Selesai sudah putaran (baca: rotation) pertama saya untuk Clinical Phase I iaitu General Medicine yang berlangsung selama 2 minggu. Ada banyak pengajaran dan ilmu yang sayaa sempat timba yang akan saya tuangkan di sini;
1. Semasa di wad, saya banyak bertemu dengan pesakit yang tua. Sering saya fikirkan, para pesakit yang tua-tua belaka ini, mesti gagah perkasa dan kacak, perawan, cantik dan cun melecun semasa mudanya. Namun segalanya telah dimakan usia, dan nak bergerak pun semakin sukar. Memang sedih melihat para pesakit menderita sakit pada usia tua, lebih-lebih lagi yang ditinggalkan tanpa ada penjaga.
Satu ayat Quran daripada surah Yaa Sin sering terngiang-ngiang di telinga saya;
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Yaa Sin, ayat 68.
Bahkan semasa salah satu ward round, kami masuk ke sebuah bilik untuk memeriksa seorang mak cik ni. Namun, seribu kali saya, dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Memang terkejut juga saya pada mulanya sebab tak sangkan akan berlaku sedemikian (walaupun berada di hospital).
2. Alhamdulillah, assessment yang baru selesai pada pagi ini, membuatkan saya lebih yakin atau dalam bahasa Inggerisnya orang panggil 'confident' dalam membuat Cranial Nerve Examination dan Peripheral Nerve Examination. Sesiapa yang ada merasakan pening-pening lalat, mata kabur dan sebagainya, mai berubat noh....
Setakat itu sahaja coretan putaran pertama, nantikan putaran kedua minggu hadapan yang bertajuk 'putaran badan'.
3 comments:
bagusnya, keep on writing~!
anyway,
agak kepeningan membaca..
mgkn disebabkan salah taip...
contohnya:
"Namun, seribu kali saya, dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini"
salam~
erm,saya dayah,getting to know you when you came to smapl last year and once we had a chat through ym.
i am going to have an interview,jpa one,this 31 march.
seriously,the competition for jpa scholarship is really tough.
2500 students applied meds course but only 300 lucky students will be selected.
this month is seriously quite tough for me,after having big smile on spm result,now i have to squeeze out my brains preparing for the interview.haha!
wish me luck on the interview~if it is my rezeki,uk will be my next destination....
'comel'la entri daus kebelakangan nih-mksudnya dr gaya penulisan tu cm budak2 cket(i mean it in good way taw)keep up ur good work bro!!erm,jgn tidoq dlm klas lg taw..hehe
Post a Comment