Sunday, November 9

Notts Games the return

Alhamdulillah selesai sudah.......

Nottingham Malaysian Games yang baru sahaja berlangsung semalam boleh conclude in three strong words ; hectic, friendship, and memory.

Hectic: sememangnya kesibukan semalam amat menghairankan saya. Walaupun sudah berada di dalam tahun ketiga, saya masih lagi terlibat secara langsung (walaupun tidak pada mulanya kerana ada exam, dan tugas saya dilakukan oleh Maryam, Asma' dan Cha), di dalam penganjuran. "hmm ...apasal la aku dok sibuk2 Notts Games ni..?" MEMANG HAIRAN bin AJAIB. Semasa summer lepas, Muja KYUEM juga ada bertanya kepada saya, apa yang buat saya bersemangat datang ke kolej. Sewaktu sahabat saya, Azril aka Salam (tahun ketiga Perubatan RCSI) tiba daripada Ireland pada Jumaat lepas, beliau bertanya, "kau masih terlibat ke dalam Notts Games ni?"

Saya pun kadang2 pelik,apa jawapan yang bagus untuk diberikan sebab kita buat kerja-kerja macam ni, tak fikir sangat pun kenapa. Cuma baru-baru ni ada terbaca daripada blog Zaffan (tahun ketiga arkitek) satu entry yang bertajuk "Borak" yang saya rasa bagus untuk menjawab persoalan ini.

Friendship; memang ramai sangat yang datang , dan boleh jumpa beberapa jenis orang;
  • yang selalu jumpa
  • yang lama dah tak jumpa
  • yang selalu dengar nama tapi tak pernah jumpa
  • yang pernah jumpa tapi tak ingat nama
  • yang baru pertama kali bersua muka.
Memory; everlasting memory... samada anda menang atau kalah, samada anda untung atau kalah berniaga di gerai, samada anda berjumpa banyak atau sedikit orang, inshaAllah , banyak pengalaman yang akan diingati daripada Nottingham Malaysian Games 2008.

DSC09381 by you.

Kami bergerak ke sana sini membawa orang, barang dan makanan. Akmal (pemilik BMW 5 series di dalam gambar ini, yang berdiri di tengah) telah kami jemput sebagai salah seorang pemandu untuk games ini.

Many thanks to Sit yang telah banyak membantu saya dan Akmal. Sit merupakan sahabat saya ketika di KYUEM dahulu yang kini berada di dalam tahun ketiga perubatan di Edinburgh..huhu universiti yang saya teringin nak pergi dahulu.

Air mineral di dalam botol atas kereta tu adalah untuk para sukarelawan (volunteer)

Gambar ini diambil sebelum kami menghantar 4 orang volunteer perempuan ke Highfield Park (pusat bola jaring (netball))

DSC09375 by you.


Salim, Faisal @ Cha dan seorang volunteer perempuan (yang saya tak kenali..minta ampun!!)

Cha memang banyak bekerja keras sepanjang Notts Games pada kali ini. I really owe him my respect. Walaupun sibuk dengan study dan banyak lagi tugasan lain, beliau memberikan sepenuh dedikasi kepada keberlangsungan Notts Games pada kali ini.

Alhamdulillah, banyak influential figures yang mambantu Cha. Muaz, Lik Jin, Hazriq, Akmal Roji, Pie, Salim, Zamri, Irina, Maryam, Asma' Duo Ying dan ramai. lagi..

Gambar ini diambil ketika majlis perasmian pada waktu pagi oleh Datuk Khaleed Nordin.


DSC09384 by you.

Saya turut sempat meluangkan masa di Power League (Liga Kuasa ) yang terletak kira-kira 10 minit daripada campus universiti. Sempat berjumpa Head Volunteer for Football, saudara Jamal al-Qasami (amboi, nama Arab lagi!~) , yang berdiri kiri sekali. Turut serta saudara Mas Afzal, Syukri (betul ke?,) dan Amirin.

Amirin merupakan Sports Exco Students Council KYUEM dulu dan Mas merupakan CEO Ecotrip KYUEM zaman dulu. Kedua-duanya merupakan pelajar perubatan tahun kelima, masing-maisng di Dundee dan Sheffield.

DSC09385 by you.


Fitri bin Ismail @ Einstein yang kiri sekali. Beliau merupakan Pengarah Muslims Overseas Camp (MOC) , program pre-departure anjuran KYUEM yang sempat saya hadiri ketika cuti musim panas yang lalu. Kini beliau di London..smart la einstein ni..

DSC09387 by you.


Syafiq Azzmi, yang kanan sekali pun sempat saya jumpa. KAmi sempat jumpa di Malaysia pada summer lepas sebelum beliau fly ke Cardiff. Yang menariknya, beliau merupakan adik sahabat saya di SMAPL dulu, Judin. Amacam Syafiq, main semalam sampai mana?

DSC09388 by you.


Ni pula Aizat, sahabat SMAPL dulu. dia form 3 semasa saya f5. Sekarang di Manchester.

DSC09569 by you.

3 presidents - Fairuz Nasir (07/08), Lik Jin (08/09), Akmal Roji (06/07)

DSC09445 by you.


Sit, Firdaus Rahim, Syahid Kamaruddin, Hamid, Samsul Warwick.

DSC09473 by you.


Abang Hisyam dan isteri..berniaga nasi lemak.

Saya, Nubli, Amirul Akmal (kedua-duanya daripada Belfast), dan Zamri ke rumah beliau malam sebelumnya. Mereka sedang masak pada ketika itu..memang sibuk sangat!

3 comments:

baby doctor said...

salam,
ada jugak ternampak brader kat portland semalam.
tapi tak tertegur sebab rakyat sangatla ramai
nway, caiyok ah notts game! ;)

mohd shazli mohd zaini said...

hahaha... ader gak ko blog rupanyer...


terkejut giler aku tgk konyer banner... besar giler muka ko!!!!

hahahahaa....


sorylah aku x mai notts game, aku byk keje assignment ler.. kene siapkan essays e-commerce law dlm 3k words jer... nanti dah siap aku masukkan dlm blog... and great jobs kot... aku dengar lagi meletup dari last year yek....

ok2, aku x leh lama2. nak sambung keje. this year aku x kluar leeds kot, since sibuk study ler... walaupun still nak pass jer..


hehehe....

regards,
shazli zaini
leeds

Mardhiah Rahman said...

Salam..best artikel awak..sehari dua ni duk blog walking blog berkenaan kehidupan di luar negara.dalam 2bulan lagi kami akan berangkat ke Cardiff dan bermastautin selama setahun..

Menarik jugak..macam mana abang hisyam dan isteri berniaga nasi lemak di sana