you going to Derby City as well?'' tanya saya kepada seorang makcik yang tercungap-cungap berlari ke perhentian bas.



''Yeah'' jawabnya dengan hampa sambil melihat kepada jadual bas yang tertampal di tiang.



''Well, I think we missed the bus'' respon saya kepadanya walaupun mengetahui yang dia juga tahu situasi kami.



Kira-kira 50 meter menuju ke perhentian bas beberapa minit yang lalu, kami hanya sekadar mampu melihat bas H1 berlalu pergi meninggalkan kami. Asma', Maryam, Irina dan Shafie yang bersama-sama saya di dalam kereta sebentar tadi telah pun berada di dalam bas tersebut, kerena mereka telah pun saya turunkan sebelum saya park kereta tersebut di lapangan yang disediakan pihak hospital lebih kurang 200 meter daripada perhentian bas tersebut.



''I always missed busses'' sambut makcik yang berumur lebih kurang 45 tahun ini sambil tersenyum. Senyuman yang masih terpancar walaupun letih berkejaran di pagi hari.



Ini antara rutin harian kami sejak bermula klinikal pada Mac yang lalu. Kami ditempatkan di Derby yang mempunyai dua hospital, iaitu Derbyshire Royal Infirmary dan Derby City General Hospital, yang terletak kira-kira 10 minit antara satu sama lain.



Dunia klinikal ialah dunia yang ada keistimewaannya yang tersendiri, lain dari yang lain. Ibarat ulat yang berdepan cabarannya yang tersendiri di dalam kepompong untuk matang menjadi rama-rama, rama-rama itu sendiri mempunyai cabaran dalam dimensi yang berbeza setelah keluar dari kepompongnya.



Saya terkenangkan saat sebelum menjengah ke alam klinikal dahulu. Cerita senior saya, saudara Mas Afzal yang baharu sahaja habis peperiksaan terakhir sebelum bergelar seorang yang terpaksa menaiki tren selama 3o minit, sebelum berjalan selama 30 minit lagi untuk ke hospital beliau di Sheffield! Sahabat saya di Mesir, saudara Arif Sudin pula ke hospital dengan berseluar jeans dan kemaja biasa sahaja, kemudian pergi ke hospital menaiki motor! Ada stail tersendiri untuk pergi membuat ward round. Ini hanyalah sedikit daripada coretan pengalaman pelajar perubatan seluruh dunia.



Subjek yang dipelajari susah, cara belajar subjek itu pun susah, dan cara nak ke tempat belajar subjek itu pun ada cabarannya!



''Kalau semua susah, apa yang senang?''



''Mana ada benda yang senang kat dunia ni?? rileks la..''



''Kalau susah, apasal buat medic?''

Memang ramai yang memilih kerjaya yang mereka tidak minati. Buat berdasarkan apa yang dia rasa-rasa dulu....

ikut tajaan apa yang diterima...

ikut kawan.....

ikut trend dan kehendak semasa........

ikut teman istimewa.....

ikut-ikutan......pak turut?



Menarik juga kalau boleh kita buat bancian, berapa ramai pelajar universiti yang benar-benar nak buat bidang yang sedang dipelajari sekarang. Atau kalau kita kecilkan lagi skop, berapa ramai yang ditaja (maksudnya ada sedikit keistimewaan) yang masih 50-50 dalam bidnag yang dipelajari sekarang. Atau lebih khusus kepada pelajar perubatan, siapa yang sungguh-sungguh nak jadi doktor? Entah-entah ada sahaja para doktor yang bukannya tekad sungguh nak menjadi seorang doktor..hehehe..



Kalau anda membuat bidang yang anda tidak ada minat, susah lah jawabnya. Kepada yang mahu membuat bidang kedoktoran, kalau boleh saya kongsikan di sini, memang ada sahaja para pelajar perubatan yang tidak ada minat yang mendalam dalam bidang perubatan. Tetapi apakan daya sudah berada di pertengahan jalan. Bak kata pepatah persatuan perubatan di sini, ''half-way there''. Tapi minat dan passion for knowledge itu boleh kita bentuk dan perkasakan.



Saya sendiri memilih bidang perubatan kerana perubatan secara jujurnya kerana mak saya suruh. Teringat semasa selepas keputusan SPM keluar, mak saya telah membawakan kepada saya sebuah borang JPA yang telah diperolehnya lebih awal.



''Mama, Fir ingat nak buat bioteknologi''



''Ish, Fir kena buat medicine''



Lalu terjadilah debat besar antara seorang yang berpengalaman dan seorang yang tak faham pun apakah bioteknologi..hehehe. Saya pun pernah terfikirkan nak menjadi seorang jurutera awam (civil engineer) seperti ayah saya, kerana saya selalu meneman ayah saya ke Istana Anak Bukit (istana sultan kedah) dan rumah kediaman rasmi MB Kedah..Rasa macam cool lah pula boleh selalu ke sana. Tapi respon mak saya mudah sahaja;



''Fir nak jadi ustaz ke, perdana menteri ke, cikgu ke, engineer ke, fir mesti jadi doktor dulu''



Akhirnya saya menandakan hitamkan kotak perubatan dalam borang tersebut dan alhamdulillah dikurniakan biasiswa JPA untuk ke luar negara. Semasa di dalam proses memilih universiti pun, saya masih mengikut kehendak mak saya yang mahukan saya ke Edinburgh. Namun apakah daya diri ini yang tidak layak, saya hanya mendapat offer samada untuk ke Leeds, Newcastle atau Nottingham. Lalu sekali lagi pendapat mak saya ditagih;


''Fir pilih Nottingham sebagai firm, dan Leeds sebagai insurance''


Semasa pemilihan yang saya buat ini, sahabat saya, Pejai frust juga kerana saya tidak ke Leeds (apabila saya meletakkan Leeds sebagai insurance university yang bermaksud pilihan kedua saya) . Tapi tak mengapa Pejai, ada hikmahnya. '',

Inilah ini saya yang sekarang berada di Nottingham, half-way there... Walauapa pun sebab yang mendorong anda ke universiti, cubalah untuk suka paa yang anda belajar. Saya memetik kata-kata Einstein;

"Never regard study as a duty but as an enviable opportunity to learn to know the liberating influence of beauty in the realm of the spirit for your own personal joy and to the profit of the community to which your later works belong."

Semoga Allah berikan kekuatan untuk meneruskan sisa kehidupan ini.



Kesimpulannya;



1. Kita mesti ada passion for everything good that we do. Dalam pembelajaran samada di sekolah atau di universiti, kita mesti ada passion for knowledge.



2. Ikutlah pesanan mak ayah kita..hehehehe.. kalau tak, menyesal nanti.



''cermin-cerminkan diri anda.
Lihatlah wajah,
renunglah peribadi,
moga hari yang mendatang menjanjikan
seribu satu kebahagian.. ..''
-Mat Cermin-

4 comments:

Anonymous said...

hurmm...ikot psan mak ayh mmg patut dikot sbb dieorg knal kte lebeh dr kte knal diri kte sndiri

udon said...

oih, panjang coretan mu kali ini ya? kena datang balik lain kali baca sampai habis.

izreenaismail said...

Hurm,artikel yg bagus utk buat sy fikir blk niat dan tujuan nk jd doktor,jzkk:)

Amir Syafiq said...

Macam ayat Aziz Desa je.