Thursday, February 5

Perak jiran Kedah

1. Ketika blog ini ditulis, warga nusantara termasuk Malaysia, kebanyakkan daripada mereka sedang nyenyak tidur. Namun para pemimpin Pakatan Rakyat (dan mungkin Barisan Nasional juga) kalau tidur pun, tak lena. Setakat ini;

* Pakatan Rakyat terus tuntut bubar DUN Perak

* Adun Pangkor bakal mengangkat sumpah sebagai MB mewakili Barisan Nasional untuk negeri Perak.

* MB Nizar dan exco terus bertahan.

2. Tidak mengapalah. Biar kami di perantauan baca Quran, solat hajat, tidur dan sambung membaca 'pertarungan' sengit di bumi Ipoh Perak untuk episod seterusnya.

3. Akan ada dua MB dalam satu waktu di negeri Perak. Kalau MB Nizar boleh kekal lagi di sisi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak, saya tak pasti bagaimana dengan pula dengan bakal MB, Dr Zamby. Bak kata Muhaimin Sulam, "Perak ada dua MB dalam masa yang sama seperti Ketua Kampung seluruh kampung di Perak."

4. Bila keadaan sebegini berlaku, sejarah lama yang tersusun rapi, dibuka semula lipatannya. Dulu pernah jadi kes lompat melompat ni. Kes BN tawan negeri dengan cara 'pintu belakang' sebegini pun pernah berlaku. Contohnya di Terengganu pada tahun 1961.

5. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peristiwa PR tumbang boleh berlaku di 3 negeri lain (Kedah, Pulau Pinang, Selangor) disebabkan trend rakyat yang sedar tentang kejujuran dan keikhlasan BN dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.

6. Eh, mungkin Datuk tersilap sebab tumbangnya PR di Perak bukan sebab 'trend rakyat', tapi 'trend BN'.

7. Setuju dengan pendapat Zahid Hamidi bahawa inilah hakikat politik, terdapat perbezaan antara kenyataan politik dan realiti politik. Selamat datang ke jatuh bangun politik.

8. Sekarang di Notts sedang snow. Saya rasa politik ni macam salji.

9. Salji warnanya putih. Seronok sangat tengok salji yang putih melepak. Geram rasa nak cubit-cubit je. Tapi bila kena gilis dengan tayar kereta berpuluh-puluh kali, jadilah salji warna hitam. Tapi hakikat yang tiada siapa boleh sanggah ialah, salji warnanya putih.

10. Ada orang kata politik ni kotor. Tapi politik dikotori tangan kotor orang yang kotor. Politik tak kotor. Politician paling hebat di dunia ialah Nabi Muhammad.

11. Saya pun baru tahu sebelum pilihanraya 8 Mac, Pas di Kelantan hanya bertahan dengan satu kerusi, yang kerusi yang satu tu pun, hanya dengan kelebihan dua undi. Bukan apa, dulu tak pernah nak ambil tahu hal ehwal politik negeri lain..hehe. Hebat sungguh YB-YB yang bertahan ni.

12. Walaupun dulu pernah ada kes YB Pas lompat parti, tapi rasanya lepas ni pemimpin DAP dan PKR akan kata "YB Pas juga yang boleh percaya"

13. Apa-apa pun, pemimpin Kedah, harap semua Ok ye....

13. Benarlah firman Allah;

Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

Ali Imran, 26

4 comments:

Anonymous said...

pelik jugakla..
masa DSAI mencanang-canang 16 sept..
(sedang kan,masa tu pun,nk bentuk kerajaan pun dia yang cetus supaya lompat parti)
semua org sambut dgn gembira..
dengan keadaan yang ..Ia akan menjadi PASTI...
samapai lupa Allah pun PUNYA RENCANA..
rasanya apapun yang berlaku akibat kelemahan manusaia sendiri yang lupa akan PENCIPTA..
realiti sekarang...
actually..benda yang sama berlaku...
tapi sebab yang buat..org yang kita tak suka..
jadi..ramai yang kecam..
pendek kata..
BN=PKR..memang tak boleh pakai...
ingat kata2 seorang sahabat..
hanya PAS parti paling stabil di MALAYSIA..
kerana org PAS org yang ada pendirian..
kerana menjadikan akidah sebagai tunjang.. semoga PAS tak hanyut dalam gila kuasa seperti parti-parti ini coz,kebelakangan ni pun PAS mcm smgt semacam je nak kuasai rakyat..
maka..marila kita semua pakat2 muhasabah..
ulang suara..
apa yang berlaku adalah atas kesalahan kita sendiri....
(cuba byg..kalau 16 september betul2 terjadi.. kita mesti bergembira... walau pada hakikat perkara yang sama juga kejinya perbuatan tersebut,astaghfirullah.. ini adalh satu peringatan dari Allah sebenarnya,,)

Anonymous said...

yang untung adalah PAS. parti yang tak tipu rakyat dan utuh pegang kepercayaan rakyat. parti yang orang melayu patut bergantung. tq

Anonymous said...

Tahniah kepada UMNO kerana berjaya merampas kembali Perak dari PR. Namun kedudukan BN belum selamat ibarat telur dihujung tanduk.Serba kemungkinan boleh berlaku.Sekiranya ada pula Adun dari UMNO seramai 4 0rang yang berpaling tadah selepas ini bagaimana pula.Yang menang belum boleh berdabik dada dan yang kecundang belum tentu berputus asa.Yang pastinya PKR telah lemas, UMNO cemas. Walaupun PAS melepas, namun nama unit Amal yang dedikasi, YB Nizar yang sabar, YB Pas yang dilihat setia akan terus mekar dan kekal di ingatan.

Inilah dia apabila perjuangan berorbitkan Islam

Anonymous said...

setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin benar apa yg anonymous bgtau, mungkin pada pru12 yg lepas banyak taktik kotor yg dipergunakan utk peroleh kejayaan baik dari kedua-dua belah pihak. mungkin ini pengajaran kepada kita semua.mungkin kita tak layak mendapat perak dengan cara politik yg digunakan sblm ini. mungkin ini masa bagi semua pemimpin PR di perak dan penyokong PR utk bermuhasabah.(banyak sgt mungkin).

biar kita berjuang ikut cara kita(cara Islam), bukan ikut cara mereka.