Sunday, April 17

Kaedah-kaedah Fiqh

Kaedah-kaedah fiqh ini pasti berguna untuk aplikasi kehidupan seharian kita.

[1].


مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.

Contoh:
1. Ketika berwudhu` membasuh muka adalah wajib. Tidak sempurna membasuh muka kecuali melangkau sempadan muka. Maka membasuh sedikit dari kepala,telinga,leher dan dibawah dagu adalah wajib.

2. Menutup didalam solat adalah wajib, bagi lelaki antara pusat dan lutut.
Tidak sempurna menutut `aurat kecuali dengan menutup sebahagian pusat dan lutut. Maka menutup pusat atau sebahagiannya dan menutup lutut atau sebahagiannya adalah wajib.

[2].

الْخُرُوجِ مِنْ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ
Keluar dari khilaf ialah sunat

Contoh:
Solat qosar (2 rakaat bagi zuhr,`asr dan `isyaa`) apabila jarak musafir cukup 3 marhalah adalah lebih afdhal daripada solat tamam (4 rakaat)

Apabila kita musafir diharuskan kita solat qosar.
Solat zuhur boleh dilakukan 2 rakaat sahaja.

Namun apabila jarak safar kita menjangkau atau melebihi 3 marhalah, maka sunat kita melakukan qosar bagi solat 4 rakaat (Zuhr,`asr dan `isyaa`)

Ini disebabkan kita meraikan mazhab Hanafi yang mewajibkan solat qosar apabila cukup 3 marhalah. Dalam mazhab Hanafi orang yang musafir 3 marhalah tidak sah solat tamam (4 rakaat)

[3].

الْمَيْسُورَ لَا يَسْقُطُ بِالْمَعْسُورِ
Perkara yang mudah tidak gugur dengan sebab perkara yang payah

Contoh:
1. Tidak wajib membuka pembalut untuk meratakan (menyempurnakan) basuh tangan ketika berwudhu`jika ia menyukarkan. Oleh sebab itu wajib tayammum untuk menampung wudhu` yang tidak sempurna kerana bahagian yang tidak terbuka itu tidak boleh dibasuh.

2. Namun membasuh bahagian yang tidak terbalut adalah wajib.
Tidak bermakna apabila telah bertayammun tidak perlu berwudhu` lagi, atau tidak perlu membasuh tangan lagi (bahagian yang tidak dibalut), kerana perkara itu mudah dilakukan, maka ia tetap wajib.


[4].
الْأَصْلَ الْعَدَمُ

Asal setiap sesuatu adalah tiada.


Contoh:
1. Seseorang yang selesai mandi dan memakai baju untukl kemasjid, tiba-tiba dia berfikir"Adakah aku telah berwudhu` semasa dalam bilik air tadi?"
Jawabnya dia dikira masih dalam hadas dan belum berwudhu`

2. Seseorang yang telah melakukan solat maghrib pada jam 7.30 malam dengan wudhu` yang jelas, apabila telah masuk waktu isya` dia terfikir"Adakah aku telah berhadas?"
Jawabnya tidak, dan didihukumkan masih dalam keadaan suci alasannya الْأَصْلَ الْعَدَمُ


.[5
َدَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
Menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah

Contoh:
1.Berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh (mubaalaghah) adalah dituntut sepanjang masa disana ada maslahah iaitu menghasilkan kebersihan yang sempurna.
Tetapi apabila berpuasa bersungguh-sungguh berkumur itu boleh menyebabkan kebinasaan iaitu puasa menjadi batal disebabkan air yang terlajak masuk kehalqum.

Oleh itu berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh (mubaalaghah) ketika puasa adalah makruh. Kerana menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah.

2. Menolong seseorang yang meminta agar diletakkan barangannya dalam simpanan kita adalah disuruh disana ada maslahah iaitu membantu dan menolong mereka yang memerlukan. Seandainya kita tidak yakin dapat menunaikan amanah, kita dilarang menerima barangan itu untuk kita simpan, itu adalah pintu kebinasaan. Larangan ini kerana menolak kebinasaan didahulukan daripada menarik maslahah.

Pengharaman arak dan judi mungkin boleh dimasukkan dalam bab ini juga.

Sumber:

No comments: