Sunday, February 8

Katak bawah tempurung

1. Terbaca di sebuah blog;

Bila masuk isu Gaza,kita boleh bersatu. Tetapi mengapa apabila mebicarakan hal politik Malaysia,ramai yang mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja? Tak mahu ambil pusing. Ada unsur diskriminasi disini..Hurmm..

2. Mungkin ada benarnya. Kezaliman di Gaza, kita hentak dan hentam. Betul lah. Semangat orang Gaza dengar kita berdemo. Tapi kezaliman di rumah sendiri, kita sembunyikan dalam karpet. Tak pun, kita simpan bawah katil.

3. Bunyi macam hipokrit. Benar atau tidak, anda jawab sendiri.

4. Pernah dengar cerita singa yang dididik cara kambing?

5. Seekor anak singa yang terpisah dari kumpulan singa2 yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan2lah sehingga ia sampai ke pinggir hutan. Di sana terdapat sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

6. Ketua kambing telah membenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing di atas dasar keperibinatangan. Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama berlalu anak singa telah meningkat remaja. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

7. Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka. Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita2 dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

8. Pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari. Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

9. Macam itu jugalah manusia, kalau dididik denga cara di luar tabii dan dan tidak berpijak pada realiti sebenar, maka jadilah singa yang berhati kambing. Bukan nak menghina kambing, tapi tak layaklah singa bersifat kambing sebab dia singa!

10. Semoga Allah perbaiki diri kita semua, dan bantu mereka yang dizalimi. Saya terjumpa cerita Tarbiyah dari Penjara di sini. Tulisan first hand experience.

11. Rupanya banyak perkara yang masih kita tak tahu. Kena ambil tahu. Benar atau tidak, fikir sendiri.

*****
Ia terus dihina dengan tidak diberikan alas kaki, ditempatkan di sel yang kotor dan jijik, disindir, dimaki dan dilontarkan kata-kata yang kesat oleh pengawal-pengawal tempat tahanan dan sentiasa berada dalam keadaan kedua belah tangannya digari dan matanya ditutup pada bila-bila masa ia dibawa keluar daripada sel tahanan.

*****

Kalau mahupun kata mereka, terlibat hanya di peringkat NGO dengan mengemukakan syor-syor membina kepada kerajaan. Jangan buat bising menghentam kerajaan. Kerajaan ini guna hikmah dan rasional. Jika saya beri teguran secara baik kerajaan akan dengar dan laksanakan nasihat saya.

*****
Dia diberikan pakaian lokap dan diarahkan memakai pakaian tersebut dalam keadaan berbogel di depan SB dan polis. Kalau semasa di balai tadi dia sudah lembik, maka di tempat tahanan dengan segala trauma yang telah diwujudkan itu, dia pastinya akan bertambah lembik.

*****
Sering kedengaran pekikan yang kuat:"Apa macam pondan ni! Cakap kuat-kuat! Ulang sekali lagi!. Aku picit telur kau nanti baru tahu!"
Tahanan mengulang lebih kuat: "Tuan, OT 220, melapor diri tuan".

*****
Selain itu jiran tetangga juga adalah unsur penting bagi SB untuk meningkatkan rasa trauma.
Itulah sebabnya sebelum seseorang itu ditahan, semasa ia dan keluarganya tiada di rumah, SB-SB dan anggota-anggota polis akan datang ke rumah orang yang akan ditahan. Biasanya mereka datang dua tiga kali setiap hari. Tempohnya pula adalah setiap hari selama dua atau tiga hari sebelum orang itu akan ditangkap.

SB-SB tersebut datang menaiki kereta Wira berwarna putih. Biasanya dua hingga tiga buah kereta.

Setiap kali mereka datang, mereka mengambil gambar rumah orang yang akan ditangkap itu. Mereka mengambil gambar bahagian depan, kanan, kiri dan kadang-kadang bahagian belakang rumah.

Tujuannya untuk apa? Satu saja tujuannya, iaitu menanamkan rasa gempar dan takut di kalangan jiran tetangga orang yang bakal ditahan.
Proses ini adalah sebagai satu langkah untuk menyediakan jiran-jiran yang bakal melihat tangkapan pada hari sebenar. Pada hari itu jiran-jiran akan menyangka rupa-rupanya tahanan selama ini melakukan suatu yang telah memudaratkan keselamatan negara.
Jika berjaya trauma ini diwujudkan, maka sepanjang orang tadi ditahan maka tiada seorang pun di kalangan jiran yang berani menziarahi isteri dan keluarganya. Bahkan bertanya tentang untung nasib dan hal-ehwal anak-anaknya pun mereka tidak berani.

*****

No comments: