Pada suatu hari, ketika sedang makan tengah hari di restoren tingkat 5 Derby City General Hospital bersama-sama Parag dan Wendy, kami bersembang-sembang berkenaan isu semasa.
Kami mulakan dengan keadaan politik di Mesir, kemudian menjelajah pula keadaan politik di Malaysia, kemudian keluar pula topik pilihanraya kecil yan bakal mendatang, parti-parti politik di Malaysia, kebajikan pelbagai kaum dan kemudian kami berbincang mengenai isu gay dan entah bagaimana kami sampai ke topik jihad.
''what exactly Jihad means?'' tanya Parag yang memang nampak blur setelah dengan penuh semangat bercerita sebentar tadi.
''what do you know about jihad'' saya bertanya kembali, ingin tahu sejauh mana beliau tahu.
Ternyata fahaman jihad yang mereka berdua tahu ialah membunuh dengan justifikasi jihad.
''you see, actual jihad means to strive and do the very best in everything that you do...to strive with might and main'' saya cuba explain serba sedikit apa yang saya ingat semasa kuliah Maghrib Mr Zaidi di KYUEM 3 tahun yang lalu.
''and the holy war is just a part of it. obviously you have to defend yourself if somebody tries to kill you!'' ujar saya lagi.
''when you see me sleeping during lectures, that doesn'y comply to the principle of jihad'' saya cuba memberikan contoh agar mudah 2 sahabat ini faham, walaupun terkena ke batang hidung sendiri.
Memang sepanjang 2 minggu pertama semasa induction week Clinical Phase I, saya tertidur dalam hampir kesemua lecture. Mungkin kerana perlukan masa untuk menyesuaikan diri, kerana ini juga berlaku semasa saya masuk tahun pertama fakulti perubatan pada tahun 2006.
Kami terus berbincang sehingga hampir 1.15 tengah hari, dan saya terpaksa meminta diri untuk solat Zohor.
''orait guys, I need to pray now''
''see you in the ward at 2'' balas Wendy.
''ok. to prove my jihad, i'll be there 10 minutes earlier!'' ujar saya dengan penuh semangat sambil dibalas dengan senyuman oleh Parag dan Wendy.
Kesimpulan: Beza sungguh 'jihad' yang kita dengar dalam ceramah dan 'jihad' secara praktikalnya. Yang bukan Islam tak datang ceramah, jadi mereka nampak 'jihad' yang kita praktikkan. Maka, jadikan jihad sebahagian daripada gaya hidup kita.
No comments:
Post a Comment