Friday, February 13

Leukaemia

Leukemia.

"..dan akhirnya beliau telah meninggal dunia kerana serangan jantung semasa berada di London"

kata saya sambil cuba menimbulkan aura kesedihan.

"Sebab apa Tun Razak meninggal?"

"err..sakit jantung"

"hehe..awak ni, sebenarnya dia meninggal kerana sakit leukaemia"

"alamak..terkantoi pula di situ" bisik hati saya.

Itu antara ingatan saya yang masih jelas semasa menyertai temuduga Yayasan Tun Razak di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) di Seremban pada 2003. Teringat itulah kali pertama saya berjumpa dengan sahabat saya, Aida TKC, dan ketika itulah saya dan sahabat saya di sekolah yang kini seorang pelajar perubatan di Mesir, Arif Sudin, makan roti canai di sebuah gerai kecil di situ. Masa tu, cikgu Zubaidah, kaunselor sekolah yang bersusah payah membawa kami untuk temuduga tersebut.

Leukemia merupakan sebuah penyakit barah atau kanser. Kanser boleh berlaku di mana-mana sel di dalam tubuh badan. Dan kanser pada sel darah putih, sebahagian kompenen darah kita akan menghasilkan leukemia.

1 comment:

mushana udon mustafa said...

aida dodoe?

agak random post2 ko skang eh daus. itu dialog bersama si penemuduga or bersama aida tkc? heh.