Monday, March 2

post-viva

Semasa saya di tahun pertama, ada sahabat menghantar mesej teks kepada saya untuk mendoakan seorang post-grad yang akan menghadapi viva tidak lama lagi. Viva untuk projek phd beliau. Sememang saya terkedu memikirkan viva ni apa. Cuma yang saya faham, kena lulus viva barulah kita dikira selesai phd dan sudah bergelar Dr.

Alhamdulillah pada 2 minggu yang lepas saya selamat menjalani viva sayan sendiri. Siapa sangka, saya juga akan mempunyai viva yang mensti dihadapi dengan penuh persediaan sebab orang akan menghitung dan mempersoalkan seribu satu pertanyaan (hiperbola ni, tidaklah sampai seribu soalan) berkenaan projek research saya pada semster lepas. Memang penuh debaran. ini membuatkan saya terfikir, debaran ketika perhitungan Allah kelak pasti lebih berganda debaran dan kecuakannya.

Viva saya dijadualkan pada jam 1110 pagi, namun saya dipanggil masuk pada jam 1120 pagi. dan alhamdulillah, viva saya berlangsung selama hanya 15 minit daripada 20 minit yang dijanjikan.

alhamdulillah saya berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh 3 orang examiner yang telah membaca dan menanda dissertation saya terlebih dahulu. Selesai jam 1135, saya dibenarkan keluar. Ketika itu, hati saya memang menjeit kegembiraan kerana tak sangka habis sebegitu cepat.

akhir kata, semoga research saya diterima dan mendapat markah yang bagus di sisi examiner, dan mampu memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada dunia perubatan.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah :)