Sunday, May 31

Rintangan ke prayer room: Episod I

http://img38.imageshack.us/img38/3489/jalankebenaran.jpg

Ini ialah laluan biasa warga Dunkirk Jaya daripada rumah menuju ke prayer room university yang terletak di Portland Building. Jika berjalan kaki mengambil masa 10, berbasikal mengambil masa 5 minit manakala berkereta hanya mengambil masa selama 3 minit sahaja.

Andai kita memahami realiti di kawasan ini, anda pastinya memahami mengapa si Lebai (orang yang ke masjid) tidak memilih jalan A ataupun jalan C. Dan juga pastinya anda memahami mengapakah si Lebai terpaksa membuat sedikit belokan ke kiri untuk mengelakkan B dalam perjalanan ke prayer room.

Namun begitu, jika anda tidak memahami mengapa, maka pastinya anda akan terpinga-pinga memikirkan mengapa A, B dan C tidak direntasi sahaja sebab nampak lebih mudah dan dekat!

Kefahaman
Apabila kita tiada kefahaman tentang sesuatu perkara, kita akan cenderung untuk 'main belasah' sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Kita juga akan terpinga-pinga dan sesat dalam mencari petunjuk dalam kehidupan.

Antara sahabat Rasulullah yang kamcing dengan baginda ialah Abdullah bin Mas'ud RA. Beliau seorang sahabat yang sentiasa menambah kefahaman dalam agama dengan sentiasa mendampingkan diri bersama Rasulullah.

Pada suatu hari , Abdullah terlihat Rasulullah baru sahaja bangun setelah berbaring, dan beliau terlihat kesan jalur-jalur tikar di belakang baginda. Ini adalah kerana tikar tersebut diperbuat daripada daun kurma yang yang kasar.

Hamparan yang lembut
Lalu, Abdullah dengan tidak semena-mena berkata;

"Ya Rasulullah, jika kau arahkan aku untuk mencari sebidnag permaidani yang lembut, nescaya aku akan berusaha untuk mendapatkannya."

Akan tetapi, Rasulullah menjawab;

''Bagiku, berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di bawah tengah panas lalu singgah sebentar untuk berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalannya.''

Ini satu peringatan istimewa daripada Rasulullah bahawa kehidupan kita di dunia ini tidaklah selama-lamanya. Kita semuanya sekadar stop seketika, akan akan menyambung perjalanan tidak lama lagi.

Kadang-kadang apabila singgah di pohon ini, kita lalai dan leka melihat buah yang lebat, ranum, masak lagi mengiurkan itu. Lalu kita pun makan selahapnya sehingga menjadi ular sawa, dan kerana perut pun sudah penuh kita pun senang hati lalu tertidur......

terlupa yang kita akan meneruskan perjalanan..

tupperware belum diisi dengan bekalan buah...

Teringat saya pesanan sang Khatib dalam sebuah khutbah Jumaat semasa saya di prayer room di Derby Hospital.

''we take this dunya (world) in our hands, not in our hearts''

Kita bukan menjadi ekstrim dengan meninggalkan dunia, tetapi kita memastikan dunia kita genggam di dalam tangan kita. Agar boleh kita kawal dengan aqal dan naluri hati kita. Bukannya membiarkan dunia MERAJAI hati.

'' we must be rich, but we give back the richness to the ummah''

Itu antara pesanan yang masih saya ingat, oleh seorang motivator sebelum saya berlepas ke luar negara pada tahun 2006. Melihat suasana spending power para pelajar luar negara yang tinggi, dan pembelian tanpa henti di kedai-kedai online seperti ebay dan amazon amat mendukacitakan. Sedangkan di pentas dunia yang nun jauh di sana, ummat dunia masih kelaparan sedangkan kita terus leka dengan 'pembelian' dunia.

Kadang-kadang antara matlamat para pelajar luar negara ke sini , samada pelajar undergrad atau post grad ialah untuk membeli sebuah kereta. Biasanya mercedes. Kalau rasa 'tua' sangat, dibelinya BMW.

Yang menariknya, baru-baru ini, seorang pelajar yang saya temui mempunyai wawasan yang sungguh mengagumkan. Dia memastikan setiap kali dia ke car boot sale, dia akan membeli buku-buku cerita kanak-kanak yang akan disimpan. Buku-buku ini akan dikumpulkan selepas tiga tahun dan akan di bawa pulang ke Malaysia kelak untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah dan tadika-tadika luar bandar.

MashaAllah..besar sungguh jiwa pelajar ini!

Sememangnya buku-buku bahasa Inggeris boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah di sini. Namun satu trend di mana-mana ialah tujuan ke car boot ialah untuk memenuhkan hiasan dalam rumah dan sebagainya. Memang saya tabik spring kepada sahabat kita ini.

who you are, determines what you see.

Jika anda mempunyai wawasan Akhirat, anda pastinya melihat lebih jauh. Jadi sama-samalah kita menambah kefahaman tentang agama ini.

Dengan Islam, anda mampu pergi lebih jauh!

3 comments:

Anonymous said...

membaca post ini, tiba2 saya teringat tntg ayat ini.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yg telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagian mu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."

Anonymous said...

oh lupa nk tulis..

itu surah Al-Qasas, ayat 77.

Firdaus said...

so ape cite jalan A, B dan C? huh!? O.o