Friday, March 20

Manny Pacquiao

Kenalkah anda, siapakah jejaka ini? Beliau merupakan seorang jejaka perwira di arena tinju Dunia. Pernah memenangi kejuaraan WBC lightweight world champion, WBC super featherweight world champion, IBF super bantamweight world champion, and WBC flyweight world champion. Senang cerita, semua weight lah dia pernah menang.

Nama gelaran beliau ialah Pac-Man dan berasal daripada Filipina. Namanya Manny Pacquiao (sebut : Ma-Ni Pa-Ki-A). Ini sebutan yang biasa digunakan oleh wartawan sukan British. KAlau dalam bahasa Tagalog, tak tahu pula macam mana.

Tujuan saya menulis berkenaan beliau ialah kerana sahabat saya, Sabir Afzal mengatakan yang muka saya sama seperti muka beliau. Tinggi pun lebih kurang sama (5 ft 6.5 in). Perkara ini disebut Sabir sejak kami bertemu kami pertama 3 minggu lalu.

''Are you actually him but in disguise?'' tanya Parag, seorang lagi rakan kumpulan saya.

Ye ke? Saya rasa macam lain je...

Menurut Sabir, seluruh Filipina akan terhenti apabila beliau bertinju. Sabir juga tidak hairan kalau dia akan jadi seorang ahli politik suatu hari nanti.

Saya pula rasa muka dia macam Tuan Fairuz, sahabat kolej dan x-Muscom yang sangat saya hormati.

Jadi, baru saya faham sekarang kenapa dulu ada orang cakap muka saya macam Tuan Fairuz...kuang..kuang..kuang...

Ahli tinju
Seorang ahli tinju yang dikenali ramai ialah Muhammad Ali. Beliau mengidap Parkinson. Tahukah anda apakah itu penyakit parkinson? Saya baru sahaja berjumpa dengan seorang pesakit parkinson.

InshaAllah kita kongsi di episod yang akan datang. bye bye!

3 comments:

mushana udon mustafa said...

takde rupa langsung ah. ko manade rupa filipino. takde hispanic root langsung. takde2.

Anonymous said...

jangan jeles

Anonymous said...

nice meeting you firdaus. we are brothers....