Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.
Sunday, November 30
Jejak Kasih
yang dekat kita mesrakan
Yang mesra kita serasi,
Sungguh syahdu dan menyedihkan pertemuan ini..Hampir bergenangan air mata ku lihat rancangan Jejak Kasih yang menjadi antara rancangan kegemaran ku lebih kurang 13 tahun yang lalu...
Terpisah
Sepasang kembar berbangsa Cina, terpisah selama 57 tahun. Takdir Allah menentukan seorang telah mengikut keluarga Melayu beragama Islam dan seorang lagi telah mengikut keluarga India dan berbangsa Buddha.
MashaAllah...terpisah secara geografi, bangsa, budaya dan paling penting sekali agama.
Pertemua perpisahan di tangan Allah. Maha Suci Allah yang telah mempertemukan dua saudara kandung ini. Sayang sekali si kembar yang berada di Singapura (Rama'i) masih belum mendapat hidayah Islam.
Akan tetapi, adakah kita perlu menanti semua orang memeluk agama Islam sebagaimana si kembar (Halimah) yang tinggal bersama-sama keluarga Muslim ? Mengikut Islam suasana? Kalau dihumban ke keluarga Kristian, maka menjadi Kristian?
Natrah
Ini mengingatkan saya akan kisah Natrah, seorang gadis Belanda yang dibesarkan dalam keluarga Muslim, kemudian gadis Muslim ini dirampas dan dikembalikan ke dalam keluarga Kristian. Antara yang 'mengorbankan' diri mempertahanakan aqidah Islam Natrah ialah saudara Burhanuddin Al-Helmy, antara tokoh terulung di zaman pertengahan abad lepas...sehingga dimasukkan ke dalam penjara..Subhanallah... inilah pengorbanan tokoh sejati..
Kepada yang ingin tahu lanjut, boleh search dahulu di Google tentang kisah tragis ini..
Saturday, November 29
Belasungkawa Datuk Razali Ismail
-Tuan Guru Hadi Awang, yang sedang berada di Makkah untuk mengerjakan haji-
"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat),"
- Mat Sabu, yang ditewaskan Allahyarham ketika Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dengan 628 undi-
"Semasa arwah jatuh terlentang, Allahyarham sempat menyebut kalimah Allahuakbar, kami yang berada di situ agak panik dan bergegas telefon ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan,"
-Azmi Ariffin, saksi kejadian-
"Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan beliau meninggal dunia,"
-Pak Lah, perdana menteri malaysia ke-5-
sebuah kisah benar yang dikongsikan oleh sahabat saya, Faisal Zulkifli @ Cha. Beliau merupakan anak Terengganu yang kini tinggal di Shah Alam, Selangor.
In the name of ALLAH, the most Gracious and Merciful GOD..
Salam semua
Sewaktu pulang ke rumah tadi selepas solat Jumaat, saya dikejutkan dengan satu message daripada bonda tercinta, yang mengatakan Datuk Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah pada jam 630 ptg waktu Malaysia sebentar tadi..
Untuk pengetahuan semua Allahyarham adalah merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu mewakili BN dan juga merangkap jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ketika ini...sebak sebentar saya ketika mendengar berita tersebut, dan allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton bersama rakan2...Innalillah
Saya masih dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka berita tersebut diterima pada penghulu hari nih...saya kenal rapat dengan anak nya, yang kini belajar di US...mengenangkan Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat rendah diri dan baik hati..terngiang2 di kepala saya nih bila teringatkan satu ketika semasa mkn tenghari bersamanya, walaupun die seorang MP (tym tuh die masih lg pengerusi ptptn), tetapi kerendahan diri dan tutur bicara Allahyarham benar2 membuatkan saya kagum...dan hak bes tuh mkn duk sebelah die, kongsi budu semangkuk ngan die...malah die sentiasa tidak lupa utk ajak drebar die mkn satu meja (sbb die sendri dtg dr keluarga y sederhana)..
mmg allah lebih sayangkan allahyarham dlm usia yang muda itu...sama2 la kite muhasabah balik, mati tidak mengenal usia dan bila2 masa saje boleh menjemput kite yang kerdil nih..
ps- ak pelik kenapa depa sebok nak persoalkan isu sajak kematian, n mahukan ia di hentikan serta merta di sekolah2, tp kite lupa yang kita tiada kuasa untuk hentikan kematian itu sendri kan..so sama2 la kite renungkan..
Alasannya mudah je, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!
Sabda Nabi SAW:
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)” Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.
Friday, November 28
Covering Faults of the Muslims
tanya Ahmed sebaik sahaja beliau masuk ke Prayer Room City Hospital. Jam pada ketika itu menunjukkan jam 1305 tengahari.
''hehe..this week is Ismail's turn..ask him''
balas saya sambil memandang ke arah Ismail yang senang bersiap mengambil wudu'. Ismail menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih-sengih.
Saya hanya menerima soalan Ahmed sebagai satu gurauan. Biasalah Ahmed, kalau buat lawak, satu department bising! Saya duduk bertafakur, menantikan azan sebelum khutbah bermula. (hampir tertidur dah pon...hehe)
''are you ready now?''
tanya Ahmed kepada saya yang sedang membaca kitab Riyadus Solehin versi English. Saya melihat kepada jam, dan sudah masuk 1317. Prayer room sudah hampir penuh (lebih kurang 25 orang), namun khutbah masih belum bermula!
''ish..biar betik Ahmed ni..mana aku prepare nak bagi khutbah minggu ni..'' bisik hati saya.
Kemudian saya pun memberikan isyarat kepada beberapa orang senior doktor yang berada di saf belakang Ahmed. Adus..semua menggelengkan kepala...macam mana ni?
Lalu, memandangkan Asar yang masuk awal (1338 tengah hari), saya pun bangkit dan menuju ke depan ..berdebar-debar masa ni...buku Riyadus Solehin di genggaman saya bawa bersama.
Saya teringat semasa warung Dunkirk semalam, Shafie ada memberikan tugasan untuk menyampaikan sebuah hadith. Semasa dalam proses mencari hadith tu, terjumpa sebuah hadith dan pada saat ini, saya teringat hadith tersebut. Lalu saya cari hadith ini ketika Ahmed melaungkan azan sebelum Khutbah.
''Allahu akbar..Allahu akbar...''
Lalu, dengan tidak semena-mena, dan dengn penuh rasa kerdil (emphasise added) sangat, saya pun jadilah khatib Jumaat kali ini..mashaAllah. ini memang pengalaman yang sukar nak dilupakan. Pengalaman menjadi khatib secara spontan!
Ingin saya kongsi hadith yang saya saya jadikan tajuk khutbah saya. Saya pilih tajuk ini sebagai satu nasihat buat diri saya. Agar saya dapat tarbiyah diri ini.
Hadith pertama;
of the one who covers up the faults of the others in this world".
"Every one of my followers will be forgiven
except those who expose (openly) their wrongdoings.
An example of this is that of a man who commits a sin at night which Allah has covered for him,
and in the morning, he would say (to people): "I committed such and such sin last night,'
while Allah had kept it a secret.
During the night Allah has covered it up
but in the morning he tears up the cover provided by Allah Himself.''
Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Tajuk atau tema yang saya berikan kepada khutbah ini ialah;
'Covering Faults of the Muslims'
MashaAllah, these are beautiful ahaadith from Rasulullah saw.
daripada hadith pertama , dapat dilihat, bagaimana Islam mengajar kita adab sesama Muslim. Walaupun orang buat salah, tak perlulah kita nak kecoh-kecoh.. Kalau tak, kat akhirat, malu besar kita.. aib kita semua ni..mashaAllah, banyak bangat sih...
daripada hadith kedua, kita lihat bagaimana kasih sayang Allah. Ada sebuah hadith lagi menyatakan, Allah hanya menampakkan 1 daripada 100 bahagian kasih sayangnya di dunia ni..mashaAllah..itu pun dah cukup banyak. Oksigen, masa, tenaga, harta.. (and the list goes on and on..infinitely)
Allah ialah Ar-Rahim
Allah Maha Kasih Sayang sehinggakan kesalahan lelaki yang disifatkan di dalam hadith ini Allah tutup. Namun apabila tiada sifat malu, kali ini, bukan orang lain, dirinya sendiri membuka pekung di dada!
Teringat sebuah hadith yang popular, (ada dalam kitab Hadith 40 Imam Nawawi) yang akh Shuaib Yahya (f5 semasa saya f3) pernah berikan semasa tazkirah selepas bacaan Ma'thurat di SMAPL dulu, pada tahun 2000. Bila dengar hadith ni dulu, memang meremang bulu roma!
Kita lihat bagaimana seruan agar kita menjaga sifat malu (al-Haya' dalam bahasa Arab) ini mempunyai sejarah yang panjang...Semua Nabi asyik, bersemangat dan bersungguh-sungguh menyampaikan nasihat ini. Berbanggalah kalau kita dapat mengamalkannya.
Kemudian, saya akhiri khutbah pertama dengan kelebihan mendoakan sahabat. hadith in banyak kali diulang semasa saya menhabiskan A-Level saya di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).
"Tiada seorang Muslim yg berdoa untuk saudaranya dalam keadaan saudaranya tidak tahu, melainkan Allah swt akan hantarkan malaikat dan malaikat itu menyebut: bagimu seumpama yang engkau doakan"
(Riwayat Muslim)
InshaAllah, kena usaha sungguh2 nak amalkan hadith ni...
Alhamdulillah,selesai sahaja khutbah kedua, kami terus menunaikan solat Jumaat. Selepas salam, kami tunggu beberapa minit dan terus menunaikan solat Asar. Begitulah rutin kami di musim sejuk ini apabila daytime menjadi sangat singkat.
Ternyatakan pengalaman hari Jumaat ini banyak mengajar saya.
Lesson of the day:
1) Sama-samalah kita mempersiapkan diri tidak mengira di mana juga kita berada. Tarbiyyah diri ialah satu proses yang wajib, dan ia berlaku berterusan. Maximise all potential means to increase our potential as a daie.
2) Bersedialah menyumbang kepada komuniti, masyrakat dan negara kerana tenaga muda kita ini mesti dimanfaatkan seawal mungkin. Lets do dakwah my brothers and sisters. Look into your community, and try to fill in any gaps or vacancy that you could possibly niche into. Tarbiyyah and dakwah are brethrens. They always go together.
From dakwah and tarbiyyah we'll acquire knowledge and wisdom inshaAllah.
Wednesday, November 26
KYUEM di Notts
Ramai juga KYUEM (kolej tempat saya menghabiskan A-Level selepas tamat SPM) di Nottingham ni...ini pun rasanya mungkin ada setengah lagi yang yang tak masuk gambar ni..mashAllah, what a small world
Pengenalan gambar;
Firdaus, Hazwan Arif, Udeng, Ablanc, Akmal Roji, Awie, Toto', Pie, Cha, Ijam, Ruzaini, Shafiq, Arif Sodri, Ahmed Muaz Mustafa Kamal, Hazwan Aziz, Akmal Samudi.
Kak gee, Zaffan, Intan, Maryam, Asma', Wawa, Irina
Semoga semua grad daripada Nottingham dan 'grad' from this dunya cemerlang, inshAllah
Islam di Kandang Salah
Nak tolong promosikan...kalau di Malaysia, berkelapangan, join la talk ni. Kalau di UK, tak payah sibuk2 beli tiket balik Malaysia ....join je program-program ISOC di kawasan anda...baru dapat kelainan sikit...
Sekilas pandang
Menghadiri talk by Brother Moez Masoud. Alhamdulillah as well as the attendence was marvellous although it was rather a last minute preparation. This was my second experience to hear live from him as Bro Moez Masoud did came to KYUEM. That was in 2006.
Lesson of the day: Never ever ponteng talk ISOC. Be proactive in the struggle for knowledge and wisdom.
Jumaat, 21 November
Alhamdulillah, berjaya menjalankan amanah menyampaikan khutbah Jumaat di Prayer room. Jazakallah kepada akh Ahmed, Zubir and Ismail yang banyak memberikan semangat kepada saya untuk memberi. Tajuk khutbah saya ialah 'Unity'
Lesson of the day: Anda mampu mahir english apabila berdakwah di medan yang tepat.
Sayangnya, saya tidak sempat menghabiskan membaca surah al-Kahfi pada minggu ini..ya Allah, berikan ku keberkatan masa.
Sabtu, 22 November
Haziqm sahabat di Dunkirk Jaya menunaikan Haji di baitillah. Semoga mendapat haji yang mabrur.
Orang Kedah menanam jagung
Orang Piccadily menanam serai
Selesai sudah kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Menuju Makkah mengerjakan haji.
Terimalah 2 buah tangan daripada kami di 26 Greenfield Street
Buah tangan 1
Buah tangan 2
Ahad, 23 November
Bertemu dengan 4 orang 'hebat' daripada UKM di carboot..mashaAllah..what a small world
Ustaz Kamaruzaman Yusuf
Pernah belajar di UK pada 1990-an
pemegang PhD dalam kajian Bani Uthmaniyyah
Ustaz Kamal
Lulusan Al-Azhar
PhD di Manchester pada penghujung 1990-an
Prof Dr Siti Rugayah
Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat
Prof Dr Jawiah
Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari
saya lalu menjemput mereka pulang ke rumah saya di 26 greenfield St untuk membolehkan mereka solat jama' Zuhur dan Asar. Kemudianya, dalam jam 330 petang, kami telah bersama-sama makan tengahari di Desi Express di Hyson Green. Atiq, sahabat saya di Nottingham dan sahabat saya daripada Leicester, Fathi Hayyun turut serta dalam perbincangan kami di sana.
Alhamdulillah, seronok berjumpa para cendekiawan daripada tanahair.
Isnin, 24 November
Keadaan semakin menekan...write up perlu dimulakan segera...gunung besar ini perlu mula didaki segera... =(
Selasa, 25 November
ELISA tiga plate saya pada hari ini sememangnya memakan masa yang amat lama...habis hampir jam 6 petang...(di sini sudah masuk waktu isha).
Kemudian saya bergegas ke University Park menaiki bus MedLink. Perjalanan 30 minit dirasakan terlalu lama. Meeting review progress interfaith dialogue bersama Akhi Zamri dan sister Nahar dan sister Maryam pada petang ini terpaksa saya batalkan kerana sudha terlambat
Meeting bersama pegawai JPA perlu saya hadiri. Alhamdulillah sempat berjumpa dengan Cik Nazlinda Zamani yang datang daripada London. Patutlah tidak pernah berjumpa dengan cik ni, kerana beliau baru sahaja bertugas di UK selama 7 bulan.
Meeting yang sangat menyeronokan. Cik Linda sememangnya seorang yang sangat peramah.
Cuma saya sedikit kesal kerana lokasi dinner kami yang saya rasa agak 'mewah' bayangkan, bajet setiap orang kira-kira GBP 20 , dan terdapat ~30 pelajar JPA yang hadir (daripada total 45 di Nottingham).
Berapakah jumlahnya tu? Mahal.....
Anyway, thanks JPA for the first ever official visit since I came to Nottingham.
Thank you Allah for this blessing...
Friday, November 21
Tafsir Tour with Mufti of Zimbabwe (Ismail Menk)
Istimewanya surah Yusof
Memetik talk “Yusuf and the amazing dreamcoat” semester lepas, surah ini satu-satunya surah yang mencerita kisah penuh seorang Rasul sepanjang penceritaannya....wow...fuiyO...subhanallah!
Ingin menjadi jejaka idaman?
Bagaimana tips Nabi Yusuf sehingga para wanita putus jari melihat baginda.
Ingin menjadi wanita idaman?
Do you know who is Zulaikha?.
Surah Yusuf untuk ibu mengandung?
Benarkah ibu mengandung yang mengamalkan surah ini akan melahirkan anak yang cerdas dan kacak?
Economic boom and recession
European Union (EU) buat kali pertama sejak penubuhannya sedang mengalami recession. Bagaimana cara Nabi Yusof menyelesaikan krisis ekonomi pada zaman baginda?
Tarbiyah Anak
Seek first to understand, and the to be understood: Bagaimana komunikasi berkesan sang ayah mendidik anak menjadi insan gemilang
Pemerintahan dan Kenegaraan
Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”
- Kriteria Yusuf dua dimensi: HAFIZ dan ALIM
- HAFIZ : Syariatullah (teliti, amanah, bertanggungjawab)
- ALIM: Sunnatullah (ilmu, kemahiran untuk menjalankan tugas)
- MEMINTA: Passion terhadap pekerjaan => talent is never enough
- Permintaan Yusuf bukan meminta kesenangan sebab Yusuf telah tahu tentang beban kemarau yang bakal mendatang. Ia adalah pengorbanan
- Sultan Abdul Hamid II (the last Ottomons Khalifah) menerima jawatan Khalifah dalam konteks ini, berbeza dengan Khalifah sebelumnya
- Meminta posisi yang paling efektif untuk beliau bertindak.
- Justifikasi terhadap keperluan jawatan dan siasah dalam berperanan.
sumber: saifulislam.com
disclaimer: ulasan ini hanya sekadar memberikan gambaran surah, dan tidak semestinya disentuh semuanya oleh speaker Rabu ini.
Tuesday, November 18
Video Menari
Bradford Hill Causation Criteria- Revisited
Selamat membaca, dan kepada Firdaus, selamat menghadapi exam walaupun batuk tak surut lagi.
Bradford Hill Causation Criteria- Revisited
Association and causation are two different things in epidemiological studies. It is important for medico to appreciate the differences between those two.
Let’s say, today I publish a cohort study entitled “Strawberry can cause amnesia” (I made up this thing, for the sake of example). I found that there is a positive correlation between strawberry and amnesia. Everything is perfect: sample size is big enough, statistical calculation is significant, all major confounding factors have been eliminated etc.At the end of the day I can’t state “Strawberry is a causal factor of amnesia” but “Strawberry is associated to amnesia” unless if I can fulfil Bradford Hill Causation Criteria.In the 1960s, the epidemiologist Austin Bradford Hill proposed a set of criteria which would allow epidemiologists to judge whether an association was likely to be causal.
I will use smoking as a causal factor of lung cancer to explain Bradford Hill Causation Criteria.
1. Strength of association– The risk of people who smoked 15-24 cigarettes a day are 26 times more likely to die from lung cancer than lifelong non-smokers (1)
2. Biologic gradient– The more cigarettes smoked, the greater the risk of cancer(2)
3. Consistency-It has been observed in different types of study, in different study populations (2, 3)
4. Specificity– Don’t over-emphasize the importance of the characteristic – smoking causes several cancers. One of the most notorious is- smoking causes lung cancer (2,4,5)
5. TemporalityLung cancer occurs a long time after smoking is initiated (6)
6. Plausibility– Cigarette is known to contain carcinogens (7,8)
7. Reversibility– Quitting smoking reduces the risk of cancer (9,10,11)
8. IndependenceThe association stands independent of confounding variables, such as class, sex, race, occupation;
As smoking fulfills all Bradford Hill causation criteria, we can make conclusion that smoking is a causal factor of lung cancer and not merely associated to lung cancer.The biggest problem to even associate MMR with autism is there is no temporal relationship between those two.Core and atypical autism cases under 60 months of age and fitted trends by year of birth 1979–92 (12)MMR was introduced in the UK in 1988. But we can see from the graph above there was no trend change of prevalence of autism since 1988. The graph shows steady exponential increase from 1979 to 1987 and keeps the same trend until the end of the study (1992). The increase of autism cases were there, even before MMR was introduced, and keep increasing at the same exponential trend even after MMR had been introduced in 1988. Increase of autism cases are independent of MMR vaccination.Unless new study shows otherwise, we shouldn’t stop vaccination program just because someone or some group of people think so.
Adapted from Vaccination Tutorial, Week 2, Semester 2, Year 2, Queen’s Belfast.
Conveyed by Dr William Moore at Mulhouse Building, Royal Victoria Hospital, Belfast, on 6/2/2008.
Reference:1. Doll, R. and A. Hill, Smoking and carcinoma of the lung; preliminary report. Br Med J, 1950. 2: p. 739-482. IARC, IARC Monographs on the Evaluation of Carcinogenic Risks to Humans: Tobacco smoke and involuntary smoking. Vol. 83. 2004, Lyon: IARCPress.3. Peto, R., et al., Mortality from smoking in developed countries 1950-2000: Indirect estimates from National Vital Statistics. 1994, Oxford: OUP4. Doll, R. and R. Peto, Epidemiology of Cancer. Oxford Textbook of Medicine, ed. D. Warrell, et al. 2003, Oxford: OUP5. Sasco, A., M. Secretan, and K. Straif, Tobacco smoking and cancer: a brief review of the epidemiological evidence. Lung Cancer, 2004. 45: p. S3-S9.6. http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyPages/E/Epidemiology.html7. Hoffman, D. and I. Hoffman, The changing cigarette: Chemical studies and bioassays., in Risks Associated with Smoking Cigarettes with Low Machine-Measured Yields of Tar and Nicotine (Smoking and Tobacco Control Monograph No. 13). 2001, NCI: Bethseda. p. 159-1918. Pfeifer, G., et al., Tobacco smoke carcinogens, DNA damage and p53 mutations in smoking-associated cancers. Oncogene, 2002. 21: p. 7435-519. Doll, R., et al., Mortality in relation to smoking: 50 years' observations on male British doctors. BMJ, 2004. 328: p. 151910. Wakai, K., et al., Decrease in risk of lung cancer death in Japanese men after smoking cessation by age at quitting: Pooled analysis of three large-scale cohort studies. Cancer Sci, 2007. 98(4): p. 584-589.11. US DHHS. The Health Benefits of Smoking Cessation: A report of the Surgeon General. 199012. Taylor et al. Lancet, 1998;353:2026-9
Saturday, November 15
Allah MAHA Adil
Membaca heading laporan berita sebuah akhbar tempatan Malaysia ini amat memilukan.
Dan membaca keseluruhan laporan berita ini, menambah keimanan kepada hari Akhirat.
Si pemandu: bawa kereta, langgar orang, heret budak tu sampai 5 km!! bukan 5 meter abang akak, 5 kilometer. Ini halfway Lembah Beringin ke Tg Malim.
Si penunggang/pembonceng: naik motor betiga, tiada lesen, tidak memakai topi keledar... (classical case)
buat pengetahuan semua, ini berlaku pada waktu malam.
Kita nak kata salah siapa? si pemandu atau si mangsa? Mungkin nampak sekali pandang ialah si pemandu, tetapi mungkin si mangsa sangat tidak visible kerana waktu malam. Habis mati katak budak ni... mungkin si pemandu tidak mematuhi halaju pemanduan, atau melanggar lampu merah? Atau si pemandu, setelah tahu dia melanggar (tak kan tak perasan dah langgar kot!!), ingin nak langgar lari, namun tak menyangka seorang telah 'dilarikan' bersamanya?
Mahkamah dunia perlu dan boleh menyelesaikan sekadar yang kita mampu. Namun Allah jugalah yang Maha Adil, dan dapat mengadili kita di mahsyar nanti.
Sebagimana dikatakan mengenai hukuman kepada Bush (anak beranak), hukuman bunuh sampai mati pun belum adil lagi kalau ikutkan kerana beliau dah membunuh beribu jiwa. Kalau geletek sampai mati pun belum padan.
Alhamdulillah adanya akhirat untuk keadilan paling saksama...
Apa-apa pun, sama2 kita bacakan al-Fatihah buat adik Hanafiz. Semoga tenang beliau di barzakh. Kita akan mengiring beliau suatu hari nanti inshaAllah.
al-Fatihah...
Bapa akan saman pemandu rempuh, seret anak 5km
MOHD. HAFIZI Suhairi ditemani ibunya, Yusnita Harun memegang erat batu nisan pusara abangnya, Mohd. Hanafiz di Tanah Perkuburan Besar, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 15 Nov. - Bapa Allahyarham Mohd. Hanafiz, 10, yang maut selepas dirempuh dan diseret sejauh lima kilometer oleh sebuah kereta kelmarin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kenderaan itu.
Suhairi Yusof (gambar), 35, yang percaya anaknya mungkin boleh diselamatkan jika tidak diseret sebegitu jauh, berkata, tidak adil membiarkan pemandu berkenaan terlepas begitu sahaja sedangkan anaknya menemui ajal dalam keadaan azab dan mengerikan.
"Saya tak percaya dia (pemandu) tidak sedar, mengapa dia tergamak biarkan anak saya dalam keadaan begitu dengan terus memecut laju. Sekiranya dia berhenti, mungkin anak saya dapat diselamatkan," ujar Suhairi ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam Khamis lalu, Mohd. Hanafiz yang membonceng motosikal dirempuh sebuah kereta di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang dan diseret sejauh lima kilometer sehingga ke pekan Rantau Panjang.
Semasa kejadian, Mohd. Hanafiz membonceng motosikal yang ditunggangi sepupunya Ridzuan Razali, 19, bersama adiknya, Mohd. Hafizi, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di sebuah kedai runcit berdekatan.
Sepupu mangsa, Ridzuan yang cedera parah masih dirawat di Hospital Pasir Mas manakala Mohd. Hafizi hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama.
Dalam pada itu itu, Suhairi meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Amir Hamzah Ibrahim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu kereta terbabit.
Katanya, pemandu itu yang telah dibebaskan dengan jaminan polis tidak akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti melakukan kesalahan.
Selain itu, katanya, pihaknya juga boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa kerana membiarkan anak mereka membonceng motosikal tanpa mematuhi peraturan jalan raya.
Menurunya, beliau difahamkan, mangsa membonceng motosikal bersama adiknya tanpa memakai topi keledar dan penunggangnya pula dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.
"Janganlah kita menjadi seperti Abu Lahab!"
"Janganlah kita menjadi seperti Abu Lahab!"
Teruja, lalu saya pun memulakan perbincangan dengan beliau;
firdaus rahim: kenapa dengan abu lahab?
centipid_lipan: sebab dia menghalang agama
centipid_lipan: so jgnlah kite d org yg menghalang agama
centipid_lipan: jd
firdaus rahim: apa maksud menghalang agama?
centipid_lipan: maybe kite x rs, sebab kite2 ni cam tolong agama insyaallah
centipid_lipan: tp, sedar x sedar, kalaulah kite dh merancang dalam satu pasukan untuk menolong agama
centipid_lipan: tapi ade sorg dalam pasukan tu buat keje sambil lewa
centipid_lipan: lalai, tidor
centipid_lipan: akibatnye mungkin kerja2 menolong agama slow or tergendala
centipid_lipan: seolah2 menghalang agama
centipid_lipan: so ini peringatan utk aku la
centipid_lipan: jgn slow, kene bekerje seperti yg dirancang
centipid_lipan: amacam? paham?
firdaus rahim: betul2
firdaus rahim: thanks azim
firdaus rahim: aku suka dengar
Ahamdulillah, ini pun turut dikongsi oleh Arif Sodri, housemate saya. Seronok mendengar kupasan padat surah al-Lahab.
Antara kesimpulan;
1. Berusahalah bersungguh to do Islamic dakwah job.
2. Jangan halang orang ke program-program Islamik.
3. Jangan halang juga orang nak beramal.
4. Read a lot to avoid being jahil, because jahil slows you.
Al-Masad
[1]
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
[2]
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
[3]
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
[4]
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
[5]
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
"Janganlah kita menjadi seperti Abu Lahab!"
Wednesday, November 12
Apakah itu ar-raja'?
Saya bangun pagi dalam keadaan batuk-batuk. Suhu badan terasa sangat panas. Innalillahi. Terkena juga saya akan batuk dan demam yang sebelum ini kita hanya mendengar orang sekeliling mendehemkannya.
Nasib baik Hester tidak ke department pada pagi ini. semalam beliau memberitahu yang dia akan berada di rumah , menantikan kedatangan perabot baru ke rumah (and today she told me that she ended up waiting until 4.30 in the evening!). Hester bakal mendirikan rumah tanah tidak lama lagi. Ada sekali beliau menunjukkan cincin pertunangan beliau. Itu yang sakan hias rumah tu!
Maka saya pun tidak ke department hari ni.
Ya Allah, sihatkan lah aku.
Selasa malam
rasanya bagai semakin pulih. lalu saya pun memgagahkan diri keluar bersama Zamri ke Medina to do some shopping menaiki kereta beliau. Sepanjang perjalanan, kami sempat membincangkan beberapa perancangan dalam ISOC dan ada isu-isu hangat! hehe~ tak boleh pulak nak ceritakan di sini.
Sayang seribu kali sayang, sesampainya kami di Medina, sudah tutup rupanya. Subhanallah! rezeki kami di tempat lain nampaknya.
Selasa tengah malam
Double duvet digunakan, sweater tertebal disarung, air madu di minum.
Semoga cepat sembuh, inshaAllah.
Hikmah sakit
Manusia selalunya akan lebih ingat Allah apabila dia sakit atau berasa lemah. Pernahkan sahabat-sahabat mendengar berkenaan ar-raja'?
Ar-Raja'
Teringat saya semasa menjawab soalan exam, kalau tidak salah semasa di dalam tingkatan 3 (subjek Pendidikan Islam), atau di tingkatan 4 (Pendidikan Al-quran dan as-Sunnah). Ada satu soalan meminta saya mengulas apakah maksud al-khauf dan al-raja'.
Biasalah masa tu, asyik nak berlagak pandai (astaghfirullah), memang tak stadi langsung. Kita pun memulakan sessi 'membantai-je-jawab.'
al-khauf : sebab ada belajar bahasa arab, saya pun faham, maksudnya takut, so, ini mesti takut akan Allah. senang je nak goreng ni. =)
ar-raja' : hmm part ni saya tersangkut. seingat saya, ra-ja-a', maksudnya pulang (as in saya pulang ke rumah)..hmmm ..macam mana nak 'goreng' ni..&*%$%...apa pulak maksud pulang dalam kontek beramal ni???
huhu..akhirnya memang soalan tu dapat setengah je, bahagian ar-raja' tak dapat langsung markah..hehehe itulah, ini balasan kepada orang yang malas!!
rupanya, yang ditanya ialah berharap, ie, pengharapan kepada Allah. Alhamdulillah, it was a very good lesson for me, personally.
Ar-raja' merupakan satu ibadah. Apabila ditimpa kesakitan, terasa diri ini lebih hampir kepada Allah. Terasa lemah dan tidak berdaya, dan terasa kerdil sangat. Pengharapan kepada Allah semakin ditingkatkan, sebab kita semakin sedar akan status diri kita.
Satu lagi aplikasi al-khauf dan ar-raja' ialah apabila kita berdoa.
saya terjumpa sebuah tulisan yang amat menarik berkenaan khauf dan raja' ;
Firman Allah Ta’ala:
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampui batas.
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya
dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harapan (akan dikabulkan)
sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
(al-‘Araf:55-56)
Selaku hamba yang dhaif, kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT bagi mendapatkan ampunan dan pertolongan dari Allah guna menelusuri arus kehidupan yang penuh dengan pelbagai mehnah yang rencam.
Bertepatan dengan firman Allah SWT tadi, jelaslah kepada kita untuk berdoa dengan rasa takut tidak diterima dan dengan harapan akan dikabulkan.Itulah yang dikatakan baina khauf wa ar-raja’.Kendatipun demikian, adakah kita selalu mengingati Allah setiap masa ataupun hanya ketika kita dilanda kesusahan atau kesedihan sahaja?
sumber
Semoga Allah menjadikan sakit ini kifarah dosa-dosa yang lalu, dan mendekatkan diri ini kepada-Mu.
Sunday, November 9
Notts Games the return
Nottingham Malaysian Games yang baru sahaja berlangsung semalam boleh conclude in three strong words ; hectic, friendship, and memory.
Hectic: sememangnya kesibukan semalam amat menghairankan saya. Walaupun sudah berada di dalam tahun ketiga, saya masih lagi terlibat secara langsung (walaupun tidak pada mulanya kerana ada exam, dan tugas saya dilakukan oleh Maryam, Asma' dan Cha), di dalam penganjuran. "hmm ...apasal la aku dok sibuk2 Notts Games ni..?" MEMANG HAIRAN bin AJAIB. Semasa summer lepas, Muja KYUEM juga ada bertanya kepada saya, apa yang buat saya bersemangat datang ke kolej. Sewaktu sahabat saya, Azril aka Salam (tahun ketiga Perubatan RCSI) tiba daripada Ireland pada Jumaat lepas, beliau bertanya, "kau masih terlibat ke dalam Notts Games ni?"
Saya pun kadang2 pelik,apa jawapan yang bagus untuk diberikan sebab kita buat kerja-kerja macam ni, tak fikir sangat pun kenapa. Cuma baru-baru ni ada terbaca daripada blog Zaffan (tahun ketiga arkitek) satu entry yang bertajuk "Borak" yang saya rasa bagus untuk menjawab persoalan ini.
Friendship; memang ramai sangat yang datang , dan boleh jumpa beberapa jenis orang;
- yang selalu jumpa
- yang lama dah tak jumpa
- yang selalu dengar nama tapi tak pernah jumpa
- yang pernah jumpa tapi tak ingat nama
- yang baru pertama kali bersua muka.
Kami bergerak ke sana sini membawa orang, barang dan makanan. Akmal (pemilik BMW 5 series di dalam gambar ini, yang berdiri di tengah) telah kami jemput sebagai salah seorang pemandu untuk games ini.
Many thanks to Sit yang telah banyak membantu saya dan Akmal. Sit merupakan sahabat saya ketika di KYUEM dahulu yang kini berada di dalam tahun ketiga perubatan di Edinburgh..huhu universiti yang saya teringin nak pergi dahulu.
Air mineral di dalam botol atas kereta tu adalah untuk para sukarelawan (volunteer)
Gambar ini diambil sebelum kami menghantar 4 orang volunteer perempuan ke Highfield Park (pusat bola jaring (netball))
Salim, Faisal @ Cha dan seorang volunteer perempuan (yang saya tak kenali..minta ampun!!)
Cha memang banyak bekerja keras sepanjang Notts Games pada kali ini. I really owe him my respect. Walaupun sibuk dengan study dan banyak lagi tugasan lain, beliau memberikan sepenuh dedikasi kepada keberlangsungan Notts Games pada kali ini.
Alhamdulillah, banyak influential figures yang mambantu Cha. Muaz, Lik Jin, Hazriq, Akmal Roji, Pie, Salim, Zamri, Irina, Maryam, Asma' Duo Ying dan ramai. lagi..
Gambar ini diambil ketika majlis perasmian pada waktu pagi oleh Datuk Khaleed Nordin.
Saya turut sempat meluangkan masa di Power League (Liga Kuasa ) yang terletak kira-kira 10 minit daripada campus universiti. Sempat berjumpa Head Volunteer for Football, saudara Jamal al-Qasami (amboi, nama Arab lagi!~) , yang berdiri kiri sekali. Turut serta saudara Mas Afzal, Syukri (betul ke?,) dan Amirin.
Amirin merupakan Sports Exco Students Council KYUEM dulu dan Mas merupakan CEO Ecotrip KYUEM zaman dulu. Kedua-duanya merupakan pelajar perubatan tahun kelima, masing-maisng di Dundee dan Sheffield.
Fitri bin Ismail @ Einstein yang kiri sekali. Beliau merupakan Pengarah Muslims Overseas Camp (MOC) , program pre-departure anjuran KYUEM yang sempat saya hadiri ketika cuti musim panas yang lalu. Kini beliau di London..smart la einstein ni..
Syafiq Azzmi, yang kanan sekali pun sempat saya jumpa. KAmi sempat jumpa di Malaysia pada summer lepas sebelum beliau fly ke Cardiff. Yang menariknya, beliau merupakan adik sahabat saya di SMAPL dulu, Judin. Amacam Syafiq, main semalam sampai mana?
Ni pula Aizat, sahabat SMAPL dulu. dia form 3 semasa saya f5. Sekarang di Manchester.
3 presidents - Fairuz Nasir (07/08), Lik Jin (08/09), Akmal Roji (06/07)
Sit, Firdaus Rahim, Syahid Kamaruddin, Hamid, Samsul Warwick.
Abang Hisyam dan isteri..berniaga nasi lemak.
Saya, Nubli, Amirul Akmal (kedua-duanya daripada Belfast), dan Zamri ke rumah beliau malam sebelumnya. Mereka sedang masak pada ketika itu..memang sibuk sangat!
Thursday, November 6
Bonfire Night
Yesterday was a great day. Saya terus ke Hyson Green untuk menyaksikan Bonfire Night daripada City Hospital kerana Shafie telah mengajak saya sejak sekian lama. Rupanya Pie dan Zamri ajak semua warga Warung Dunkirk , sebagai menggantikan pertemua kami malam ni...wow...bravo pie!!
Selepas menyaksikan pertunjukkan bunga api, saya sempat ber'sahur' di Kyber Pass, a very popular spot for a true taste of Pakistan in Nottingham. For a record, its was only my second visit there since I first came here ..hehe..biasalah nak berjimat =). Sekali sekali tak pe lah, dan makanan di sana pun memang sedappppp.
Akashah, Christ, Khaidir, Rizal (baca: Reezal) dan Jamal pun ada sekali. Banyak betul kami makan. Alhamdulillah , semua rezeki are from Allah indeed. Yang paling banyak makan semestinya Jamal..hehehe (jangan marah yea Jamal...)
Dan pagi ni bangun, terus je puasa. Ada dua hadith ni yang saya rasa selalu motivate saya untuk berpuasa Isnin Khamis ni. Especially the very first hadith;
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: “Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa.”
(Riwayat al-Tirmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku.”
(Subul al-Salam).
InshaAllah in akan menjadi salah satu usaha saya untuk melatih sikap think ahead and be futuristic sebagaimana yang disarankan di dalam surah al-Fatihah (Maliki yaumiddin). Semoga Allah beri pahal atas amal ini.
Amin.
Wednesday, November 5
doa buat adik2
web sekolah memang ada masalah sikit. kalau firdaus masih ingat, ada pelajar ting 3 yang buat masalah time firdaus datang sekolah dulu tu. budak-budak tu buruk-burukkan warden dan pentadbir sekolah. macam-macam diaorang kutuk cikgu-cikgu.
ntah la firdaus, semakin hari, cikgu rasa semakin berat beban nak mendidik budak-budak smap ni. baru-baru ni ada yang dibuang sekolah sebab ketagih, ada yang meniru waktu exam guna handphone. sikap biadap semakin menjadi-jadi. apa yang patut cikgu buat?
maaf la. luah masalah kat firdaus.
ok. semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.
wassalam.
ISI HATI:
1) kepada sahabat2 x-SMAPL, sama2 selitkan doa kita buat pelajar2, guru2, dan staf2 sekolah. Sehijau atau sebiru mana pun pengalaman silam ketika sahabat2 di sekolah, pasti ada sumbangan walaupun sebesar biji sawi kepada anda. =)
2) Kepada yang masih di sekolah (seluruh dunia), hargailah zaman persekolahan anda kerana ia hanya datang sekali sahaja.
3) semua yang sudah meninggalkan zaman persekolahan, pulanglah ( lagu raya Aisyah), dan tanya diri "cikgu, what can i do to help you?"
Tuesday, November 4
Pilihanraya Amerika Syarikat
Saya dapat daripada artikel tulisan Roslan SMS bersempena dengan pilihanraya AS yang akan berlangsung pagi ini (4 November).
Apa yang menarik yang baru saya ketahui, pilihanraya raya Amerika ditetapkan pada Selasa pertama bulan November pada setiap sepenggal (4 tahun)...menarik2...
Norman & Abby : is it an end to a beginning or a beginning to an end?
i) abby nak lap peluh norman hakim
ii) Abby nak halau lalat ke.
iii) nak betulkan gelang tangan beliau
dan serba serbi kemungkinan lagi.
Ini pun akan mengurangkan kemungkinan (the possibility) untuk mereka berbaik-baik lagi sebab..iyalah, satu Malaya dah tahu, mestilah malu kan?
Akhir kata, diharapkan akhbar2 nasional di serata dunia lebih matang dalam memaparkan berita-berita anda sebab anda bertindak sebagai pendidik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi anak2 muda yang sedang membesar dengan sihat.
wallahu a'lam.
Monday, November 3
tunggu waktu berbuka...
Sekarang ni sedang tunggu waktu berbuka. Iftar hari ini jam 1633 petang. Minum air kosong je la...Alhamdulillah ada juga rezeki pada hari ini.
Jam 6 ada meeting Nottingham Malaysian Society, sempena Nottingham Malaysian Games yang akan berlangsung pada minggu ini. Sahabat saya, Cha telah mengamanahkan kepada saya sebagai Head of Volunteers...huhuhu...inshaAllah amanah akan dijalankan Cha.
Sedih baca Abby Abadi dan Norman Hakim dah nak bercerai..mengapa semua harus bercerai berai??
Oklah. Selamat berbuka kepada yang berpuasa.