Monday, August 17

17 Ogos tarikh istimewa

17 Ogos merupakan tarikh yang sedikit istimewa.

Ia mengingatkan saya akan Kak Mujiana @ Kak Ana, orang gaji yang menjaga saya dulu. Bukanlah kerana ini hari lahirnya, tetapi kerana ini merupakan tarikh kemerdekaan Indonesia.
Dahulunya saya geram juga, mengapakah Indonesia lebih hebat dalam permainan badminton, penduduknya lebih ramai, Jakarta ibu kotanya lebih padat, kemerdekaannya lebih awal (namun sambutan dalam bulan yang sama)..macam macam lagi kelebihan yang sukar saya terima. Jeles lah tu...

Namun ketika itu saya masih tidak sedar, kita semuanya sama, lebih lebih lagi Indonesia dan Malaysia. Sukar diterima hakikat ini, namun kalau difikirkan kembali, siapakah yang membina pengasingan antara negara ini. Malayia dan Indonesia ini rapatnya lebih daripada adik beadik lagi.

Para doktor Indonesia dan Malaysia, kita bertuah kerana boleh berbahasa Nusantara (melayu..indonesia) kerana apabila berlaku malapetaka (tsunami, gempa dan sebagainya) komunikasi kita amat kritikal dan kita punya bahas sepunya untuk bekerja bersama.

Kepada peminat sejarah. boleh baca lanjut perisytiharan kemerdekaan Indonesia di sini.

Namun kadang-kadang sumber sejarah yang ada ini tidak tepat. Sumbangan ulama' tenggelam dan disembunyikan, dan tokoh nasionalis yang diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. ini berlaku di seluruh dunia.

Kepada Kak Mujiana binti Temu, di mana sahaja anda berada, diharapkan sihat senantiasa dan semoga terus ceria-ceria dan mantap iman dan amal inshaAllah.

2 comments:

adiLa said...

dengan bangganya saya berdarah indonesia.heh.

btw orang sana pun sangat banyak jeles dengan malaysia ;)

rupanya sama saling mencemburui.

Unknown said...

17 Agustus merupakan hari kemerdekaan bagi kami bangsa Indonesia sekaligus menjadi hari nostalgia anda bersama Kak Ana. Boleh tau apakah Kak Ana yg anda maksud pernah meninggalkan kartu alamatnya??
Selamat hari raya idul fitri 1433 H Mohon maaf Lahir Batin, Semoga sehat Sentosa Malaysiaku!