Saturday, April 30

MOC- Mas Afzal dalam kenangan

Melihat poster promosi Muslim's Overseas Camp (MOC), saya terkenangkan akan pertemuan pertama dengan Allahyarham Mas Afzal pada Ogos 2006. Namanya sudah selalu saya dengar, sebagai seorang yang dihormati dan dikagumi ramai, sebelum saya bertemu sendiri dengan orangnya.

Beliau merupakan mantan Exco Akademik Student's Council semasa beliau belajar di Kolej Yayasan UEM (KYUEM), dan juga CEO Eco-Trip, sebuah ekspedisi wajib tahunan kepada para pelajar Biologi di kolej. Walaupun belajar di kolej yang sama, kami tidak pernah bertemu di kolej kerana saya mendaftar di kolej setelah beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara (Sheffield, UK).

MOC pada zaman saya diadakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS). Pada hari ketibaan, kami menaiki bas daripada KL Sentral, dan mengharungi perjalanan yang panjang untuk sampai ke ILDAS. Kalau tak salah hampir 2 jam. Sesampainya di ILDAS, dengan membawa beg, kebetulan tempat pertama yang saya tiba ialah di kawasan dewan makannya. Dan di sinilah saya kali pertama bertemu dengan Allahyarham Mas Afzal.

Pada ketika tersebut, beliau memakai sehelai kemeja T berwarna putih, dan ada satu gambar yang berwarna keemasan (yang saya tak ingat apa gambarnya). Beliau merupakan antara salah seorang daripada fasilitator yang dijemput khas dan sedang berdiri bersama rakan-rakan fasilitator yang lain. Saya pun menghampiri barisan fasilitator dan bersalaman dengan mereka. Ada yang saya sudah kenal kerana hanya berbeza umur setahun.

Semasa melihat kelibat abang-abang senior, saya dapat merasakan yang berbaju putih ini, ''he must be somebody''.

Ketika beliau memperkenalkan namanya, terlintas di benak pemikiran saya ''oh, inilah Mas Afzal tu''.

Entah mengapa dalam banyak-banyak episod ingatan semasa sebelum fly, Allah menjadikan ingatan pada pertemuan kali pertama dengan Allahyarham Mas Afzal sangat kuat. Walaupun detik tersebut tidak mempunyai siknifikasi yang besar. Allah lebih mengetahui dan mendalam ilmu-Nya.

Antara yang masih saya sangat ingat jelas pesanan-pesanan beliau semasa program tersebut ialah berkenaan dengan usaha jihad para pelajar di luar negara mengenakan boikot kepada barangan keluaran Israel, yang alhamdulillah masih sayang pegang hingga ke hari ini. Saya masih ingat beliau berkongsikan sebuah kad yang menyenaraikan semua produk zionis.

Entah mengapa saya masih ingat.

''di UK, kita tak panggil 'hand phone' macam di Malaysia. Kita panggil 'mobile' "
kata beliau semasa kami sedang duduk di sudut kiri di bahagian hadapan dewan ceramah semasa sessi LDK.

Entah mengapa saya masih ingat. Saya juga tidak pasti mengapa.

Selain daripada pengisian penceramah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com), saya masih gembira hingga kini kerana dipertemukan dengan beliau sebelum datang ke UK semasa program pre-departure ini.

I'm ever so grateful.

Kadang-kadang rasa nak kembali ke saat itu.

Semasa bulan pertama saya di Nottingham, kami berpuasa sebulan penuh. Beliau ada menziarahi saya dan kami berbuka puasa bersama-sama. Seronok sangat rasanya ada senior kolej datang ziarah. Itu pada Ramadhan 1427 H.

Pada ketika itu saya tinggal di hall (asrama pelajar), dan ada offer dia tidur di atas katil, namun dia tolak. Lalu Mas pun tidur di atas lantai beralaskan selimut. Dia pula ada offer untuk menggunakan free minutes telefonnya untuk saya menelefon Malaysia, namun saya kata ''Tak apalah''. Dalam hati rasa segan sebenarnya.

Satu perkara yang masih saya kecewa pada ketika itu ialah saya selaku tuan rumah bangun lewat dan tidak menyediakan hidangan bersahur.

Entah mengapa detik-detik bersama Allahyarham Mas masih saya ingat.

Perjuangan beliau melawan penyakit kanser memberikan inspirasi kepada ramai orang, termasuk yang tidak pernah bersua muka dengannya. Kini beliau telah syahid mendahului kita semua.

Ya Allah, semoga kami dapat mencontohi Mas Afzal.

I'm ever so grateful to know you...
Great man, Great Daie, Great Muslim....
Thank you so much for your life, it made such a difference to us.

penulis bersama Mas (paling kiri) semasa PUISI 2006.

Wednesday, April 20

Activated charcoal

I just realised an interesting medical fact that you can actually ingest charcoal in order to treat poisoning and overdoses following oral ingestion. This really fascinated me (wow).
They called it activated charcoal, because it has increased surface area. Yes, when I mentioned 'charcoal', i really meant charcoal.

It is thought to bind to poison and prevent its absorption in the GI tract. Doctors administer them in an emergency department. It is so effective as is actually a sponge-like charcoal.



Tuesday, April 19

You be what you want

''I am the greatest, I said that even before I knew I was'' -Muhammad Ali-

''I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion.'' -Muhammad Ali-

Our prophet himself mention in his own words;






I'm the greatest before I knew I was