Wednesday, August 5

Melihat bayi lahir seorang demi seorang, dan mati.

Apabila satu sperma bersatu dengan satu ovum, dan satu sel yang terbentuk bercambah menjadi 2, dan kemudian 4 dan kemudian 16..dan seterusnya 'melekatkan' dirinya di dinding rahim si ibu, bayi yang bakal lahir hanya sekadar membawa kegembiraan kepada si ibu dan ayahnya.

Apabila saya melihat bayi lahir seorang demi seorang, tangisan si bayi yang sungguh kecil, comel dan matanya masih lagi belum mampu dibuka mengingatkan saya kepada tanggungjawab yang berat yang bakal ditempuh oleh insan baru dalam masyarakat manusia ini. Sang bidan (midwife) menyambut si bayi dengan penuh kegembiraan, dilapkan saki baki amniotic fluid dan diperiksa satu persatu bahagian-bahagian bayi untuk memastinyanya lahir sempurna. Manakala seorang lagi nurse yang bertugas pula mencatatkan di papan putih waktu yang tepat kelahiran si bayi yang sangat comel.

Sayangnya bayi yang lahir di sini tidak di azankan. Oh, sungguh sedih dan ruginya si bayi kerana lahir dalam keluarga yang belum lagi Islam. Tugasan dakwah perlu diperkasakan lagi agar si bayi dapat menerima dakwah Islam suatu hari nanti.

Ada sekali saya berkesempatan bersama seorang wanita yang baru sahaja kehilangan bayinya pada bulan Januari yang lalu. Dan bakal menjalani c-section dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Semasa bius dikenakan kepada si ibu pada bahagian tulang belakangnya, dia menangis teresak-esak, mungkin juga kesakitan, tetapi mungkin kerana teringatkan si anak yang telah meninggal dunia yang mananya gambarnya digenggam erat oleh si ibu. Adus, penuh drama dan masyuk sungguh...

Namun sayang sekali ada bayi yang tidak sempat memberikan kegembiraan kepada ibunya, sepertimana yang saya lihat pada pagi ini di klinik kesihatan wanita.

http://www.abort73.com/HTML/AbortionPictures/images/abortion-08-01.jpg
Janin pada usia 8 minggu

Sang gadis yang berusia 14 tahun, hadir dengan 'best friend' yang berusia 13 tahun, kini berada dalam ketakutan kerana telah didapati mengandung 7 minggu. Subhanallah, malang sungguh nasib si anak!

Gadis dalam usia sementah ini datang untuk membincangkan dan seterusnya menjalani teknik pengguguran janin yang dipilihnya. Biasanya ada dua cara yang boleh dilakukan, iaitu dengan cara surgery (penbedahan, yang mana pesakit akan ditidurkan) atau cara medicine, yang menjadi pilihan si gadis kerana dia hanya perlu memakan pil dan pendarahan laksana datang haid yang lebat akan berlaku, yang akan mengandungi janin yang tidak berdosa tersebut...

Tidak berani dia untuk menceritakan kejadian yang berlaku kerana takut akan emaknya. Hanya seorang makcik dan rakannya (yang hadir bersama) yang menjadi tempat meluahkan perasaan dan berkongsi ketakutan yang membelenggu diri.

Subhanallah..where is the amir of the ummah?

Tahun lepas sahaja kotaraya Nottingham menyaksikan lebih 3000 pengguguran janin yang dilakukan. Bukanlah saya ingin membincangkan berapa had umur untuk abortion, atau apa-apa polemik yang berkaitan, namun.....

Inilah barah masyarakat seantero dunia. Ianya juga sedang berlaku di negara Malaysia yang terchenta. Apabila anak-anak muda hanya dihidangkan di media cetak dan massa akan budaya seks sebagai tujuan hidup. Apabila seks menjadi gaya hidup tanpa berfikir panjang akan kesan selanjutnya selepas itu.

Inilah negara kita


3 comments:

mushana udon mustafa said...

weh, gambar 8-week old janin tu ko sendiri tangkap ke?

fateh saleh said...

hehe..tidak jang

zue said...

menakutkan!!!