Wednesday, November 12

Apakah itu ar-raja'?

The image “http://www.michigan-pku.org/sick%20giraffe.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Selasa pagi

Saya bangun pagi dalam keadaan batuk-batuk. Suhu badan terasa sangat panas. Innalillahi. Terkena juga saya akan batuk dan demam yang sebelum ini kita hanya mendengar orang sekeliling mendehemkannya.

Nasib baik Hester tidak ke department pada pagi ini. semalam beliau memberitahu yang dia akan berada di rumah , menantikan kedatangan perabot baru ke rumah (and today she told me that she ended up waiting until 4.30 in the evening!). Hester bakal mendirikan rumah tanah tidak lama lagi. Ada sekali beliau menunjukkan cincin pertunangan beliau. Itu yang sakan hias rumah tu!

Maka saya pun tidak ke department hari ni.

Ya Allah, sihatkan lah aku.

Selasa malam
rasanya bagai semakin pulih. lalu saya pun memgagahkan diri keluar bersama Zamri ke Medina to do some shopping menaiki kereta beliau. Sepanjang perjalanan, kami sempat membincangkan beberapa perancangan dalam ISOC dan ada isu-isu hangat! hehe~ tak boleh pulak nak ceritakan di sini.

Sayang seribu kali sayang, sesampainya kami di Medina, sudah tutup rupanya. Subhanallah! rezeki kami di tempat lain nampaknya.

Selasa tengah malam
Double duvet digunakan, sweater tertebal disarung, air madu di minum.

Semoga cepat sembuh, inshaAllah.

Hikmah sakit
Manusia selalunya akan lebih ingat Allah apabila dia sakit atau berasa lemah. Pernahkan sahabat-sahabat mendengar berkenaan ar-raja'?

Ar-Raja'
Teringat saya semasa menjawab soalan exam, kalau tidak salah semasa di dalam tingkatan 3 (subjek Pendidikan Islam), atau di tingkatan 4 (Pendidikan Al-quran dan as-Sunnah). Ada satu soalan meminta saya mengulas apakah maksud al-khauf dan al-raja'.

Biasalah masa tu, asyik nak berlagak pandai (astaghfirullah), memang tak stadi langsung. Kita pun memulakan sessi 'membantai-je-jawab.'

al-khauf : sebab ada belajar bahasa arab, saya pun faham, maksudnya takut, so, ini mesti takut akan Allah. senang je nak goreng ni. =)

ar-raja' : hmm part ni saya tersangkut. seingat saya, ra-ja-a', maksudnya pulang (as in saya pulang ke rumah)..hmmm ..macam mana nak 'goreng' ni..&*%$%...apa pulak maksud pulang dalam kontek beramal ni???

huhu..akhirnya memang soalan tu dapat setengah je, bahagian ar-raja' tak dapat langsung markah..hehehe itulah, ini balasan kepada orang yang malas!!

rupanya, yang ditanya ialah berharap, ie, pengharapan kepada Allah. Alhamdulillah, it was a very good lesson for me, personally.

Ar-raja' merupakan satu ibadah. Apabila ditimpa kesakitan, terasa diri ini lebih hampir kepada Allah. Terasa lemah dan tidak berdaya, dan terasa kerdil sangat. Pengharapan kepada Allah semakin ditingkatkan, sebab kita semakin sedar akan status diri kita.

Satu lagi aplikasi al-khauf dan ar-raja' ialah apabila kita berdoa.

saya terjumpa sebuah tulisan yang amat menarik berkenaan khauf dan raja' ;

Firman Allah Ta’ala:

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut

sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampui batas.

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya

dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harapan (akan dikabulkan)

sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."

(al-‘Araf:55-56)

Selaku hamba yang dhaif, kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT bagi mendapatkan ampunan dan pertolongan dari Allah guna menelusuri arus kehidupan yang penuh dengan pelbagai mehnah yang rencam.

Bertepatan dengan firman Allah SWT tadi, jelaslah kepada kita untuk berdoa dengan rasa takut tidak diterima dan dengan harapan akan dikabulkan.Itulah yang dikatakan baina khauf wa ar-raja’.Kendatipun demikian, adakah kita selalu mengingati Allah setiap masa ataupun hanya ketika kita dilanda kesusahan atau kesedihan sahaja?

sumber

Semoga Allah menjadikan sakit ini kifarah dosa-dosa yang lalu, dan mendekatkan diri ini kepada-Mu.






1 comment:

baby doctor said...

ar-raja': pulang ke pangkal jalan? hehe

sekarang ni macam musim ramai orang sakit la pulak..hmm Allahumma 'aafini fi badani. ameen

nway, utk dishare2 bersama:
Islam sentiasa mengasihi umatnya. Setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala.

syafakallah