Tuesday, March 31

Mencari Pyloric Plane






Ini gambarajah badan manusia. Hari ini kita akan belajar bahagian perut, atau dalam istilah khasnya ialah abdomen.

Untuk memudahkan ahli bedah potong perut dan kenal pasti apa yang ada di sebalik perut, kita bahagikan bahagian ini kepada 9 bahagian sepertimana yang anda boleh baca di atas.
Cuba tengok line mendatar yang atas sekali,yang berlabel transpyloric plane (line). Tahukah anda mengapa ia dinamakan sedemikian?

Garisan ini sungguh istimewa kerana ia menjadi garis tengah antara sempadan leher (lekuk V di gambarah di atas) dan sempadan bahagian kemaluan kita (kalau nak tahu, nama glamernya symphysis pubis)

Tapi kalau nak tahu garis tengah ni macam mana? ukur guna pembariskah? Ish, tidak lah sampai macam itu. kita ada cara mudah=)

Tips: biasanya garisan ini akan memotong hujung tulang rusuk yang ke sembilan.(jadi anda boleh mula mengira tulang rusuk anda)

Istimewanya line ini; di belakang garisan ini ada pylorus (sebab tu namanya pyloric plane).

Apakah pylorus? : Rileks, jangan gelabah walaupun namanya macam walrus. Anda tahu yang kantung perut bersambung dengan usus kan? sebenarnya, sebelum kantung bertemu dengan deodenum dahulu, barulah bertemu dengan usus kecil.
perut --> duodenum --> usus kecil

Maka, pylorus ialah sempadan antara perut dan duodenum!

Mudah bukan? tidakkah kita terfikir, daripada tengok di luar sahaja, kita boleh teka apa yang ada di dalam. Menarik bukan ciptaan Allah?
Mari kita 'ziarah' surah Maryam di dalam Quran. Surah ini sungguh istimewa kerana namanya sempena ibu kepada Nabi Isa.Bahkan di dalam Bible pun tiada ada nama 'book' khas yang namanya Mary.
Ayatnya 66-67.
“Dan berkata manusia: "Betulkah apabila aku telah mati, bahwa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?"
Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada sama sekali?”


Sesungguhnya memang kita akan dibangkitkan.

2 comments:

udon said...

at current rate, aku rasa we can finish Gray's Anatomy dalam masa 20 tahun. not bad for long distance learning. haha. keep on beb. tell about knee, buleh? aku ada masalah sakit lutut. haha...

Anonymous said...

Тhіs pагаgraph gives cleаr idеa deѕіgned for the neω viѕitors of blogging, that actually hoω tο do bloggіng anԁ site-builԁing.


Looκ at my pagе - erotic massage
Also see my website - erotic massage in london company