Monday, February 9

Antara dua bukit

Perjalanan terkini politik Malaysia boleh saya simpulkan dengan dua perkataan - hangat dan hangit.
  • YB V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Beberapa jam sebelum , Ustaz Azizan mengumumkan bahawa YB V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan Negeri.
  • Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Ustaz Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia ketika menunggang basikal. al-Fatihah. saya pun tak kenal sangat siapa Roslan Shaharum ni. Roslan SMS kenal la. InshaAllah kita boleh sediakan satu slot untuk mengenali tokoh ini.
Dua peristiwa ini akan menandakan sesuatu akan berlaku dalam masa 60 hari mendatang.

Jika pilihanraya kecil diadakan pada tarikh yang sama atau pada waktu yang hampir, jentera kedua-dua parti perlu dibahagikan kepada dua kumpulan, dan pemusatan jentera kempen seperti yang berlangsung di KT dan Permatang Pauh tidak boleh diulang. Rasanya pihak PR akan lebih terkesan kerana BM boleh menggunakan jentera kerajaan (media, etc ) untuk usaha kempen. Walaupun pahit, tetapi ini realiti yang kita lihat.

Tetapi mungkin tenaga kerja kedua-dua pihak akan lebih difokuskan di Bukit Gantang kerana kerusi ini merupakan kerusi Parlimen. Bayangkan Datuk Najib berulang alik naik helikopter antara dua tempat ni semasa kempen nanti..hehe

Itu untuk bahagian hangat. Bahagian hangit pula, saya terfikir apakah SEBAB dan IMPAK perletakan jawatan Arumugam. Dikhabarkan di Malaysiakini, perletakan jawatan beliau disebabkan oleh tekanan Barisan Nasional, seperti yang diumumkan MB Kedah. Jika benar, bagaimanakah ini memberikan kesan kepada pengundi Bukit Selambau?

Sama-sama kita nantikan!

p/s; Kat Seremban ada tempat nama Bukit Mewah, dan ada yang nama Mambau. Bukit Selambau ni tak pasti pula di mana. huhu..

-Yang tak khatam geografi Kedah lagi-

4 comments:

roslan sms said...

Assalamualaikum

Salam perjuangan. Terima kasih atas publisiti percuma sdr terhadap saya. Perjuangan ini perlu digalas oleh semua ayuhlah kita memikulnya dengan baik dan penuh istiqomah.

Blog sdr menarik dan senang saya membacanya.

Salam pada sdr. dan rakan-rakan lain di sana.

Anonymous said...

wa alaikumussalam abang roslan.

terpaku sejenak saya menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka daripada abang roslan. terima kasih kerana sudi jenguk kami.

Teruskan menulis kerana kami inshaAllah akan selalu ikuti tulisan abang Roslan SMS

jauh di mata, dekat di hati inshAllah

Takbir!!

Anonymous said...

waa..bior benar dapat kunjungan roslan sms.

jeles2..~

faisalzulkifli said...

assalamualaikum

salam perjuangan. terima kasih juga saya ucapkan atas bantuan saudara selama ini. ayuh pikul tuntutan agama dengan ikhlas dan jangan lupa anak2 di kampung.

kalau sudi jenguk2 la blog saya yang tidak seberapa..

kirimkan salam saya juga pada abang roslan..