Tiada perkataan yang paling tepat untuk mengungkapkan suasana cuaca yang semakin indah di Nottingham dan seluruh England kini. Hawanya semakin panas, suasana semakin cerah dan pemandangan sekitar semakin hijau.
Kini baru ku fahami mengapakah ramai penyajak termasuk Shakespeare dan Robert Louis Stevenson serta ramai lagi memasukkan elemen 'musim panas' di dalam karya mereka. Ternyata suasananya nyaman sekali. Segala-galanya nampak segar. Berkelah di padang menjamu perut, kulit dijamu dengan sinaran mentari, dan juga peluang menjamu mata.
Kini baru ku fahami mengapakah orang Barat gemar ke negara-negara beriklim panas dan mendapatinya sangat istimewa. Panas memang sedap.
Kini juga baru ku fahami mengapakah berjemur di tepi pandai dan sebagainya amat disukai oleh masyrakat Caucasian. Tan itu lebih cantiknya kataya.
Perubahan iklim panas dan sejuk menunjukkan kehebatan Allah dan kelemahan manusia. Allah Maha Hebat boleh mengubah iklim dunia, manusia lemah kerana sejuk sangat tidak boleh, panas sangat pun sudah merungut. Justeru, marilah sama-sama kita memperkuatkan ingatan kepada Allah.
Pastinya antara hikmah penciptaan perubahan musim ialah sebagai cara Allah menunjukkan tanda kewujudannya kepada kita. Hati kita lalai dengan mudah, dan degan hati yang lalai akan hilang rasa takut kepada Allah. Sifat lalai jika telah menodai hati manusia, maka hati itu akan semakin lemah dan tidak mampu lagi memahami zikir kepada Allah.
Ya Allah, bantulah kami
No comments:
Post a Comment