Sunday, August 9

Keputusan peperiksaan

Para pelajar Kolej Yayasan UEM (kolej saya dahulu kala..) akan menerima keputusan peperiksaan A-Level dalam masa beberapa jam sahaja lagi...

Ini emel inspirasi daripada saudara Zaim, sahabat saya di Australia.

Salam,

Dalam FB hari nie,

sikit-sikit Result
sikit-sikit Cuak

Hahahahaha!

Pepun~ ingat yang nie 2:216!

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

DAN

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu `anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?

Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.

Kepada semua yang bakal menerima keputusan peperiksaan, all the best!


No comments: