Tuesday, November 4

Pilihanraya Amerika Syarikat

"Wahai umat Islam!, saya melihat Kerajaan Islam Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak barat dan saya juga melihat dunia barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam."

MashaAllah...fantastic and bombastic sungguh kata-kata ini.. ini merupakan kata-kata Ustaz Badi’euz Zaman Sa'id al Nursi diambang kejatuhan Daulah Islamiah terakhir iaitu kerajaan Uthmaniah di Turki.

Saya dapat daripada artikel tulisan Roslan SMS bersempena dengan pilihanraya AS yang akan berlangsung pagi ini (4 November).

Apa yang menarik yang baru saya ketahui, pilihanraya raya Amerika ditetapkan pada Selasa pertama bulan November pada setiap sepenggal (4 tahun)...menarik2...

No comments: