Tuesday, August 18

Ada yang nak, tak dapat. Tak nak, dapat.

Ada yang nak sangat akan anak tetapi tidak mampu, ada yang tidak mahu akan anak. Begitulah ragam manusia yang pelbagai yang saya temui semasa di klinik.

Fertility Clinic
Semasa di fertility clinic, saya berjumpa dengan pasangan demi pasangan yang telah mencuba sekian lama, namun masih gagal mendapat anak. Ada yang sudah mencuba selama 2 tahun, ada yang sudah mencuba selama 5 tahun. Kesian sungguh.

Pertamanya doktor akan menyiasat punca infertility (ketidak suburan), samada ia berpunca daripada sang perempuan atau daripada sang lelaki. Kebiasaannya, si perempuan yang merupakan puncanya. Kalau didapati daripada ujian darah yang si ibu masih lagi ovulate (bertelur setiap bulan), maka dua ujian boleh dilakukan untuk memeriksa Tiub Fallopio sang perempuan. Mudah sahaja, nak memeriksa kat dalam tu, samada tiub yang menghubungkan ovary (rumah telur) dan uterus (tempat bayi tumbuh membesar) tersumbat ataupun tidak.

Dua test yang boleh kita jalankan ialah hycosy ataupun laparoscopy and dye test.

Istimewanya rawatan di bawah National Health Service (NHS) di sini ialah, rawatan IVF boleh diperoleh secara percuma. Namun sabar dahulu, ada beberapa syarat yang perlu anda penuhi untuk melayakkan anda menerima rawatan ini.

Di PCT Nottingham, pasangan mestilah tidak mempunya anak daripada perhubungan sebelumnya, tidak merokok, sudah tiga tahun gagal mendapatkan anak dan sudah disahkan doktor bahawa anda tidak mampu mendapatkan anak secara natural lagi.

Sayu melihat wajah seorang wanita yang sungguh sedih kerana sudah hilang kelayakkan untuk menerima rawatan IVF di Nottingham. Sebabnya yang sempat kami bincangkan, kemungkinan semasa melahirkan anak pasangannya sebelum ini, dia telah terkena infection pasca kelahiran bayinya, dan infection itu mungkin menyebabkan sebahagian uterusnya menjadi scar.

Mungkin...we will never be 100% sure....

Dan bayaran untuk IVF setelah gagal melayakkan diri dalam skim IVF percuma ialah £3,500!
Mahal sungguh harganya, namun wanita tersebut masih besyukur..

''at least I still have an option'', kata beliau yang sedikit menganjakkan paradigma saya.

Syarat ''tidak ada anak daripada phubungan sebelumnya'' hanya terdapat di beberapa PCT seperti Nottingham. Boleh juga untuk pasangan ini lari ke PCT yang lain seperti Manchester, namun dalam keadaan kegawatan ekonomi kini, nampaknya semakin banyak hospital akan mengetatkan syarat untuk membolehkan pesakit mendapat rawatan IVF.

Tak mahu anak
Di klinik ini, mengingatkan saya pula kepada pertemuaan sebelumnya, dengan gadis-gadis dan wanita yang memilih untuk menggugurkan kandungan.

Subhanallah, sungguh pelbagai manusia di muka bumi Allah!

''i'm not prepared for it'', kata seorang pesakit, dan lantas, gugur satu lagi nyawa di muka bumi ini.

Ada sebuah kisah yang sungguh mengharukan.

Ada satu pasangan yang disahkan doktor tidak mampu lagi melahirkan anak, kerana si suami didapati mempunyai sperm count yang rendah. Kesian dia. Si isteri sudah mempunyai anak daripada pasangan sebelumnya. Lalu dalam perhubungan seks sesama mereka, mereka tidak memakai sebarang contraceptive.

Ditakdirkan pada suatu hari, si isteri merasakan kelainan pada dirinya. Kurang sihatkah?

Pertemuan dengan doktor mengesahkan yang beliau mengandung! Maha suci Allah yang ilmunya MAHA Luas, menjangkaui pengetahuan manusia (kita lah tu ) yang lemah.

Namun amat menyedihkan apabila si isteri mengambil keputusan untuk menggurkan kandungan tersevut, dan tanpa memaklumkan kepada si suami.

''but he must be excessively happy to hear this!'' si doktor cuba mendorong si isteri agar meneruskan kandungan.

Namun berdasarkan undang-undang, si isteri berhak 100% ke atas batang tubuhnya. Lalu gugur lagi satu nyawa...

Dah dapat anak, lalu ditarik di pertengahan
Di satu konsultasi yang lain, semasa melakukan ultrasound (suara ultra), untuk memeriksa fetus, kami dikejutkan dengan satu fenomena yang lain pula.

Umur si ibu sebaya dengan saya (22 tahun), namun ini merupakan kandungan keduanya. Kandungan pertama alhamdulillah telah lahir dengan selamat dan sedang membesar dengan sihat, dan kini berusia 2 tahun.

Kegembiraan mendapat anak kedua tidak berpanjangan. Disangkakan panas, rupanya gerimis, ribut taufan dan tsunami mengundang. Ultrasound mendapati kepala si fetus gagal membesar dengan normal dan ini dikenali dengan nama anencephaly. Ini merupakan sejenis spina bifida.

Dengan tenang, doktor mengesahkan yang tubuh yang sedang membesar dalam uterus si ibu akan mati, dan kalau lahir pun, hanya akan hidup paling lama pun seminggu sahaja. Bayangkan kalau otak kita tak ada perlindungan. Ada yang dapat hidup sehingga seminggu setelah lahir kerana pusat pernafasan manusia terletak di bahagian bawah otak.

Masa yang diambil tidak lama untuk si ibu merembeskan air mata di bahu si suami. Kelam kabut saya mencarikan tisu untuk diberikan kepada si ibu. Setelah berbincang, si ibu mengatakan yang beliau telah mengalami demam panas dalam sebulan yang lalu. Mungkin H1N1 katanya...

Nak buat macam mana, jadi selepas ini, si ibu kena rajin ambil folic acid (folate), sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum nak mengandung, kerana sunnatullah mengatakan ia boleh mengurangkan insiden spina bifida. Nak estimate tiga bulan tersebut, kena rancanglah kalau nak mengandung.

Saabat-sahabat sekalian,

Begitulah ragam manusia yang pelbagai di muka bumi Allah ini. Akhir kata, anak-anak adalah harta anda, lalu didiklah mereka bahkan sebelum mereka lahir lagi!

Bacalah surah Maryam untuk memudahkan proses melahirkan anak
Bacalah surah Yusuf untuk anak yang kacak, segak, cantik dan menawan.
Bacalah surah Luqman untuk anak yang cerdik, bijaksana dan penuh hikamh.

(pesanan saudara Ridwan Md Noor semasa FUIYO 2008)

2 comments:

mushana udon mustafa said...

keep on posting posts such as this. benda sehari2 (for doctor la... orang lain manade pengalaman camni). mudah ditulis. maka frekuensi update boleh bertambah. fellow blogger juga semakin happy :D

zue said...

akak stuju ngan udon..hehe.insyaAllah tambah menyedarkan betapa berharganya 'iman' yg telah kita perolehi secara 'mudah' ni.

nk tambah sket.mmg digalakkan membaca surah2 tertentu semasa mengandung, tetapi lebih baik kalau dpt khatam beberapa kali dan tidak menumpu kpe sesetengah surah sahaja.sekadar pandangan shj.wallahua'lam