Friday, November 28

Covering Faults of the Muslims

''So, what's the topic for today's khutbah?'' ,

tanya Ahmed sebaik sahaja beliau masuk ke Prayer Room City Hospital. Jam pada ketika itu menunjukkan jam 1305 tengahari.

''hehe..this week is Ismail's turn..ask him''

balas saya sambil memandang ke arah Ismail yang senang bersiap mengambil wudu'. Ismail menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih-sengih.

Saya hanya menerima soalan Ahmed sebagai satu gurauan. Biasalah Ahmed, kalau buat lawak, satu department bising! Saya duduk bertafakur, menantikan azan sebelum khutbah bermula. (hampir tertidur dah pon...hehe)

''are you ready now?''

tanya Ahmed kepada saya yang sedang membaca kitab Riyadus Solehin versi English. Saya melihat kepada jam, dan sudah masuk 1317. Prayer room sudah hampir penuh (lebih kurang 25 orang), namun khutbah masih belum bermula!

''ish..biar betik Ahmed ni..mana aku prepare nak bagi khutbah minggu ni..'' bisik hati saya.

Kemudian saya pun memberikan isyarat kepada beberapa orang senior doktor yang berada di saf belakang Ahmed. Adus..semua menggelengkan kepala...macam mana ni?

Lalu, memandangkan Asar yang masuk awal (1338 tengah hari), saya pun bangkit dan menuju ke depan ..berdebar-debar masa ni...buku Riyadus Solehin di genggaman saya bawa bersama.

Saya teringat semasa warung Dunkirk semalam, Shafie ada memberikan tugasan untuk menyampaikan sebuah hadith. Semasa dalam proses mencari hadith tu, terjumpa sebuah hadith dan pada saat ini, saya teringat hadith tersebut. Lalu saya cari hadith ini ketika Ahmed melaungkan azan sebelum Khutbah.

''Allahu akbar..Allahu akbar...''

Lalu, dengan tidak semena-mena, dan dengn penuh rasa kerdil (emphasise added) sangat, saya pun jadilah khatib Jumaat kali ini..mashaAllah. ini memang pengalaman yang sukar nak dilupakan. Pengalaman menjadi khatib secara spontan!

Ingin saya kongsi hadith yang saya saya jadikan tajuk khutbah saya. Saya pilih tajuk ini sebagai satu nasihat buat diri saya. Agar saya dapat tarbiyah diri ini.

Hadith pertama;

"Allah will cover up on the Day of Resurrection the defects (faults)
of the one who covers up the faults of the others in this world".


Hadith kedua;

"Every one of my followers will be forgiven
except those who expose (openly) their wrongdoings.
An example of this is that of a man who commits a sin at night which Allah has covered for him,
and in the morning, he would say (to people): "I committed such and such sin last night,'
while Allah had kept it a secret.
During the night Allah has covered it up
but in the morning he tears up the cover provided by Allah Himself.''


Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Tajuk atau tema yang saya berikan kepada khutbah ini ialah;

'Covering Faults of the Muslims'

MashaAllah, these are beautiful ahaadith from Rasulullah saw.

daripada hadith pertama , dapat dilihat, bagaimana Islam mengajar kita adab sesama Muslim. Walaupun orang buat salah, tak perlulah kita nak kecoh-kecoh.. Kalau tak, kat akhirat, malu besar kita.. aib kita semua ni..mashaAllah, banyak bangat sih...

daripada hadith kedua, kita lihat bagaimana kasih sayang Allah. Ada sebuah hadith lagi menyatakan, Allah hanya menampakkan 1 daripada 100 bahagian kasih sayangnya di dunia ni..mashaAllah..itu pun dah cukup banyak. Oksigen, masa, tenaga, harta.. (and the list goes on and on..infinitely)

Allah ialah Ar-Rahim
Allah Maha Kasih Sayang sehinggakan kesalahan lelaki yang disifatkan di dalam hadith ini Allah tutup. Namun apabila tiada sifat malu, kali ini, bukan orang lain, dirinya sendiri membuka pekung di dada!

Teringat sebuah hadith yang popular, (ada dalam kitab Hadith 40 Imam Nawawi) yang akh Shuaib Yahya (f5 semasa saya f3) pernah berikan semasa tazkirah selepas bacaan Ma'thurat di SMAPL dulu, pada tahun 2000. Bila dengar hadith ni dulu, memang meremang bulu roma!

Hadith 20 Arabic text

"Among the things that people have found from the words of the previous prophets was: 'If you feel no shame, then do as you wish.'"

''words of the previous prophets''
Kita lihat bagaimana seruan agar kita menjaga sifat malu (al-Haya' dalam bahasa Arab) ini mempunyai sejarah yang panjang...Semua Nabi asyik, bersemangat dan bersungguh-sungguh menyampaikan nasihat ini. Berbanggalah kalau kita dapat mengamalkannya.

Kemudian, saya akhiri khutbah pertama dengan kelebihan mendoakan sahabat. hadith in banyak kali diulang semasa saya menhabiskan A-Level saya di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).

"Tiada seorang Muslim yg berdoa untuk saudaranya dalam keadaan saudaranya tidak tahu, melainkan Allah swt akan hantarkan malaikat dan malaikat itu menyebut: bagimu seumpama yang engkau doakan"

(Riwayat Muslim)


InshaAllah, kena usaha sungguh2 nak amalkan hadith ni...

Alhamdulillah,selesai sahaja khutbah kedua, kami terus menunaikan solat Jumaat. Selepas salam, kami tunggu beberapa minit dan terus menunaikan solat Asar. Begitulah rutin kami di musim sejuk ini apabila daytime menjadi sangat singkat.

Ternyatakan pengalaman hari Jumaat ini banyak mengajar saya.

Lesson of the day:

1) Sama-samalah kita mempersiapkan diri tidak mengira di mana juga kita berada. Tarbiyyah diri ialah satu proses yang wajib, dan ia berlaku berterusan. Maximise all potential means to increase our potential as a daie.

2) Bersedialah menyumbang kepada komuniti, masyrakat dan negara kerana tenaga muda kita ini mesti dimanfaatkan seawal mungkin. Lets do dakwah my brothers and sisters. Look into your community, and try to fill in any gaps or vacancy that you could possibly niche into. Tarbiyyah and dakwah are brethrens. They always go together.

From dakwah and tarbiyyah we'll acquire knowledge and wisdom inshaAllah.

1 comment:

niesa.imana said...

salam wbt..

tengkiuk for sharing.. +)
huhu.. psl mnutup aib tu memang patut diusahakan..
sebagian manusia memang suka ntuk membandingkan aib siapa yg lebey aib.. mcm bertanding siapa lebey jahat lak.. naudzubillah..