Monday, March 23

symposium di utara..

Lagi cerita Dextrocardia
Dextrocardia
sangat jarang, hanya berlaku pada 8 orang daripada sejuta orang. Tetapi siapa sangka saya berjumpa seorang makcik yang mempunyai jantung di sebelah kanan dada pada minggu pertama rotation General Medicine saya.

Semasa symposium perubatan Islamic Medical Associaion of Malaysia yang baru berakhir di West Yorkshire semalam, saya berpeluang bertemu Dr Arif, atau fondly known as Arif Buff. Beliau merupakan bekas pelajar perubatan di University of Manchester.

Dia menceritakan yang pada minggu pertama beliau menjalani klinikal semasa di Medical School dulu, sebanyak 2 kes Dextrocardia yang beliau jumpa, sehinggakan dia menyangkakan yang kondisi ini sangat prevalent! Namun nak dijadikan cerita, sampai sekarang ini pun (dah jadi doktor), beliau masih belum ketemu pesakit dengan Dextrocardia.

West Yorkshire
Rombongan warga Nottingham ke symposium perubatan pada kali ini di Hebden Hey Scout Centre pada kali ini telah turut disertai seramai 7 orang, iaitu;

Firdaus (saya sendiri) -perubatan tahun 3
Muhammad Faisal Zulkifli @ Cha - perubatan tahun 2
Nur Suhaila Binti Zulkifli - Biologi tahun 1
Siti Khadijah Binti Ahmad Khairi -Biology tahun 1
Norhana Mohamed Ali - perubatan tahun 1
Nurul Elyani Ruslan - perubatan tahun 1
Norhana Zainal - perubatan tahun 1

Saya sendiri pergi ke symposium atas kapaciti sebagai facilitator untuk beberapa aktiviti di dalam kumpulan. Berikut merupakan ahli grup saya;

Group Eight the Great
Erwina Nursyaheera Sulaiman (FC perempuan, Cardiff)
Izyan Munirah Mohamed Dahlan
Nur Diana Binti Ismail
Wan Asma Mardiana Bt Wan Abdullah Sani
Nurul Jannah Binti Mohd Sharif
Muhd Alwi Muhd Helmi (ahli grup paling comel)

Alhamdulillah, symposium pada kali ini sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi para peserta yang sangat sedikit dan tempat program yang sangat unik. Saya paling tertarik semasa sessi latihan triage (sebut: Thre-aj) semasa practical session "the extreme medicine".

Triage
Menurut definisi, triage ialah sebuah proses membahagikan pesakit kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada betapa teruk kondisi mereka. Triage mengikut sejarah yang tercatit dimulakan oleh doktor Perancis semasa perang dunia pertama (sebab tu sebutannya kena ada loghat French). Namun, pastinya triage ini sudah wujud sejak zaman berzaman, cuma ia tidak dinamakan sedemikian.

Kita melakukan triage semasa berlaku kegawatan (GAWAT sih!!) seperti dalam suasana gempa bumi atau kebakaran besar dengan membahagikan mangsa kepada ~empat kumpulan;

1) Those who are likely to live, regardless of what care they receive;
2) Those who are likely to die, regardless of what care they receive;
3) Those for whom immediate care might make a positive difference in outcome
4) Those for whom less immediate care might make a positive difference in outcome

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/56/Triage_tags_%28Tokyo_Fire_Department%29.jpg
Gambar menunjukan label triage yang di letakkan pada mangsa menandakan kumpulan mereka.
Ini label triage daripada negara Jepun yang selalu kena gempa bumi.


Terima kasih kepada Dr alhady atas perkongsian ilmu triage yang sangat berguna.

Thanks
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu atas pengajuran symposium pada tahun ini. Tentunya kepada pengarah program, saudara Faizal Zulkhifli, fondly know as Pejai, sahabat baik saya yang telah memimpin pasukan dengan baik sekali. Walaupun senyumannya masih lagi senyuman tak jadi.(hehehe..) namun inspirasi Pejai harus kita julang bersama.

Kepada Adibah Abdullah daripada Manchester selaku ketua modul yang telah menghasilkan perancangan aktiviti yang saya kira cukup unik dan memuaskan hati kami yang girang ini. Terima kasih kerana telah memandu kami FC yang amatur ini.

Kepada Rushdina Leicester selaku yang membuat program booklet yang saya kira sungguh kemas dan smart dan layak mendapat tabik spring. Kepada Hafeez Kamal Hayati yang sungguh bersemangat memastikan program berjalan lancar, sesuai dengan amanah beliau selaku camp commander (wow, jawatan pun gempak). Juga kepada Erwina Cardiff sebagai co-FC yang telah banyak membantu tugasan di dalam kumpulan. Juga kepada 'Aqilah Leicester yang membantu pendaftaran kami dan semua info pack yang telah dihantar.

Dan pastinya kepada Shamsir, tahniah atas kem yang unik (dan comel)...

Semoga Allah membalas semua usaha kita, dan jadilah kita doktor (dan cikgu!) yang baik dan beramanah.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum,

agak menarik kem trsebut~

tetiba ternampak,

"Group Eight the Great
Erwina Nursyaheera Sulaiman (FC perempuan, Cardiff)
Izyan Munirah Mohamed Dahlan
Nur Diana Binti Ismail
Wan Asma Mardiana Bt Wan Abdullah Sani
Nurul Jannah Binti Mohd Sharif
Muhd Alwi Muhd Helmi (ahli grup paling comel)"

oh, nur diana binti ismail.
macam kenal~ :)