Thursday, November 6

Bonfire Night

Alhamdulillah saya berpuasa pada hari Khamis hari ini.

Yesterday was a great day. Saya terus ke Hyson Green untuk menyaksikan Bonfire Night daripada City Hospital kerana Shafie telah mengajak saya sejak sekian lama. Rupanya Pie dan Zamri ajak semua warga Warung Dunkirk , sebagai menggantikan pertemua kami malam ni...wow...bravo pie!!

Selepas menyaksikan pertunjukkan bunga api, saya sempat ber'sahur' di Kyber Pass, a very popular spot for a true taste of Pakistan in Nottingham. For a record, its was only my second visit there since I first came here ..hehe..biasalah nak berjimat =). Sekali sekali tak pe lah, dan makanan di sana pun memang sedappppp.

Akashah, Christ, Khaidir, Rizal (baca: Reezal) dan Jamal pun ada sekali. Banyak betul kami makan. Alhamdulillah , semua rezeki are from Allah indeed. Yang paling banyak makan semestinya Jamal..hehehe (jangan marah yea Jamal...)

Dan pagi ni bangun, terus je puasa. Ada dua hadith ni yang saya rasa selalu motivate saya untuk berpuasa Isnin Khamis ni. Especially the very first hadith;

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: “Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa.”
(Riwayat al-Tirmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku.”
(Subul al-Salam).

InshaAllah in akan menjadi salah satu usaha saya untuk melatih sikap think ahead and be futuristic sebagaimana yang disarankan di dalam surah al-Fatihah (Maliki yaumiddin). Semoga Allah beri pahal atas amal ini.

Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..moga istoqomah..bukan mudah nak bt perkara2 sunat ni kan..

Anonymous said...

oops..Istiqomah..typing error..