Tuesday, March 31

Mencari Pyloric Plane






Ini gambarajah badan manusia. Hari ini kita akan belajar bahagian perut, atau dalam istilah khasnya ialah abdomen.

Untuk memudahkan ahli bedah potong perut dan kenal pasti apa yang ada di sebalik perut, kita bahagikan bahagian ini kepada 9 bahagian sepertimana yang anda boleh baca di atas.
Cuba tengok line mendatar yang atas sekali,yang berlabel transpyloric plane (line). Tahukah anda mengapa ia dinamakan sedemikian?

Garisan ini sungguh istimewa kerana ia menjadi garis tengah antara sempadan leher (lekuk V di gambarah di atas) dan sempadan bahagian kemaluan kita (kalau nak tahu, nama glamernya symphysis pubis)

Tapi kalau nak tahu garis tengah ni macam mana? ukur guna pembariskah? Ish, tidak lah sampai macam itu. kita ada cara mudah=)

Tips: biasanya garisan ini akan memotong hujung tulang rusuk yang ke sembilan.(jadi anda boleh mula mengira tulang rusuk anda)

Istimewanya line ini; di belakang garisan ini ada pylorus (sebab tu namanya pyloric plane).

Apakah pylorus? : Rileks, jangan gelabah walaupun namanya macam walrus. Anda tahu yang kantung perut bersambung dengan usus kan? sebenarnya, sebelum kantung bertemu dengan deodenum dahulu, barulah bertemu dengan usus kecil.
perut --> duodenum --> usus kecil

Maka, pylorus ialah sempadan antara perut dan duodenum!

Mudah bukan? tidakkah kita terfikir, daripada tengok di luar sahaja, kita boleh teka apa yang ada di dalam. Menarik bukan ciptaan Allah?
Mari kita 'ziarah' surah Maryam di dalam Quran. Surah ini sungguh istimewa kerana namanya sempena ibu kepada Nabi Isa.Bahkan di dalam Bible pun tiada ada nama 'book' khas yang namanya Mary.
Ayatnya 66-67.
“Dan berkata manusia: "Betulkah apabila aku telah mati, bahwa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?"
Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada sama sekali?”


Sesungguhnya memang kita akan dibangkitkan.

Saturday, March 28

Rotation 1: General Medicine

Selesai sudah putaran (baca: rotation) pertama saya untuk Clinical Phase I iaitu General Medicine yang berlangsung selama 2 minggu. Ada banyak pengajaran dan ilmu yang sayaa sempat timba yang akan saya tuangkan di sini;

1. Semasa di wad, saya banyak bertemu dengan pesakit yang tua. Sering saya fikirkan, para pesakit yang tua-tua belaka ini, mesti gagah perkasa dan kacak, perawan, cantik dan cun melecun semasa mudanya. Namun segalanya telah dimakan usia, dan nak bergerak pun semakin sukar. Memang sedih melihat para pesakit menderita sakit pada usia tua, lebih-lebih lagi yang ditinggalkan tanpa ada penjaga.

Satu ayat Quran daripada surah Yaa Sin sering terngiang-ngiang di telinga saya;

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?


Yaa Sin, ayat 68.

Bahkan semasa salah satu ward round, kami masuk ke sebuah bilik untuk memeriksa seorang mak cik ni. Namun, seribu kali saya, dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Memang terkejut juga saya pada mulanya sebab tak sangkan akan berlaku sedemikian (walaupun berada di hospital).

2. Alhamdulillah, assessment yang baru selesai pada pagi ini, membuatkan saya lebih yakin atau dalam bahasa Inggerisnya orang panggil 'confident' dalam membuat Cranial Nerve Examination dan Peripheral Nerve Examination. Sesiapa yang ada merasakan pening-pening lalat, mata kabur dan sebagainya, mai berubat noh....

Setakat itu sahaja coretan putaran pertama, nantikan putaran kedua minggu hadapan yang bertajuk 'putaran badan'.

Jihad

Pada suatu hari, ketika sedang makan tengah hari di restoren tingkat 5 Derby City General Hospital bersama-sama Parag dan Wendy, kami bersembang-sembang berkenaan isu semasa.

Kami mulakan dengan keadaan politik di Mesir, kemudian menjelajah pula keadaan politik di Malaysia, kemudian keluar pula topik pilihanraya kecil yan bakal mendatang, parti-parti politik di Malaysia, kebajikan pelbagai kaum dan kemudian kami berbincang mengenai isu gay dan entah bagaimana kami sampai ke topik jihad.

''what exactly Jihad means?'' tanya Parag yang memang nampak blur setelah dengan penuh semangat bercerita sebentar tadi.

''what do you know about jihad'' saya bertanya kembali, ingin tahu sejauh mana beliau tahu.

Ternyata fahaman jihad yang mereka berdua tahu ialah membunuh dengan justifikasi jihad.

''you see, actual jihad means to strive and do the very best in everything that you do...to strive with might and main'' saya cuba explain serba sedikit apa yang saya ingat semasa kuliah Maghrib Mr Zaidi di KYUEM 3 tahun yang lalu.

''and the holy war is just a part of it. obviously you have to defend yourself if somebody tries to kill you!'' ujar saya lagi.

''when you see me sleeping during lectures, that doesn'y comply to the principle of jihad'' saya cuba memberikan contoh agar mudah 2 sahabat ini faham, walaupun terkena ke batang hidung sendiri.

Memang sepanjang 2 minggu pertama semasa induction week Clinical Phase I, saya tertidur dalam hampir kesemua lecture. Mungkin kerana perlukan masa untuk menyesuaikan diri, kerana ini juga berlaku semasa saya masuk tahun pertama fakulti perubatan pada tahun 2006.

Kami terus berbincang sehingga hampir 1.15 tengah hari, dan saya terpaksa meminta diri untuk solat Zohor.

''orait guys, I need to pray now''

''see you in the ward at 2'' balas Wendy.

''ok. to prove my jihad, i'll be there 10 minutes earlier!'' ujar saya dengan penuh semangat sambil dibalas dengan senyuman oleh Parag dan Wendy.

Kesimpulan: Beza sungguh 'jihad' yang kita dengar dalam ceramah dan 'jihad' secara praktikalnya. Yang bukan Islam tak datang ceramah, jadi mereka nampak 'jihad' yang kita praktikkan. Maka, jadikan jihad sebahagian daripada gaya hidup kita.

Thursday, March 26

Easter a Muslim Viewpoint




Easter a Muslim Viewpoint

sungguh menarik, syarahan idola saya, akh Ahmed Hussein Deedat.

Monday, March 23

Friday Khutbah on 9 May 2008

Sekarang sudah masuk musim bunga (wahhh..berseri-seri..), dan tidak lama lagi musim panas.

Musim panas ialah apabila pakaian kebanyakan wanita di sini menjolok mata. Ingin saya kongsikan sebuah khutbah jumaat oleh brother Shujahat (sebut: sujjat) pada 9 May 2008,pada jam 117 tengahari di Portland Prayer Room, University of Nottingham.

1. In summer, we feel happy and lively, because the sun is so bright and shiny. However, this is also the time when disobedience increase.

2. It all starts from the eye. Therefore, todays topic will be ‘’controlling the eye’’

3. Allah swt said in Surah 24 (An-Nur), ayat 30; ‘’Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: and Allah is well acquainted with all that they do.’’

4. Ibn Qaiyyim stated 3 benefits of controlling ones eyes;

5. FIRSTLY, if we leave something for the sake of Allah, Allah gives us something much better

  • If we look at something, we love it, and then we become dependent on it. This will effects our life, family, study. That habit will become a craze passion.
  • If the person continue looking at it, love of Allah and sweetness of iman leaves his heart

6. SECONDLY, we will acquire wisdom.

  • What is wisdom, wisdom is when we understand what others can’t perceive
  • We as muslim must have taqwa, and part of it is lowering gaze, which means we control our eyes.
  • We look here how beautiful is the link between taqwa and eyes.

7. THIRDLY, we will have good character, which is the control of desire.

  • Syaithan will flee away as the fail to divert us
  • To obtain power and nobility, follows Allah’s order
  • Al-fathir, ayat 10: If any do seek for glory and power--to Allah belong all glory and power. To Him mount up (all) Words of Purity: it is He Who exalts each Deed of Righteousness. Those that lay Plots of Evil--for them is a Penalty terrible; and the plotting of such will be void (of result).


8. When we control our eyes, other parts of the body is in some level of control.
9. Action of the private part starts with the eyes


10. The Messenger of Allah (PBUH) said,

"Whosoever gives me a guarantee to safeguard what is between his jaws and what is between his legs, I shall guarantee him Jannah.''[Al-Bukhari].


11. Let alone do it, we shall never draws ourselves near to it.
12. Fight our nafs, and this is not an easy battle as it is a constant battle.
13. If we are sincere and ikhlas, we can avoid it, and the way forward is to follow the sunnah of Rasulullah.

symposium di utara..

Lagi cerita Dextrocardia
Dextrocardia
sangat jarang, hanya berlaku pada 8 orang daripada sejuta orang. Tetapi siapa sangka saya berjumpa seorang makcik yang mempunyai jantung di sebelah kanan dada pada minggu pertama rotation General Medicine saya.

Semasa symposium perubatan Islamic Medical Associaion of Malaysia yang baru berakhir di West Yorkshire semalam, saya berpeluang bertemu Dr Arif, atau fondly known as Arif Buff. Beliau merupakan bekas pelajar perubatan di University of Manchester.

Dia menceritakan yang pada minggu pertama beliau menjalani klinikal semasa di Medical School dulu, sebanyak 2 kes Dextrocardia yang beliau jumpa, sehinggakan dia menyangkakan yang kondisi ini sangat prevalent! Namun nak dijadikan cerita, sampai sekarang ini pun (dah jadi doktor), beliau masih belum ketemu pesakit dengan Dextrocardia.

West Yorkshire
Rombongan warga Nottingham ke symposium perubatan pada kali ini di Hebden Hey Scout Centre pada kali ini telah turut disertai seramai 7 orang, iaitu;

Firdaus (saya sendiri) -perubatan tahun 3
Muhammad Faisal Zulkifli @ Cha - perubatan tahun 2
Nur Suhaila Binti Zulkifli - Biologi tahun 1
Siti Khadijah Binti Ahmad Khairi -Biology tahun 1
Norhana Mohamed Ali - perubatan tahun 1
Nurul Elyani Ruslan - perubatan tahun 1
Norhana Zainal - perubatan tahun 1

Saya sendiri pergi ke symposium atas kapaciti sebagai facilitator untuk beberapa aktiviti di dalam kumpulan. Berikut merupakan ahli grup saya;

Group Eight the Great
Erwina Nursyaheera Sulaiman (FC perempuan, Cardiff)
Izyan Munirah Mohamed Dahlan
Nur Diana Binti Ismail
Wan Asma Mardiana Bt Wan Abdullah Sani
Nurul Jannah Binti Mohd Sharif
Muhd Alwi Muhd Helmi (ahli grup paling comel)

Alhamdulillah, symposium pada kali ini sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi para peserta yang sangat sedikit dan tempat program yang sangat unik. Saya paling tertarik semasa sessi latihan triage (sebut: Thre-aj) semasa practical session "the extreme medicine".

Triage
Menurut definisi, triage ialah sebuah proses membahagikan pesakit kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada betapa teruk kondisi mereka. Triage mengikut sejarah yang tercatit dimulakan oleh doktor Perancis semasa perang dunia pertama (sebab tu sebutannya kena ada loghat French). Namun, pastinya triage ini sudah wujud sejak zaman berzaman, cuma ia tidak dinamakan sedemikian.

Kita melakukan triage semasa berlaku kegawatan (GAWAT sih!!) seperti dalam suasana gempa bumi atau kebakaran besar dengan membahagikan mangsa kepada ~empat kumpulan;

1) Those who are likely to live, regardless of what care they receive;
2) Those who are likely to die, regardless of what care they receive;
3) Those for whom immediate care might make a positive difference in outcome
4) Those for whom less immediate care might make a positive difference in outcome

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/56/Triage_tags_%28Tokyo_Fire_Department%29.jpg
Gambar menunjukan label triage yang di letakkan pada mangsa menandakan kumpulan mereka.
Ini label triage daripada negara Jepun yang selalu kena gempa bumi.


Terima kasih kepada Dr alhady atas perkongsian ilmu triage yang sangat berguna.

Thanks
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu atas pengajuran symposium pada tahun ini. Tentunya kepada pengarah program, saudara Faizal Zulkhifli, fondly know as Pejai, sahabat baik saya yang telah memimpin pasukan dengan baik sekali. Walaupun senyumannya masih lagi senyuman tak jadi.(hehehe..) namun inspirasi Pejai harus kita julang bersama.

Kepada Adibah Abdullah daripada Manchester selaku ketua modul yang telah menghasilkan perancangan aktiviti yang saya kira cukup unik dan memuaskan hati kami yang girang ini. Terima kasih kerana telah memandu kami FC yang amatur ini.

Kepada Rushdina Leicester selaku yang membuat program booklet yang saya kira sungguh kemas dan smart dan layak mendapat tabik spring. Kepada Hafeez Kamal Hayati yang sungguh bersemangat memastikan program berjalan lancar, sesuai dengan amanah beliau selaku camp commander (wow, jawatan pun gempak). Juga kepada Erwina Cardiff sebagai co-FC yang telah banyak membantu tugasan di dalam kumpulan. Juga kepada 'Aqilah Leicester yang membantu pendaftaran kami dan semua info pack yang telah dihantar.

Dan pastinya kepada Shamsir, tahniah atas kem yang unik (dan comel)...

Semoga Allah membalas semua usaha kita, dan jadilah kita doktor (dan cikgu!) yang baik dan beramanah.

Friday, March 20

Dextrocardia

Normal



Dextrocardia Situs Inversus

1. Cuba ambil tangan kanan anda, dan pegang dada anda di sebelah kiri. Rasa tak degupan jantung?

2. Kalau anda rasa, anda normal.


3. Ada satu kondisi yang namanya Dextrocardia (sebut: dex-tro-kar-di-a). Ini terjadi apabila jangtung anda terletak di sebelah kanan.

4. Sungguh unik dan sukar untuk kita ketemu individu sebegini, dan alhamdulillah semalam saya berjumpa dengan seorang perempuan yang berumur 70 lebih dan memiliki Dextrocardia.

5. Dalam sesetengah kondisi, kedudukan jantung seolah-olah imej cerminsperti dalam gambarajah di atas. Ini namanya Dextrocardia Situs Inversus.

6. Dan kalau semua organ dalaman menjadi imej cermin, maka kita namakan Dextrocardia Situs Inversus Totalis.

Subhanallah, Apa hikmah Allah jadikan kondisi sebegini?

Manny Pacquiao

Kenalkah anda, siapakah jejaka ini? Beliau merupakan seorang jejaka perwira di arena tinju Dunia. Pernah memenangi kejuaraan WBC lightweight world champion, WBC super featherweight world champion, IBF super bantamweight world champion, and WBC flyweight world champion. Senang cerita, semua weight lah dia pernah menang.

Nama gelaran beliau ialah Pac-Man dan berasal daripada Filipina. Namanya Manny Pacquiao (sebut : Ma-Ni Pa-Ki-A). Ini sebutan yang biasa digunakan oleh wartawan sukan British. KAlau dalam bahasa Tagalog, tak tahu pula macam mana.

Tujuan saya menulis berkenaan beliau ialah kerana sahabat saya, Sabir Afzal mengatakan yang muka saya sama seperti muka beliau. Tinggi pun lebih kurang sama (5 ft 6.5 in). Perkara ini disebut Sabir sejak kami bertemu kami pertama 3 minggu lalu.

''Are you actually him but in disguise?'' tanya Parag, seorang lagi rakan kumpulan saya.

Ye ke? Saya rasa macam lain je...

Menurut Sabir, seluruh Filipina akan terhenti apabila beliau bertinju. Sabir juga tidak hairan kalau dia akan jadi seorang ahli politik suatu hari nanti.

Saya pula rasa muka dia macam Tuan Fairuz, sahabat kolej dan x-Muscom yang sangat saya hormati.

Jadi, baru saya faham sekarang kenapa dulu ada orang cakap muka saya macam Tuan Fairuz...kuang..kuang..kuang...

Ahli tinju
Seorang ahli tinju yang dikenali ramai ialah Muhammad Ali. Beliau mengidap Parkinson. Tahukah anda apakah itu penyakit parkinson? Saya baru sahaja berjumpa dengan seorang pesakit parkinson.

InshaAllah kita kongsi di episod yang akan datang. bye bye!

Happy Birthday


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saya memang tak ingat tarikh lahir rakan-rakan sekeliling. Tetapi kalau tarikh lahir ahli keluarga, definite saya ingat...hehehe..

Selamat hari lahir daripada seluruh warga Nottingham buat Nur Fatini Abdul Rahim yang akan meduduki UPSR pada tahun ini, dengan ucapan;

Selamat belajar bersungguh-sungguh, dan kalau malas, baca Quran.

Regards,
Abang Fir,
Derbyshire Royal Infirmary

p/s: bangga tak keluaq blog?

Thursday, March 19

Rabbi Cohen dan John Rose

Sebentar tadi baru sahaja selesai sebuah talk anjuran Islamic Society, yang bertajuk "Unity Against Racism and Zionism". Alhamdulillah, dua speaker yang unik telah dijemput.

Speaker pertama ialah seorang Yahudi baik yang bernama Rabbi Ahron Cohen. Ini biodata beliau;

Rabbi Cohen was borne and bred in England, as was his father before him. His mother was borne in Poland and came here as a child. His grandparents came to this country from Eastern Europe approximately 100 years ago.

Rabbi Cohen is a family man (his children all now have families of their own) and being part of the Orthodox Jewish community, he and his family endeavor to live their lives entirely in accordance with the Jewish Religion.
He trained as a Rabbi but was active for many years in commerce. In more recent years he became more involved in ecclesiastical duties within the Jewish Community and was particularly involved in educating the youth.

He now spends a lot of my time spreading the important but little known message regarding the absolute opposition to Zionism held by authentic Orthodox Jewry and the fact that Judaism and Zionism are totally different concepts and are in fact diametrically opposed.

He is one of many Orthodox Jews who completely sympathise with the cause of the Palestinians in their struggle against the Zionist State. The spearhead group who are involved actively in this matter on a regular basis are called Neturei Karta meaning literally Guardians of the City but which can be loosely translated as Guardians of the Faith.

Speaker kedua ialah abang John Rose. Ini pula biodata beliau;

John Rose is the author of The Myths of Zionism. He has been a campaigner for the liberation of Palestine for many years. He has recently been speaking at the university student occupations in solidarity with Gaza and he was featured in the Independent on Sunday on February 8th.

Beberapa kisah
1. saya kagum dengan semangat dan keyakinan yang ada pada John Rose. Stelah pulang daripada Derby, saya bergegas ke Prayer Room portland untuk solat Asar kerana waktu semakin luput, dan saya telah berjanji untuk menjemput John Rose di hadapan bilik event malam ini. Setibanya saya di hadapan B62, saya bertemu dengan John buat kali pertama dan bersama beliau ialah seorang belia yahudi yang nampaknya menyokong fahaman Zionism. Maka berlangsunglah debat kecil di antara mereka. Keyakinan Abang John berhujah sangat mengagumkan, apatah lagi idea2 beliau ada yang sangat mirip dengan Islam. Padahal talk belum pun bermula....

2. Semasa nak bayar perbelanjaan perjalanan John Rose, saya memberikan beliau GBP 74 untuk tiket kereta api dan teksi pulang ke Nottingham Train Station. Selepas itu baru saya dimaklumkan yang brother Abdus Salam volunteer untuk hantar John Rose ke stesen. dengan tidak semena-mena, beliau (John)) memulangkan wang lebihan untuk teksi sebanyak GBP 7.50. Saya dah cuba tolak (tolak-tolak ayam...=)..hehehe), tetapi beliau berkeras nak pulangkan.

Terharu juga saya apabila beliau sangat jujur. Mantap montoya!

3. Rabbi Cohen pula telah mengajar sesuatu kepada kami. Rupanya good jews sebagaiman beliau tidak akan minum sebarang jus yang dihasilkan withour supervision. Ini merupakan salah satu syarat kosher food Jews yang ternyata lebih sangat ketat kriterianya. Mulanya Zamri, Presiden ISOC kami membisikkan di telinga bahawa dia nampak Rabbi Cohen tidak minum jus epal yang kami sediakan. Kemudian saya bertanya sendiri kepada Rabbi untuk kepastian. Ternyata telahan kami benar belaka...

Minta maaf Rabbi Cohen...lain kali kita layan teh tarik pula ye!

Kesimpulan
Saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita semakin jelas akan konsep Zionism dan Racism. Sama-sama kita berusaha ke arah kemenangan Islam yang bermaksud the restoration of justice in the whole world.

Takbir!

Tuesday, March 17

orang baru

1. kadang-kadang apabila di dalam suasana baru, kita akan rasa lain kurang selesa. Ada orang panggil culture shock.

2. Saya baru selesai 2 minggu 'induction week'. Clinical Phase I (CP I), dan kini memasuk clinical yang proper di minggu ketiga. inshaAllah CP I akan berlangsung selama 16 minggu.

3. Memang terasa kelainannya. Best, pelik, letih, semangat, dan sebagianya. bercampur baur.

4. Semasa di wad 401 pagi ini, saya terpinga-pinga nak buat apa. Lalu seorang lelaki yang introduce dirinya sebagai pelajar CP II terangkan apa yang saya boleh buat di wad ini. Saya terkejut apabila dia kata dia pelajar CP II sebab wajah dan gayanya macam Consultant (doktor senior).

5. Dia pula kata '' I was in your position a year ago''. Betul ke dia ni pelajar CP II?

6. Rupanya dia pelajar GEM. GEM ini maksudnya Graduate Entry Medicine. Mereka golongan yang sudah ada degree dalam bidang lain, dan kemudian mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor. Course mereka hanya 4 tahun berbanding kami selama 5 tahun.

7. Patut la nampak 'senior' semacam je....

Thursday, March 12

Pelapis tanahair

http://img14.imageshack.us/img14/4978/youngkeglers.jpg




Kenangan pasukan tenpin bowling University, pasukan yang ke-6. Bersama penasihat, Lik JIn, yang juga merupakan Presiden Nottingham Malaysian Society. Satu maklis peralihan kuasa akan berlangsung Rabu ini di Nottingham, dan calon yang bakal menggantikan beliau masih belum dihebahkan kepada umum.

Alhamdulillah, Lik Jin ada karisma dan gaya kepimpinan yang tersendiri dalam mengepalai persatuan pelajar di Nottingham. Antara kelebihan persatuan pelajar di Nottingham ialah Malayu dan Cina masih bernaung di bawah satu platform. Di sesetengah tempat, terdapat lebih daripada dua persatuan pelajar Malaysia.

Akhir kata, semoga pemimpin yang bakal terpilih memenuh ciri-ciri adil dan qawiyyun.

Wednesday, March 11

3 perkara

"Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya"

-Rasulullah-

http://farm4.static.flickr.com/3633/3348104808_e23b2ef015.jpg?v=0

Lompatan

Kata-kata hikmah kita pada kali ini ialah;

Sebesar mana pun masalah kita, ingatlah, lebih ramai yang lebih susah daripada kita.

Semua orang ada masalah, cuma pada darjah (degree) yang beza.

Tukarlah perkataan masalah kepada cabaran, ia bakal mematangkan kita.

Cabaran akan membawa kita ke lompatan yang lebih jauh.


http://farm4.static.flickr.com/3425/3347253033_2679c31aeb.jpg?v=0
Mengembalikan kenangan kepada zaman kegemilangan Nur Herman Majid.

Nottingham pernah snow

http://farm4.static.flickr.com/3603/3347236767_9671674c34.jpg?v=0
Tangan sejuk pegang ais tanpa sarung tangan.

http://farm4.static.flickr.com/3634/3348073452_e3d4cd865b.jpg?v=0
Bebola 'hati' semakin membesar dengan setiap 'sepakan' kasih sayang

http://farm4.static.flickr.com/3590/3348074198_3ff6c4e08f.jpg?v=0
Semakin besar, semakin sukar di tolak

http://farm4.static.flickr.com/3584/3348074960_c40938f4c9.jpg?v=0
Boleh minta orang lain sepakan?

44 minit

http://img27.imageshack.us/img27/8333/derby.jpg
Peta daripada Nottingham ke Hospital Derby

Saya seorang pelajar perubatan di Nottingham University. Sekarang sedang attachment di Derby Hospital untuk sessi Clinical Phase I saya selama 16 minggu.

Di Derby ada dua hospital. Satu hospital yang baru (dan masih belum siap sepenuhnya) namanya Derby City General Hospital. Memang sungguh besar sekali hospitalnya.

Sebuah lagi hospital yang jaraknya lebih kurang 5 - 10 minit daripada Derby City General Hospital ialah Derbyshire Royal Infirmary. Infirmary ialah kata seerti di dalam bahasa Inggeris kepada perkataan Hospital, tapi ia merupaka sebuah perkataan klasik. Tidak lama lagi, seluruh bahagian di hospital ini akan dipindahkan sepenuhnya sebelum 2011 ke Derby City General Hospital.

Sepanjang 2 minggu pertama, pihak universiti menyediakan bas percuma. Lepas ini , kena ikhtiar sendiri. Perjalanan di dalam bas mengambil masa lebih kurang 44 minit.

44 minit merupakan satu tempoh yang agak lama. Namun apabila melabuhkan diri di kerusi bas dua tingkat yang biasa kami naiki, sedar tak sedar, dah sampai pun ke Derby. Rasa sekejap sangat. Terutamanya apabila balik pada waktu petang.

Terasa lah sangat singkat masa yang ada. Cuti easter yang biasanya 4 minggu bagi kebanyakkan pelajar, hanya tinggal 4 hari sahaja bagi kami pelajar CP I. 4 minggu menjadi 4 hari!

Tapi saya rasa seronok sangat sebab dapat merasakan masa lebih berharga. 5 minit pun rasa macam-macam boleh buat.

Semasa berada di Mesir, saya sempat bersama sahabat saya Harun dan Effy Saiful ke kelas tuisyen medic yang mereka hadiri. Kagum sungguh. Mereka berdua pelajar perubatan tahun tiga di al-Azhar. Kami di sini memang tak ada lah kelas tuisyen sedemikian rupa, sebab kalau ada pun mesti maha! Seorang Cikgu mengajar 9 orang pelajar di dalam bulatan.

Melihat usaha dan peluang mereka belajar di sana memang memberikan saya semangat yang sangat kuat untuk belajar.

Semasa di sana juga saya sempat menghantar pulang dua orang doktor yang baru sahaja grad. Dua orang senior sekolah lama. Seronok melihat mereka yang menjadi inspirasi semasa kita di bangku sekolah dulu, dah selamat dan berjaya menjadi seorang doktor.

http://farm4.static.flickr.com/3598/3348035448_b0145e3c71.jpg?v=0
team menghantar Shuib (kot kelabu di tengah) di Lapangan Terbang Cairo. Shuib batch SPM 2001

http://farm4.static.flickr.com/3463/3348035454_a468be080b.jpg?v=0
team menghantar Dr Tuan Hazri (kot hitam belang) di Cairo. Disebabkan kami letih, angkat beg turun bawah bangunan je. Tak sampai Airport. Tuan Hazri batch SPM 2000.


Peluang menghantar mereka selamat bergelar doktor merupakan satu peluang yang memang tak disangka-sangka. Memetik kata-kata sahabat saya, Harun, cuba bayangkan, semasa kami di sekolah 7 - 8 tahun yang lalu, siapa sangka, ketentuan Allah, bertemu di Mesir bumi anbiya'? hehe....

Memang sesungguhnya, dalam hidup ini kita akan bertemu dan berpisah dengan orang yang tidak disangka-sangka di tempat yang berbeza....tunggu sahajalah...

Tuesday, March 10

Nama singkatan

Masuk klinikal memang agak sibuk. Dah semakin jarang saya membuka emel sejak bermula klinikal pada 3 Mac lalu. Setiap hari saya commute ke Derby yang terletak kira-kira 45 minit daripada Nottingham. Kalau naik kereta, mungkin dalam 30 minit sahaja, namum kami disediakan bas secara percuma sepanjang induction week kami di Derby Hospitals.

Saya teringat cerita Ustaz Mat La Pin Meng, atau nama Melayu nya, Ahmad Soleh, yang belajar lughoh (bahasa Arab) semasa perjalanan saya di Mesir baru-baru ini. Dia memandu kereta semasa kami dalam perjalanan ke Alexandria (Iskandariah).

Dia ada ajar kami dalam bahasa Arab, ada beberapa nama yang ada nama manja atau nama pendek yang biasa di gunakan dalam masyarakat Arab. Contohnya;

Fatimah dipanggil Batah
Khadijah dipanggil Duggah
Mustafa dipanggil Darsh
Mahmud dipanggil Hudah
Asma' dipanggil Smuia

Menarik sungguh sebab tak pernah tahu sebelum ini.

Monday, March 2

post-viva

Semasa saya di tahun pertama, ada sahabat menghantar mesej teks kepada saya untuk mendoakan seorang post-grad yang akan menghadapi viva tidak lama lagi. Viva untuk projek phd beliau. Sememang saya terkedu memikirkan viva ni apa. Cuma yang saya faham, kena lulus viva barulah kita dikira selesai phd dan sudah bergelar Dr.

Alhamdulillah pada 2 minggu yang lepas saya selamat menjalani viva sayan sendiri. Siapa sangka, saya juga akan mempunyai viva yang mensti dihadapi dengan penuh persediaan sebab orang akan menghitung dan mempersoalkan seribu satu pertanyaan (hiperbola ni, tidaklah sampai seribu soalan) berkenaan projek research saya pada semster lepas. Memang penuh debaran. ini membuatkan saya terfikir, debaran ketika perhitungan Allah kelak pasti lebih berganda debaran dan kecuakannya.

Viva saya dijadualkan pada jam 1110 pagi, namun saya dipanggil masuk pada jam 1120 pagi. dan alhamdulillah, viva saya berlangsung selama hanya 15 minit daripada 20 minit yang dijanjikan.

alhamdulillah saya berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh 3 orang examiner yang telah membaca dan menanda dissertation saya terlebih dahulu. Selesai jam 1135, saya dibenarkan keluar. Ketika itu, hati saya memang menjeit kegembiraan kerana tak sangka habis sebegitu cepat.

akhir kata, semoga research saya diterima dan mendapat markah yang bagus di sisi examiner, dan mampu memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada dunia perubatan.