Wednesday, March 11

44 minit

http://img27.imageshack.us/img27/8333/derby.jpg
Peta daripada Nottingham ke Hospital Derby

Saya seorang pelajar perubatan di Nottingham University. Sekarang sedang attachment di Derby Hospital untuk sessi Clinical Phase I saya selama 16 minggu.

Di Derby ada dua hospital. Satu hospital yang baru (dan masih belum siap sepenuhnya) namanya Derby City General Hospital. Memang sungguh besar sekali hospitalnya.

Sebuah lagi hospital yang jaraknya lebih kurang 5 - 10 minit daripada Derby City General Hospital ialah Derbyshire Royal Infirmary. Infirmary ialah kata seerti di dalam bahasa Inggeris kepada perkataan Hospital, tapi ia merupaka sebuah perkataan klasik. Tidak lama lagi, seluruh bahagian di hospital ini akan dipindahkan sepenuhnya sebelum 2011 ke Derby City General Hospital.

Sepanjang 2 minggu pertama, pihak universiti menyediakan bas percuma. Lepas ini , kena ikhtiar sendiri. Perjalanan di dalam bas mengambil masa lebih kurang 44 minit.

44 minit merupakan satu tempoh yang agak lama. Namun apabila melabuhkan diri di kerusi bas dua tingkat yang biasa kami naiki, sedar tak sedar, dah sampai pun ke Derby. Rasa sekejap sangat. Terutamanya apabila balik pada waktu petang.

Terasa lah sangat singkat masa yang ada. Cuti easter yang biasanya 4 minggu bagi kebanyakkan pelajar, hanya tinggal 4 hari sahaja bagi kami pelajar CP I. 4 minggu menjadi 4 hari!

Tapi saya rasa seronok sangat sebab dapat merasakan masa lebih berharga. 5 minit pun rasa macam-macam boleh buat.

Semasa berada di Mesir, saya sempat bersama sahabat saya Harun dan Effy Saiful ke kelas tuisyen medic yang mereka hadiri. Kagum sungguh. Mereka berdua pelajar perubatan tahun tiga di al-Azhar. Kami di sini memang tak ada lah kelas tuisyen sedemikian rupa, sebab kalau ada pun mesti maha! Seorang Cikgu mengajar 9 orang pelajar di dalam bulatan.

Melihat usaha dan peluang mereka belajar di sana memang memberikan saya semangat yang sangat kuat untuk belajar.

Semasa di sana juga saya sempat menghantar pulang dua orang doktor yang baru sahaja grad. Dua orang senior sekolah lama. Seronok melihat mereka yang menjadi inspirasi semasa kita di bangku sekolah dulu, dah selamat dan berjaya menjadi seorang doktor.

http://farm4.static.flickr.com/3598/3348035448_b0145e3c71.jpg?v=0
team menghantar Shuib (kot kelabu di tengah) di Lapangan Terbang Cairo. Shuib batch SPM 2001

http://farm4.static.flickr.com/3463/3348035454_a468be080b.jpg?v=0
team menghantar Dr Tuan Hazri (kot hitam belang) di Cairo. Disebabkan kami letih, angkat beg turun bawah bangunan je. Tak sampai Airport. Tuan Hazri batch SPM 2000.


Peluang menghantar mereka selamat bergelar doktor merupakan satu peluang yang memang tak disangka-sangka. Memetik kata-kata sahabat saya, Harun, cuba bayangkan, semasa kami di sekolah 7 - 8 tahun yang lalu, siapa sangka, ketentuan Allah, bertemu di Mesir bumi anbiya'? hehe....

Memang sesungguhnya, dalam hidup ini kita akan bertemu dan berpisah dengan orang yang tidak disangka-sangka di tempat yang berbeza....tunggu sahajalah...

3 comments:

Anonymous said...

hamboi..bola hati ape yg membesar tu?
siap ngn sepakan kasih syg lagi...

Effy Saiful said...

slm firdaus..simkadnye blm dpt lg,since aku blm jmpe ust syed kadir lg..i allah bebile aku jmpe nnti aku amek la ;) ok

terharunye nama aku disebut kat blog ko =p hehe

kher said...

owh kaytee aku sedih sebab ko xnak datang Jordan.