Saturday, February 7

Hygiene Hypothesis

http://img9.imageshack.us/img9/757/hygienehypothesisbt0.jpg

Ini ada sebuah teori yang menarik. saya belajar semasa semester lepas dalam subjek Immunological Aspect of Allergy. Namanya the Hygiene Hypothesis.

Dua fakta menarik yang perlu diberikan perhatian ialah;

  • Insiden alergik semakin meningkat. Ramai orang yang semakin sensitif dengan benda-benda yang mereka tidak boleh ketemu.
  • Insiden alergik tinggi di negara-negara yang dikategorikan sebagai negara maju.

“ The hygiene hypothesis suggests that the increase in allergic diseases is caused by a cleaner environment and fewer childhood infections

" Teori kebersihan merujuk kepada peningkatan gejala alergik yang disebabkan oleh persekitaran yang semakin bersih dan jangkitan yang kurang semasa kecil"

Apabila semenjak kecil anda terlalu selesa dan tidak pernah bersusah, sistem immunisasi anda akan jarang diuji. Jadi, sistem ini sangat sensitif dan tidak berdaya saing yang kuat. Dalam erti kata lain, sistem ini amat lemah.

Oleh yang demikian, apabila ada dedebu bunga masuk lubang hidung anda, ada akan mudah kena respon alergik. Sikit-sikit, alergik. Adus...

Begitu juga dalam hidup ini.

Kita memang suka hidup senang. Tapi sunnah yang ditunjukkan para Rasul, jalan ini sukar. Kalau jalan ini nampak senang, kita tertipu. Tapi, jangan sengaja letakkan diri dalam lembah kebinasaan. Ini Allah marah.

Nabi Muhammad telah dipersiapkan Allah dengan cara sebaiknya untuk misi menyampaikan Islam. Medan dakwah yang Nabi tunjukkan kepada kita, bukan atas hamparan permaidani merah, atau sofa biru, atau tilam 7 lapis.

Kalau anda selesa dengan kedudukan anda sekarang, fikir-fikirkan, berapa meter jauhnya anda daripada jalan yang Rasulullah pilih...atau mungkin berapa kilometer?

Ramai para ulama' yang berjuang bermati-matian atas jalan ini. Kalau kubur mereka disusun bersebelahan, mungkin sebesar negeri Kedah rasanya...atau pun negeri Perak. entahlah, Allah sahaja yang mengetahui.

Kita berlaku adil dengan stadi, dengan kita stadi sungguh-sungguh sebelum peperiksaan. Kita berlaku adil dengan perut dengan makan bersungguh sebelum kenyang. Kita berlaku adil kepada badan dengan mandi sakan setiap hari. Apa bukti kita berlaku adil dengan agama Allah? Kalau tiada bukti, adakah kita berlaku zalim?

Hygiene Hypothesis, masih sekadar teori, namun mungkin boleh dibuktikan suatu hari nanti. Kita perlukan lebih ramai teknokrat untuk tugas ini. Namun, hakikat perjuangan ini akan terus menyengat minda para mukmin yang mencari kebenaran.

Jika tarbiyah hanya didefinisikan dengan halaqah dan usrah, adakah si buta yang tidak boleh membaca buku Ma'alim fi Tariq dan si pekak yang tidak boleh mendengar kuliah Matan Arba'in menjadi golongan yang tidak cukup tarbiyah?

Hakikatnya, tarbiyah memerlukan insan-insan yang keluar daripada kepompong ilusi ke medan realiti.

Akhir kata, kepada penduduk Gaza, dan ummat Islam seantero dunia, teruskan perjuangan, inshaAllah kita bakal ketemu juga di suatu masa.

No comments: