Saturday, November 29

Belasungkawa Datuk Razali Ismail

"Allahyarham adalah seorang ahli parlimen dan Timbalan Menteri yang baik dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugasnya terutama semasa sesi sidang dewan di Parlimen,"

-Tuan Guru Hadi Awang, yang sedang berada di Makkah untuk mengerjakan haji-

"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat),"

- Mat Sabu, yang ditewaskan Allahyarham ketika Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dengan 628 undi-

"Semasa arwah jatuh terlentang, Allahyarham sempat menyebut kalimah Allahuakbar, kami yang berada di situ agak panik dan bergegas telefon ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan,"

-Azmi Ariffin, saksi kejadian-

"Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan beliau meninggal dunia,"


-Pak Lah, perdana menteri malaysia ke-5-

sebuah kisah benar yang dikongsikan oleh sahabat saya, Faisal Zulkifli @ Cha. Beliau merupakan anak Terengganu yang kini tinggal di Shah Alam, Selangor.

In the name of ALLAH, the most Gracious and Merciful GOD..
Salam semua

Sewaktu pulang ke rumah tadi selepas solat Jumaat, saya dikejutkan dengan satu message daripada bonda tercinta, yang mengatakan Datuk Razali Ismail telah kembali ke rahmatullah pada jam 630 ptg waktu Malaysia sebentar tadi..

Untuk pengetahuan semua Allahyarham adalah merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu mewakili BN dan juga merangkap jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ketika ini...sebak sebentar saya ketika mendengar berita tersebut, dan allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton bersama rakan2...Innalillahi wainna ila hirajiun...

Saya masih dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka berita tersebut diterima pada penghulu hari nih...saya kenal rapat dengan anak nya, yang kini belajar di US...mengenangkan Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat rendah diri dan baik hati..terngiang2 di kepala saya nih bila teringatkan satu ketika semasa mkn tenghari bersamanya, walaupun die seorang MP (tym tuh die masih lg pengerusi ptptn), tetapi kerendahan diri dan tutur bicara Allahyarham benar2 membuatkan saya kagum...dan hak bes tuh mkn duk sebelah die, kongsi budu semangkuk ngan die...malah die sentiasa tidak lupa utk ajak drebar die mkn satu meja (sbb die sendri dtg dr keluarga y sederhana)..n die x lokek kongsi ilmu dan pengalaman ( die buat master kat birm uni n professional training byk kali kat UK unis n harvard uni gak, masyaallah)..dan teringat sy pada pesanannye, " bile dah jd doktor nih, keje die bkn selamatkan org je, kena sentiasa belaja utk hubung kaitkan kerjaya tuh ngan tujuan hidup kite kat dunia nih"..masyaallah dlm tuh maknanye, same2 la kite pk....dan alih2 arini die sudah menghadap ilahi...semoga rohnye dicucuri rahmat dan sejahtera, dan ditempatkan di kalangan org2 y beriman..amin.. sama2 kite sedekahkan al Fatihah buat allahyarham..

mmg allah lebih sayangkan allahyarham dlm usia yang muda itu...sama2 la kite muhasabah balik, mati tidak mengenal usia dan bila2 masa saje boleh menjemput kite yang kerdil nih..

ps- ak pelik kenapa depa sebok nak persoalkan isu sajak kematian, n mahukan ia di hentikan serta merta di sekolah2, tp kite lupa yang kita tiada kuasa untuk hentikan kematian itu sendri kan..so sama2 la kite renungkan..

Alasannya mudah je, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!

Sabda Nabi SAW:


“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)” Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.

No comments: