Monday, April 18

Pilihanraya Sarawak pada kaca mata saya

Pasca Pilihanraya Negeri Sarawak 2011, kita melihat beberapa senario yang menarik untuk difikirkan, dimuhasabahkan, dan mungkin wajar diberikan perhatian lanjut.

PERTAMA
1. PAS bertanding hanya 5 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Ini sebenarnya sudah satu pencapaian melihat kepada penglibatan PAS secara langsung di sarawak hanya bermula pada tahun 1996, dan pada 2006 hanya bertanding satu kerusi. Kekalahan di kesemua kerusi ialah antara detik kejayaan PAS yang perlu disusuli dengan usaha yang lebih. Persoalan di sini, sebagai sebuah gerakan Islam, adakah dakwah PAS di sarawak hanya pada musim pilihanraya ie 5 tahun sekali?

2. Mungkin orang PAS sendiri perlu mewarwarkan usaha-usaha dakwah yang telah dan sedang berlangsung di Sarawak. Perkembangan tadika PASTI pastinya bukti paling nyata akan kesungguhan PAS membentuk kefahaman Islam sejak kecil. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

KEDUA
3. Ini merupakan pilihanraya terbesar yang pertama PR bertanding atas nama 'Pakatan Rakyat', walaupun masih belum secara rasmi. Menarik melihat pemimpin PR silih berganti berucap di pentas yang sama. Pada kesempatan ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah berucap dan menyampaikan ceramah semasa kempen politik di atas pentas DAP. Pastinya ada yang anatara hadirin yang hajat asal mereka ialah ingin melihat Lim Guan Eng berucap, tapi 'terlayan' sama TG Nik Aziz berucap.

5. Isi ceramah beliau cukup indah, berpaksikan aqidah, kembali menyedarkan tujuan manusia berada di muka bumi ini, iaitu menjalankan amanah yang diperintahkan Tuhan yang Maha Berkuasa.

4. Dan setelah mendengar, ada yang berkata,
''owh, actually what this man is talking does make sense''
atau
''ooo...this is then the 'Kelantanese holyman' they have been talking about''
atau
''Cool, i've never have thought someone religious could govern a state for 20 continuous and prosperous years''.

5. Suasana yang lahir kesan daripada keputusan PAS bertahalluf siyasi (kerjasama politik) mirip pasca Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara kaum Muslimin Madinah dan Musyrikin Makkah. Sebaik perjanjian ditandatangani, Saidina Umar sendiri hampir hilang kepercayaan kepada Rasulullah ("Benarkah engkau Rasulullah?''), melihat kepada intipati perjanjian yang nampak tidak menguntungkan.

6. But in retrospect the Hudaibiyah Pact turned out to be the turning point for the spread of Islam!

7. PAS tiada masalah untuk memperjuangan prinsip keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban yang didokong oleh rakan di dalam PR, dan rakan-rakan di dalam PR, DAP terutamanya, kini perlu turut sama 'berkempen' untuk PAS dan sekaligus untuk Islam kepada barisan penyokong mereka. Tembok besar di dalam minda yang mengatakan bahawa Islam hanya untuk kaum tertentu, Islam itu kuno, Islam hanya milik Melayu, Islam tidak maju semakin terhakis.

8. Islam sememangnya rahmatal lil 'alamin (mercy to the world)

KETIGA
9. Seperkara yang saya lihat semakin menarik ialah kecenderungan undi kaum Cina menjadi penentu kemenangan sesebuah parti dan kekalahan teruk sesebuah parti yang lain. Sarawak United People’s Party (SUPP) selaku parti utama kaum Cina kalah teruk, bahkan pemimpin utama mereka Tan Sri George Chan Hong tumbang di tangan calon yang umurnya hampir separuh umur beliau. Beliau kini boleh duduk sebangku dengan Samy Vellu.

10. Mungkin kaum Cina banyak tinggal di kawasan bandar, dan ada capaian yang lebih baik kepada media alternatif yang lebih telus dan adil. Ini menjadikan mereka lebih rasional dalam membuat keputusan menolak politik tradisional yang bersifat tamak, kotor dan hanya memenuhkan poket dua tiga kerat individu tertentu. Di dalam Quran ada disebut berlaku adil lah kerana itu lebih dekat dengan takwa.

11. Mungkin inilah manifestasi jelas kepada ayat 54 Surah al-Maidah - "Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia...."

12. Allah boleh sahaja memuliakan satu kaum, dan caranya ialah Allah akan muliakan mereka dengan Islam, dengan syarat mereka mahu kepada kebaikan. Allah akan berikan kefahaman kepada agama dan sekalgus semua pakej yang datang bersama dengan Islam. Sewaktu Saidina Abu Bakr diangkat menjadi Khalifah Ar Rasyidin yang pertama, mungkin beliau juga tida pernah terfikir bahawa suatu ketika nanti bangsa Turki akan memimpin dunia Islam - dengan nilai keadilan, keharmonian dan kemajuan ilmu dan tamadun - atas nama Empayar Uthmaniyah.

13. Padahal warna kulit, bahasa, budaya dan adat resam serta identiti genetik bangsa Turki cukup berbeza dengan bangsa Arab! Dengan cara yang sama, boleh sahaja Allah memuliakan bangsa Cina. Jangan tangkap saya salah, saya bukan sudah berputus asa dengan bangsa Melayu. Islam tidak mengenal sempadan bangsa, dan sesiapa sahaja boleh berjaya dengan Islam. Yang penting adanya sifat MAHU yang seterusnya membawa kepada TAHU.

Wahai Melayu, jangan malu. Wahai Cina, terus mara!

1 comment:

kher said...

A good read I may say.

Betul juga apa pendapat ko tu. Rasanya kita seharusnya tidak lagi berlegar disekitar sentimen bangsa sahaja.

Salah satu sebab mengapa kita lemah adalah kerana kita terlalu mengharapkan kepada orang lain. Akhirnya semuanya hilang. Seperti kata pepatah, 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Apa-apa pun perjuangan kita masih jauh daripada selesai. Masih banyak yang perlu kita pelajari dan hayati sebelum kita betul-betul turun ke medan dakwah sebenar. Dan yang paling penting jangan lupa tugasan utama kita iaitu sebagai daie. InsyaAllah menjadi soleh wa musleh.