Thursday, April 14

Kisah Kenza Drider



Muhammad Ali ialah antara individu yang paling popular pada kurun yang lalu. Dinobatkan sebagai Sportsman of the Century, namanya masyhur, wajahnya popular, gaya bertinjunya ikonik, beliau mulut beliau penuh kontroversi, keputusan beliau untuk memeluk Islam ialah sejarah dan kehebatan beliau samada dalam sukan dan politik dunia sememangnya lagenda.

Beliau ada pendapatan yang lumayan daripada sukan tinju, beliau ada kemasyhuran dan gelaran kerana kekuatan beliau, beliau ada peminat yang ramai.

Ya, beliau memang lagenda.

Sehinggalah pada tahun 1966 apabila beliau dipanggil untuk berkhidmat bagi tentera Amerika pada Perang Vietnam, beliau menolak dengan keras, kerana itu bertentangan dengan ajaran Islam. Kesannya, lesen bertinju beliau dibatalkan, kesemua gelaran tinju beliau ditarik kembali. Namun beliau terus tetap dengan pendiriannya.

Lihatlah bagaimana 'a man with principle' mempertahankan prinsipnya!

Di Perancis pula bermula Isnin lalu, kerajaan memulakan larangan berpurdah di tempat awam. Daripada jutaan Muslim di Perancis, hanya ada lebih kurang 2000 orang yang berpurdah dan kebanyakkannya membuat keputusan sendiri untuk memakainya. Namun Sarkozy dan kerajaan Perancis tetap berkeras mengenakan denda €150 kepada yang ingkar. Bak kata Samy Vellu, "ini semua kerja orang gila!".


Namun Kenza Drider, 32 tahun, seorang wanita yang tegas dengan prinsip yang dipegang - terus memakai purdah kerana itulah prinsip yang dipegangnya bertahun lamanya. Pada hari pengharaman niqab bermula, beliau bergerak seperti biasa menaiki tren daripada Avignon ke Paris.

Ternyata 'Women with principle' pun sama hebat!



Lawan tetap lawan!



No comments: