1. kadang-kadang apabila di dalam suasana baru, kita akan rasa lain kurang selesa. Ada orang panggil culture shock.
2. Saya baru selesai 2 minggu 'induction week'. Clinical Phase I (CP I), dan kini memasuk clinical yang proper di minggu ketiga. inshaAllah CP I akan berlangsung selama 16 minggu.
3. Memang terasa kelainannya. Best, pelik, letih, semangat, dan sebagianya. bercampur baur.
4. Semasa di wad 401 pagi ini, saya terpinga-pinga nak buat apa. Lalu seorang lelaki yang introduce dirinya sebagai pelajar CP II terangkan apa yang saya boleh buat di wad ini. Saya terkejut apabila dia kata dia pelajar CP II sebab wajah dan gayanya macam Consultant (doktor senior).
5. Dia pula kata '' I was in your position a year ago''. Betul ke dia ni pelajar CP II?
6. Rupanya dia pelajar GEM. GEM ini maksudnya Graduate Entry Medicine. Mereka golongan yang sudah ada degree dalam bidang lain, dan kemudian mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor. Course mereka hanya 4 tahun berbanding kami selama 5 tahun.
7. Patut la nampak 'senior' semacam je....
No comments:
Post a Comment