Saturday, April 9

Rakyat mahukan lebih banyak Forum Buku Jingga



1. Tahniah kepada RTM atas keberanian untuk menerbitkan siaran secara langsung Forum Buku Jingga ini. Ini adalah satu langkah positif dan perlu diikuti dengan program-program yang menarik kepada rakyat sebegini.

2. Pasca 2008 menyaksikan satu lanskap politik negara yang sungguh berbeza apabila mentaliti bahawa 'hanya Barisan Nasional yang reti memerintah' sudah runtuh dan lebur. Rakyat Malaysia kini semakin percaya kepada prinsip keadilan dan semakin matang menilai kualiti pemerintah yang ingin dipilih. Dan juga kita melihat satu suasana sistem dua parti yang cukup menarik. Rentetan 16 Pilihanraya Kecil membuktikan keadaan ini apabila masyarakat mula berdiskusi kebarangkalian samada BN ataupun PR yang akan memenanginya. Sebelum ini semuanya didominasi oleh UMNO-BN dan mereka dijangka akan pasti menang. Dan budaya membanding beza polisi sudah mula kita lihat pada hari ini.

3. Moderator forum ada suara yang bagus tapi gagal mengawal perbincangan terutamanya apabila YB Kamalanathan mencelah secara tiba-tiba menyatakan ketidaksetujuan beliau. Apa yang lebih JELAS ialah beliau ternyata gagal bersikap neutral sepanjang perbincangan. Ini amat mengecewakan.

4. Berkenaan pemilihan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan selaku panel pertama - saya merasakan RTM sudah tersalah pilih orang. Secara ironinya beliau menyatakan beliau seorang yang 'focus' tetapi beliaulah panel yang paling tersasar jauh daripada tajuk perbincangan. Barangkali beliau bukan pakar dalam tajuk ini. No offence YB, tapi saya rasa anda telah mengecewakan ramai pengundi Hulu Selangor anda pada malam itu.

5. Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Datuk Mahani Zainal Abidin - good to have her as part of the forum.

6. Rasanya yang paling menyerlah semasa program ini pastinya Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli. Bekas pelajar MCKK, ternyata hujah beliau amat bernas dan mampu menepis dengan bergaya tiga serangan bola api (termasuk daripada moderator) setiap kali beliau diajukan pertanyaan. Saya yakin keyakinan beliau dapat dikongsikan dengan jutaan rakyat Malaysia yang dahagakan pembaharuan dalam sistem pemerintahan negara dan mengidamkan perubahan yang lebih mapan dan berterusan.


7. Pengakhiran forum ini agak mengejut dan saya yakin bahawa moderator diarahkan untuk tidak memberikan peluang kepada saudara Rafizi bercakap demi menafikan beliau tambahan beliau meyakinkan para penonton RTM. Nice try namun pastinya rakyat mampu mengadili dengan bijak.


8. Usaha reformasi dan transformasi ekonomi tidak akan berlaku sekiranya tiada kesungguhan dalam membawa reformasi politik di negara ini. Dan tanggungjawab kita sebagai rakyat kelas pertengahan, marilah sama-sama kita mempertingkatkan kefahaman dan ilmu semasa melalui pembacaan perancangan ETP, GTP dan sebagainya, termasuk menganalisa Buku Jingga. Siapa tahu anda mungkin akan menjadi sebahagian daripadanya secara langsung!


Boleh baca Buku Jingga daripada sini.

1 comment:

Anonymous said...

kenapa endingnya mcm tu? hmm...mohon share...