1. Peluang membawa Dr Azzam Tamimi kembali ke Nottingham merupakan peluang yang sangat-sangat ditunggu-tunggu. Macam dapat makan durian waktu snow turun. Terima kasih kepada Bro Uthman dan Zamri.
2. Hari Jumaat, pagi sebelum talk bermula, Zamri, Presiden Islamic Society (ISOC) pesan suruh print flyers. Saya pun print 400 keping. Sebelum solat Jumaat, dah habis Zamir dan saya edarkan di kawasan tangga menuju ke Student Union shop.
3. 5 minit sebelum solat Jumaat, Zamri minta lagi flyers untuk edaran semasa rally Gaza yang akan mula jam 2 petang. Alamak, dah habis la Zamri...
4. Saya terus bergegas ke Print Shop daripada floor D ke Floor A, dan print lagi 800 keping. Jadi, semua sekali ada 1200 edaran untuk hari ini.
5. Selepas Zohor, saya tukar tag-team. Kali ini bergandingan dengan Ariff Sodri. Mula-mula kami gunakan teknik di pintu Portland building yang menhadap ke perpustakaan. Seronok dapat berkomunikasi dengan pelbagai latar belakang manusia.
6. Lepas itu, saya tukar strategi. Kami tawan entrance kedua Portland, di pintu yang menhadap tasik. Jadi bangunan Portland berjaya kami tawan untuk mengedarkan baki 800 flyers. hehhe..bukan Pejabat MB Perak je kena tawan...hehe
7. Akhirnya pada jam 410 petang, habis kesemua flyers. 1200 flyers bertebaran di seluruh Universiti.
8. Tapi yang datang ke Talk Dr Azzam sebentar tadi , tak sampai 200 orang. Jumlah ini, memang masih ramai, namun tidak seperti yang dijangkakan. Ramai juga orang Melayu dan Pakistan yang kami memang tak berikan flyers. Jadi, adakah usaha memberikan flyers sepanjang hari sia-sia?
9. Adakah perjuangan H@MASdan rakyat Palestin bermati-matian di Gaza menentang Zionist sesuatu yang sia-sia?
10. Adakah pentadbiran MB Nizar secara adil dan saksama selama 10 bulan di negeri Perak sesuatu yang sia-sia?
11. Rupa-rupanya, Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, supaya mereka beriman. Ada dalam ayat kelima dalam Surah Nuh.
12. Usaha kita masih sikit. Banyak sangat group think tank, kerja tak jalan.
13. Dulu masa saya first year, Dr Azzam ada datang Nottingham. Saya boleh duduk je terperap dalam bilik, tak hadir ke ceramah beliau. Rugi...rugi....rugi jadi orang jahil.
14. Alhamdulillah hidayah Allah yang beri. Tapi Ustaz Dahalan cakap dulu masa saya form 1, usaha perlu dicari. Jadi, kena usaha cari hidayah.
Jom.....
No comments:
Post a Comment