Hari ini semasa sessi AnteNatal Clinic (Ante means prior, Natal is birth), saya ditempatkan bersama doktor Sofia Ahmad, seorang doktor Pakistan Muslim, dan seorang wanita. Suasana tengah hari tidak menghalang saya daripada menghadiri antenatal clinic yang pada saya sentiasa menarik dan ada cebisan pengalaman yang sungguh istimewa.
Kami didatangi seorang demi seorang wanita mengandung. Secara normalnya, ibu mengandung tidak perlu berjumpa doktor di hospital, kerana proses mengandung merupakan sebuah proses physiology normal manusia. Wanita mengandung sebenarnya bukanlah seorang pesakit, cuma ada manusia sedang dibentuk dalam badannya!
Cuma sesetengah wanita yang dirasakan ada sedikit masalah, akan direfer (dengan izin dewan bahasa) untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
Wanita pertama kami pada hari ini ialah seorang wanita yang mengandungkan anak hasil proses In Vitro Fertilisation (IVF). Isunya ialah berat badan wanita tersebut yang sangat rendah, dan BMInya hanya 17. Sebelum berjumpa si wanita berkenaan, saya menjangkakan dia merupakan seorang yang kecil tubuhnya, namun ternyata wanita ini sangat tinggi, cuma kurus agaknya. Suaminya nampak garang sahaja....
Menariknya pada hari ini, ada seorang wanita yang berpurdah datang untuk pemeriksaan janinnya. Sebaik sahaja wanita ini masuk, saya sungguh terkejut. Bukannya apa, kebiasaannya, saya memang akan 'dihalau' dengan penuh hormat (hehe..) oleh wanita yang tidak berkenaan adanya lelaki asing ketika sessi konsultasi. Biasanya perempuan muslim, tak kisah lah yang bertudung atau yang tidak bertudung (ya, yang tidak bertudung pun pernah meminta saya keluar daripada bilik)
Namun hari ini, buat pertama kalinya, saya diterima untuk stay (sekali lagi, dengan izin) di dalam klinik. Perempuan ini tidak fasih sepenuhnya berbahasa Inggeris, jadi saya ingin mendapatkan kebenaran yang jelas, dan saya bertanya dua kali.
''Is it ok if I stay here for the consultation?''
Wanita tersebut mengangguk tanda setuju. Wah, terkejut chimpanze saya dibuatnya.
Nasib baiklah Dr Sofia boleh berbahasa Urdu. Setelah meminta izin daripada saya untuk meneruskan perbualan dalam bahasa Urdu, Dr Sofia pun meneruskan sessi beliau dengan wanita tersebut.
Pada ketika ini, saya rasa maca sedang menonton filem hindi..LIVE punya, macam adegan pesakit jumpa doktor sab..
Semasa Dr Sofia keluar sekejap, saya mencuba beberapa frasa Urdu yang saya tahu.
''Ap ke se hei?''
''Good..good, I'm good'' sambut wanita tersebut nampak terkejut sebentar.
''tera nam hei?''
Lalu wanita tersebut menyebut namanya. Rupanya dia baru sahaja tiba di UK beberapa bulan yang lalu, dan ini merupakan anaknya yang kedua. Anak lelaki sulungnya lahir di Pakistan, dan dia juga bakal melahirkan seorang lagi baby boy! (huraay!!)
Di saat ini, saya teringat pesanan Sheikh Ahmed Deedat, di dalam bukunya the Choice. Beliau amat menyarankan agar ummat Islam memperbanyakkan bahasa yang dikuasai. Sebab lebih mudah untuk menjiwanya si mad'u atau golongan sasaran dakwah. Dalam konteks para doktor, mudah untuk kita mendalami masalah pesakit, agar lebih mudah kita merawatnya.
Subhanallah.
Terima kasih kepada kakak Pakistan kerana sudi menerima saya untuk sessi konsultasi dan rawatan hari ini, dan terima kasih kepada Almarhum Sheikh Deedat atas nasihatnya.
3 comments:
daus, ap ke se hei?
subhanallah!!!bgus2..teruskan blaja bahasa (akak mmg lemah bab ni..adeh!!)
dr fadzilah kamsah ada berpesan untuk belajar menguasai bahasa banyak2 sebab ia membantu untuk kita meningkatkan IQ .
selamat berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ramadhan.
Post a Comment