Sunday, May 17

Hari ini dalam sejarah

Tak sangka kita membesar dengan cepat. Tup..tap..tup...tap... sudah setengah jalan saya di alam universiti di Nottingham, di dalam sekolah perubatan. Kira-kira beberapa bulan yang lalu, sebelum kami menjengah masuk ke dunia klinikal, para pelajar perubatan di sini ada membuat party "Halfway there Party''. Menarik bukan namanya?

Teringat semasa saya mengikuti program motivasi UPSR di Universiti Utara Malaysia, UUM pada tahun 1998 (11 tahun yang lalu). Pertama kali menjejakkan kaki ke universiti dan rasa kerdil melihat akak-akak dan abang-abang yang belajar di Universiti.

Teringat juga semasa saya pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sabah, UMS pada tahun 2004 (5 tahun yang lalu). Ayah saya pernah terlibat dalam upacara pecah tanah UMS pada tahun 1995. Kemudian dia pulang membawa sebuah topi yang saya suka sangat pakai sebab tertera nama UMS. (yang hilang di Langkawi tidak lama kemudian). Tak sangka boleh ke UMS 9 tahun kemudian, namun berpeluang untuk belajar di sana. Apa khabar orang-orang UMS?

Sekarang saya sudah di pertengahan jalan di Nottingham. Ingin saya kongsikan sebuah tulisan saya yang pernah saya kongsikan bersama teman-teman di Nottingham pada 18 Mei 2008, setahun yang lalu.

Inilah hari ini dalam sejarah...setahun yang lalu....


********
Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsikan kisah membeli belah di salah sebuah pasaraya membeli belah di UK, ASDA petang semalam

Rumah kami berenam di Highfield Road, Dunkirk, Nottingham sudah kehabisan bekalan beras. Bukanlah kerana kekurangan bekalan di pasaran, tetapi kerana sudah lama tidak membeli beras. Pagi tadi Tono (housemate) sekali terpaksa ke rumah Cha, Muaz, & Awie yang terletak kira2 30 saat jalan kaki, untuk meminta beras. Begitulah adat hidup berjiran di Dunkirk Jaya, Nottingham. Mereka pun ada beberapa kali meminta minyak masak daripada rumah kami.

Selalunya kami akan membeli beras Broken Basmathi, yang dahulunya harganya sekitar lapan ke sembilan pound per 20 kg, namun kini sudah mencecah GBP 15 kesan krisis makanan global. Dahulunya kami biasa membeli beras Basmathi yang agak sedikit mahal, tapi nak save bajet punya pasal, kami beralih kepada yang lebih murah.

Biasanya, kami akan membeli di kedai pasar kecil Medina, yang banyak menjual barang makanan halal, namun pada kali ini kami membuat keputusan untuk memeriksa beberapakah harga beras di ASDA, yang dikenali di Amerika Syarikat dengan nama Walmart. Selain ASDA, Sainsbury's dan TESCO merupakan dua lagi pasaraya yang hiper di UK, namum kami akan selalu mengelak untuk membeli di TESCO setelah maklum akan komplotnya dengan sang Zionis.

Kali ini saya mendapati harga beras di ASDA ialah hanya 44 pence sekilogram untuk beras Long Grain (sama seperti jenis yang biasa dimakan di Malaysia). Harga ini ialah harga offer kerana tertera di rak jualan harga asal ialah 96 pence per kg. Beras hanya dijual dalam pek kecik 1 kg di ASDA, berbeza dengan kedai halal yang lain uang biasanya menjual dalam kadar 10 kg atau 20 kg. Harga 44 pence memang ternyata agak murah, kerana jika kami mengambil 20 paket untuk mencukupkan 20 kg, harganya baru mencecah GBP 8.80. Lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan broken basmathi kerana dia sebab; harganya yang lebih mudah dan kerana broken sudah hancur!

Maka, saya pun mengambila keputusan untuk membeli 25 paket. Semasa membuat pembayaran di kaunter, saya melihat gadis di kaunter berbisikan semasa mereka, dan kemudiannya datang seorang lagi sambil bercakap telefon. Kemudian salah seorang daripadanya bertanyakan saya, " How many packets did you take?" dan saya menjawab dengan loghat British, "twenty-five".

Gadis tersebut terus bercakap sesuatu yang tidak kendengaran jelas bagi saya. Saya hanya terdengar perkataan 'world shortage' & 'normally six'. Kemudiannya, dia memberitahu saya "we can only allow you to take 20". Walaupun agak terkejut, dan masih terasa hendak membeli 25, atas sebabtidak mahu berbalah di kaunter pembayaran dan mahu menjimatkan masa (keran nak bali segera dan study sebab Isnin ni ada exam lagi), saya terus mengangguk dan melangsaikan pembayaran.

Ternyata di UK pun, sebuah negara kaya, para peniaga masih lagi mengawal barangan yang dijual kepada pengguna. Kami mula2 ingat nak pusing balik dan beli satu lagi pusingan untuk mendapatkan bekalan beras murah ini, tapi atas faktor masa, kami meneruskan perjalanan pulang.

Sekadar nak menambah, dalam dunia sekarang ini, ada negara yang terlalu fokus kepada perindustrian (kereta, jentera dll), dan pertanian dilabel sebagai engin ekonomi kelas ketiga, tapi akhirnya, kita makan nasi juga. Teringat pembentangan YB Ustaz Hadi Awang di parlimen baru2 ini, di Jepun, walapun dah maju, diorang masih lagi menjaga industri pertanian dengan tumpuan istimewa sehinggakan subsidi mencapai kadar 99%!

Kalau sapa2 yang duduk di Kedah (mungkin fenomena yang sama berlaku di Selangor, yang mengeluarkan lebih banyak beras daripada Jelapang Padi negara), banyak tanah sawah sudah menjadi sawah terbiar, sebab perancangan pembangunan yang tidak teratur. Contohnya, kalau sebidang tanah ada tigak kotak, kotak A, B dan C. kalau di atas kotak A dan C dibina rumah, kotak B yang terletak di tengah2 sudah tak berguna lagi. Walaupun masih lagi tanah sawah, tapi penanaman padi di kotak ini sudah tidak produktif sebab kecil sangat.

1 comment:

Emilia Habiba Mohamad Jamil said...

ni hadiah -

http://img34.imageshack.us/img34/7256/ums.png